Kisah Seram : Pengalaman Guru Diganggu Penunggu Di Kawasan Hutan

Aerill Hassan
4


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kisah Seram : Pengalaman Guru Diganggu Penunggu Di Kawasan Hutan

Kembali lagi dalam kisah seram. Kali ini adalah mengenai pengalam guru yang terpaksa bertugas di kawasan pendalaman, berhadapan dengan penunggu dan kisah seram di sana. Jom baca.

Pengorbanan sebagai guru tidak mengira waktu dan tempat yang penting niat murni mendidik anak bangsa. Walaupun terpaksa bertugas di kawasan pendalaman bagi ku itu tidak menjadi satu masalah. Sewaktu pertama kali aku menjejaki ke kawasan pendalaman di Malaysia Timur perasaanku tersentuh kerana keadaan di pendalaman ini berbeza dengan kehidupan ku di kota Kuala Lumpur. Masih ada lagi yang tidak menikmati kemudahan dan ada juga yang hidup dibelenggu kemiskinan serta merta datang keinsafan pada diri dan ini menjadi satu semangat untuk aku berjasa pada penduduk setempat.

Kedatangan ku untuk bertugas di kawasan pendalaman itu tidak keseorangan, aku di temani Rini, rakan ku sewaktu di maktab perguruan dulu. Aku dan Rini tinggal di kawasan rumah guru yang telah disediakan Satu masalah bagi aku dan Rini adalah untuk membeli barang keperluan harian, untuk pergi ke pekan  aku dan Rini terpaksa menaiki kenderaan pacuan empat roda dan menempuh jalan yang berliku dan sempit di hutan dan masa untuk sampai ke pekan memakan masa lebih kurang dua atau tiga jam. Penduduk setempat di kawasan pendalaman itu selalu berpesan kepada aku dan Rini kalau ke pekan jangan pulang lewat malam. Menurut cerita, ramai orang telah menemui sesuatu yang tidak disangka.

Rini begitu taksub dengan kata-kata penduduk setempat itu, bagi aku cerita-cerita itu hanya dongeng dan cuba untuk menakut-nakutkan orang baru seperti aku dan Rini. Aku tidak menyangkal di dalam dunia ini bukan hanya manusia saja yang wujud. Tuhan juga mencipta mahluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Seperti biasa setiap hari minggu aku dan Rini akan ke pekan untuk membeli barang keperluan terutama bekalan makanan. Kesempatan itu juga aku dan Rini perlu berjumpa dengan rakan-rakan yang mengajar di sekolah dipekan, tujuannya untuk berbincang tentang satu pertandingan pidato yang akan diadakan kelak.

Sudahnya aku dan Rini terpaksa pulang agak lewat. Aku melihat jam di ‘dashboard’ sudah menunjukkan pukul 12.00 malam lalu aku pun menoleh Rini disebelah yang sudah lena dibuai mimpi. Memandu pada waktu malam di jalan yang berliku itu agak menyukarkan. Sudahlah sempit, gelap pula, aku terpaksa menumpukan perhatian semasa memandu. Tiba-tiba Rini terjaga dari lamunan. “Zack percaya ke tentang cerita-cerita orang kampung tentang misteri kawasan pendalaman ini?” ujar Rini, aku amat terkejut dengan soalan Rini itu.

Kisah Seram : Pengalaman Guru Diganggu Penunggu Di Kawasan Hutan

           
“Antara percaya dan tidak percaya, kenapa?” aku bertanya, tetapi Rini tidak mahu mengulas lanjut hal tersebut. “Zack, boleh berhenti sekejap, Rini nak menunaikan hajat ‘kecil’ la” pinta Rini.“Ala! Rini, tahan la jap, ni kan tengah hutan, lagipun awak tu kan perempuan, kang apa-apa terjadi, kan susah,” tingkahku. Aku melajukan sedikit Pajero yang aku pandu, kasihan pula melihat Rini yang dah tak senang duduk. Aku melihat ada cahaya di hadapan, rupanya sebuah warung yang terletak berhampiran tepi jalan yang lebih kurang lima kilometer ke arah sekolah aku mengajar.“Tu ada tandas kat tepi warung, Rini pergi la tumpang tandas kat situ,”aku menyarankan sambil memberhentikan Pajero.

“Eh, Betul ke kat sini ada warung,? pagi tadi lalu kat sini mana ada apa-apa,” ujar Rini. “ Rasanya tadi ada la, Zack perasaan semasa lalu kat sini ada tapak warung ni, Rini je tak perasaan, yang ramai duduk kat warung tu ape? tak kan penunggu hutan kot. “Zack temankan Rini boleh, takut la,” pinta Rini. Oleh kerana memikirkan keselamatan Rini, aku terpaksa menuruti pemintaannya. Setelah meminta keizinan untuk menggunakan tandas dari tuan punya warung yang berumur dalam lingkungan 60-an, Rini pun dengan segera pergi ke tandas di tepi warung tersebut untuk menunaikan hajatnya.

Sementara itu aku pun melihat apa-apa yang boleh aku beli untuk makan sewaktu sampai dirumah nanti. Suasana yang meriah tiba-tiba jadi senyap pengunjung yang ada di warung itu tidak bercakap sepatah pun semuanya hanya memerhati gelagat aku. Aku berasa hairan dengan keadaan tersebut, seketika itu juga aku melihat kelibat Rini sedang menuju ke Pajero. Tanpa berlengah aku pun bergegas ke Pajero. “ Cepatnya, langsung awak tak bagi tahu yang awak dah selesaikan hajat awak tu, tadi nak sangat Zack temankan dah selesai, awak terus masuk kereta tinggalkan saya,” aku memarahi Rini.

Setelah beberapa minit aku meneruskan perjalanan, aku perhatikan ada sesuatu yang tidak kena dengan Rini, Rini berdiam diri dan hanya memalingkan muka ke arah luar. Berkemungkinan dia merajuk akibat aku memarahinya sebentar tadi. Tiba-tiba aku terhidu bau yang harum, aku tahu itu bukan bau minyak wangi yang Rini selalu pakai.“Zack ada bau apa-apa tak?” tanya Rina tapi suaranya agak berbeza. Perlahan-lahan Rini memalingkan mukanya ke arah aku. Aku hanya dapat melihat wajah Rini sekilas pandang kerana aku terpaksa menumpukan perhatian aku ke hadapan, tetapi aku dapat merasa kelainan pada wajahnya.


Bau yang harum tadi sudah tiada dan berganti dengan bau yang busuk dan meloyakan. Aku melihat wajah Rini… aku amat terkejut. Tanganku menggeletar, spontan aku tertekan brek. Kereta aku berpusing dan terbabas ke tepi. Ketika itu yang ada disebelahku bukan lagi Rini. Mukanya menggerutu dan terkopak sehingga menampakkan tulang pipinya yang tersembul. Matanya merah menyala, rambutnya kusut. Ketika mahluk itu menyeringai, terselah sepasang taring tajam dan dari mulutnya mengalir lendir berwarna merah pekat dan busuk. Sewaktu aku sedang panik, mahluk tersebut mengilai dan terbang menembusi bumbung kereta.

Setelah keadaan agak tenang aku membaca ayat-ayat suci Al-Quran sambil menghidupkan enjin kereta. Pada waktu itu aku teringat Rini. Sambil memecut ke arah warung tadi. Aku rasa aku sudah berpatah semula agak jauh. Namun tiada warung yang aku temui. Aku memandang jam, sudah pukul 1.00 malam. Aku terlihat sesusuk tubuh terhoyong-hayang keluar dari belukar, memang Rini.

Ketika aku menghampirinya, aku melihat wajahnya pucat, tubuhnya mengigil dan pakaian yang terlalu kotor. Aku dan Rini berpatah balik ke pekan. Sewaktu di dalam kereta aku tidak mahu berkata apa-apa, aku tidak dapat bayangkan pengalaman Rini bersendirian di dalam hutan itu. Satu pengalaman yang ngeri bagi aku dan Rini. Tapi bagiku pengalaman seperti itu tidak akan melemahkan semangat aku untuk terus menjadi guru.

Sekian


Sumber : SeramKot
Tags

Post a Comment

4Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!