5 Keistimewaan Bulan Zulhijjah

Aerill Hassan
1


Assalamualaikum dan salam sejahtera

5 Keistimewaan Bulan Zulhijjah

5 KEISTIMEWAAN BULAN ZULHIJAH | Sudah lama rasanya aku tak berkongsi mengenai hal agama. Baiklah, bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang akan hadir dalam beberapa hari lagi, aku nak kongsikan dengan semua pembaca tentang kelebihan dan keistimewaan bulan Zulhijjah.


1. IBADAH HAJI

Rukun ke lima Islam hanya boleh dilakukan dan disempurnakan di dalam bulan Zulhijjah. Bulan Zulhijjah hanya sekali setahun manakala ibadah haji wajib dilakukan kepada mereka yang mampu.


via GIPHY

Firman Allah SWT: “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

(Surah Al-Imran : 97)

2. HARI ARAFAH

Wukuf itu sendiri adalah Haji. Wukuf di Padang Arafah adalah kemuncak Haji. Ibadah Wukuf ini dilakukan dengan cara berdiam diri di Padang Arafah bermulanya dari tergelincirnya matahari pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga terbenamnya matahari pada tanggal 10 Zulhijjah. Doa adalah sangat mujarab ketika itu. Ibadah Wukuf ini juga merupakan gambaran kecil manusia ketika di Hari Kiamat kelak.
5 Keistimewaan Bulan Zulhijjah

Tidak ada hari di mana Allah memerdekakan hamba-hamba-Nya dari neraka selain hari Arafah. Allah sesungguhnya mendekati mereka dan membanggakan mereka kepada para malaikat seraya berkata; Apa saja yang mereka impikan akan Aku kabulkan.” (HR. At- Tirmidzi)

Kepada yang tidak mengerjakan Haji dan berpeluang untuk wukuf di Arafah, berpuasalah pada hari ini yang bersamaan dengan 9 Zulhijjah.

Daripada Abi Qatadah r.a.
Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa sunat pada Hari Arafah, baginda menjawab maksudnya:

Menghapuskan dosa tahun yang lepas dan tahun yang akan datang.

(HR Muslim)

3. IBADAH KORBAN @ QURBAN

Ibadah Korban ialah penyembelihan binatang korban yang dilakukan pada Hari Raya Haji. Ianya dilakukan selepas solat sunat Aidiladha dan pada hari-hari Tasyriq iaitu 11,12 dan 1 Zulhijjah dengan niat untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Ibadah ini diteruskan sehingga ke hari ini sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim A.S yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
5 Keistimewaan Bulan Zulhijjah

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi’ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat).

Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.

Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.” (Al-Hajj : 36)

4. 10 ZULHIJJAH YANG PERTAMA

Ulama mengatakan, barangsiapa yang memuliakan atau menghidupkan 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah dengan amalan-amalan ibadah maka Allah S.W.T. akan memberinya 10 keistimewaan, iaitu:

5 Keistimewaan Bulan Zulhijjah
  • Allah memberikan barakah kepada umurnya
  • Allah menambahkan rezekinya
  • Allah menjaga diri dan keluarganya
  • Allah mengampuni dosa-dosanya
  • Allah melipat kali gandakan pahalanya
  • Akan dipermudahkan urusan sakaratul mautnya
  • Allah menerangi kehidupannya
  • Akan diberatkan timbangan kebajikannya
  • Akan diselamatkan dari semua kesusahannya
  • Akan ditinggikan darjatnya di sisi Allah Ta’ala.

5. ASYHURUL HURUM

Bulan Zulhijjah adalah salah satu bulan yang mulia, yang telah Allah S.W.T sebutkan sebagai asyhurul hurum (bulan-bulan haram). Maksudnya, saat atau bulan ini manusia dilarang untuk berperang, kecuali dalam keadaan membela diri dan terdesak.

5 Keistimewaan Bulan Zulhijjah

Sumber : CelikAlquran | Google Image | Giphy.com

SEKIAN

Post a Comment

1Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!