Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa tempat yang paling jauh anda pernah pergi untuk bercuti sebelum ini? Biasanya kalau nak pergi jauh-jauh ni tak boleh selalu sebab bajetnya agak tinggi. Tapi ada cara nak dapatkan Emirates Malaysia cheap flight tickets kalau anda berminat. Aku nak share dengan anda info yang mungkin berguna untuk anda semua. Selain itu, aku nak cerita juga sikit macam mana anda nak buat booking kat Traveloka.
Di Traveloka anda boleh buat online booking, katakan anda nak buat flights to london online booking anda kena buka Traveloka web atau apps, search dulu Emirates, then isikan detail macam destinasi yang anda nak pergi contohnya London, cari tarikh yang anda plan, preferably bukan musim cuti sekolah atau perayaan. Lepas tu click search flight, dan anda akan nampak list of flights yang ada pada tarikh yang anda pilih tu.
Anda pilih yang mana satu anda nak, isi detail passengers, lepas tu buat payment. Ada banyak cara nak buat payment tapi yang senang online banking atau kad kredit. Kalau semuanya okay anda akan dapat e-ticket kat dalam account Traveloka anda atau email. Simpan elok-elok dan jangan hilangkan tau. Sebab e-ticket nilah proof masa anda nak check in kat airport nanti.
Emirates Airline
Emirates ni kalau anda perasan ada banyak sponsor kelab bolasepak seluruh dunia. Diorang ni adalah airlines yang agak famous dan berkualiti dari middle east sejak tahun 1985. Sekarang ni diorang boleh terbang ke 150 destinasi. Ada 3 jenis seating class yang anda boleh pilih. Economy Class diorang agak selesa dan anda boleh request selimut kalau nak. Business Class pula seat dia anda boleh baringkan dan screen lagi besar. Yang paling best kalau anda ada bajet tinggi boleh try first class diorang sebab sangat selesa, screen untuk anda tengok movie pun besar, anda boleh dapat perfume dan kalau anda travel jauh nak minta penutup mata pon boleh.
Piccadilly Circus
Sebut sahaja London ramai tau kat mana, especially kita orang Malaysia sebab ramai juga student kita belajar kat sana. Banyak juga tempat yang anda boleh explore di London. Piccadilly Circus adalah sebuah kawasan yang diwujudkan sejak tahun 1819 untuk connect Regent Street dengan Piccadilly. Sebenarnya ramai yang akan datang ke sini dan tercari-carikan ‘circus’ sebabkan namanya, tapi akan kecewa bila tahu yang Piccadilly Circus ini bukanlah sarkas tapi adalah sebuah kawasan yang terletak berdekatan dengan banyak tarikan-tarikan menarik untuk membeli-belah dan enjoy. Di sebelah barat Piccadilly Circus ini juga terdapat sebuah peninggalan lama yang dipanggil ‘Police Box’ yang telah berdiri di tempat yang sama sejak 1935 lagi. Lama tuhhh.
Tower Bridge
Tower Bridge bukan sekadar untuk tengok dari jauh atau sebagai laluan kenderaan sebab anda sebenarnya boleh masuk menara atau lalu jambatan ini untuk dapatkan view London dari sudut yang dapat membuatkan nafas anda stop kejap. Melalui laluan gelas di jambatan ini, anda dapat melihat view River Thames dari jarak ketinggian 42 meter sambil tengok kereta dan bot yang lalu sini. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan lebih info tentang pembinaan jambatan ini di dalam Tower Bridge Exhibition Room dan banyak lagi pameran-pameran yang boleh buatkan masa anda berbaloi untuk di spendkan.
Queen Mary’s Garden
Dah puas berjalan di sekitar bandar yang sibuk, tiba masanya untuk anda merehatkan diri dengan menikmati udara segar di kawasan taman. Begitu banyak taman di London ini, jadi apa istimewanya Queen Mary’s Garden untuk dijadikan pilihan bersantai? Taman bersejarah yang telah dibuka kepada orang awam sejak tahun 1932 ini dapat memberikan anda aroma yang terindah pernah dihidu di dalam hidup, kerana di sinilah terletaknya koleksi bunga ros terbesar di kawasan kota dengan lebih daripada 12,000 bunga ros yang terdiri daripada 400 jenis yang berbeza. Anda boleh bersandar di atas kerusi yang disediakan sambil menikmati view dan udara yang segar tak terkata. Dengar je mesti anda tak sabar-sabarkan? Jangan risau tak hilang mana London tu, dan anda dah boleh start plan and book the flight.
Sekian
Sumber : Google Image
Teringin sgt nak ke luar negara esp London tu. Nanti la i kumpul duit dulu n book guna Traveloka...
ReplyDeletebolehlah lepas ni share trip ke sana ya :)
Deleteteringin juga nak ke London. tapi kosnya, Masya Allah..entah bila nak penuh tabung simpanan London ku itu..hahahaha
ReplyDeletein shaa Allah ada rezeki tu nnti :)
DeleteMenariknya tempat percutian kat London ni, ada rezeki hope one good day akan sampai juga jejak kaki ke sana,sana insya allah.
ReplyDeletemmg menarik. in shaa Allah :)
DeleteLondon..sape tak teringin nak ke kota sana. Dengar dari celoteh kengkawan yang dah pegi pun terbayang-bayang rasa diri jejak ke sana. Nak kena menabung lebih sikit tuk bawak family ke sana. Insya Allah
ReplyDeletein shaa Allah amin :)
DeleteWAHH BESTNYA TRAVEL DENGAN EMIRATES AIRLINE MEMANG ORANG HAVE-HAVE JER TAPI SEKARANG TIDAK LAGI SEMUA ORANG BOLEH TERBANG EHH MACAM BIASA DENGAR LAK KATA-KATA TU.. KITA NAK JUGA LAH CUBA TRAVEL JAUH-JAUH TEMPOH PENERBANGAN 6 8 JAM HEHEHEHE...
ReplyDeletejemput mencuba ya :)
DeletePerghh. Banyak betul tips2 percutian dekat blog ni. Seronok pulak baca. Nk travel next trip, london jauh sgt la pulak. Tengok gambar macam nice, speaking london . Fuhh. Maybe next time
ReplyDeleteterima kasih :)
Deletebtol, kalau nk yang cosy harga berpatutan kena tengok traveloka, diaorang bijak dalam mengaturkan. kalau kita cari sendiri rasanya takes time.
ReplyDeletebetul tu. senang je bila ada yg memudahkan cara
DeleteCantekkk nya bila tengok pemandangan negara org. Teringin nak bercuti ke luar negara. untuk kutip pengalaman
ReplyDeletein shaa Allah ada rezeki nnti :)
DeleteDah usha2 travelika mng ada plan travel trip luar negara tq sharing
ReplyDeletewelcome :) semoga bermanfaat
DeleteQueen Mary's Garden looks so calm with natural plants all around. Mouse mommy also loves natural surroundings, nice!
ReplyDelete:) yes
DeleteKena kumpul duit ni nak naik Emirates. Hehe sbb Emirates pun boleh tahan harganya but servis mmg terbaik lah. Selalu tengok lah Review kat YT pasal Emirates. Macam2 boleh dapat hatta kat economy seat. Ke London dengan berjam jam jam pun tak sesakit badan mana!
ReplyDeleteya betul tu. kalau perkhidmatan yg terbaik, tak kisah pun harganya kan? :)
DeleteTraveloka memang best. Kalau buat itenari sendiri lebih puas. Kadang nak santai-santai aje bercuti dengan anak-anak.
ReplyDeletebetul tu, lebih memudahkan
DeleteBestnya baca travel ke London ni. Belum berkesempatan lagi. Tengok gambr je dulu. Soon boleh terjah traveloka ni tgok pakej menarik. hehehe
ReplyDeletesama lah kita :)
DeleteThis is such a detailed and informative blog. This will help me immensely.
ReplyDelete