Assalamualaikum dan salam sejahtera
MAKAN PIZZA SEDAP GILA! DI NAKED RESTAURANT & BAR
Siapa suka makan pizza? Sila angkat tangan! Haha Aku nak cerita tentang satu tempat menarik yang menyediakan pizza yang lazat dan berbeza daripada yang anda pernah makan sebelum ini. Rasanya dah boleh kot untuk aku lupakan tempat lain kerana pizza ini sangat sedap!
Baru-baru ini aku bersama rakan, Alin telah ke sebuah restoran yang terletak di Sri Hartamas, Kuala Lumpur iaitu Naked Restaurant & Bar. Sebenarnya ini merupakan kali pertama aku ke kawasan ini. Kawasan ini sebenarnya banyak juga restoran dan kedai makan, tetapi Naked Restaurant KL ini menjadi tumpuan kerana lokasinya dan juga menunya. Baiklah, seterusnya aku akan review pizza yang disediakan.
Freshly rolled thin-crust pizzas with house tomato sauce and fresh mozzarella.
NAKED HOUSE PIZZA
HARGA : RM 45.00
> Roasted Cajun Chicken Breast, Pickled Jalapeno, Onions and Mushrooms.
Pizza pertama yang aku rasa adalah Naked House Pizza. Namanya sahaja ada perkataan 'house' tapi bukanlah saiznya sebesar rumah ya rakan-rakan! Untuk pengetahuan anda semua, pizza di sini dihasilkan 100% oleh chef ya. Selain itu, crust nya yang ada hanyalah yang nipis sahaja.
Untuk pizza pertama ini, aku suka dengan rasanya. Rasa ayamnya iaitu Roasted Cajun Chicken Breast sangat sedap, ditambah dengan bahan lain seperti Pickled Jalapeno serta Mushrooms membuatkan rasanya sangat sedap dan lazat.
Boleh dilihat tekstur pada pizza ini. Penuh dengan perisa dan rasa yang lazat.
SALMON
HARGA : RM36.00
> Salmon, Capers and Topped with Arugula.
Pizza seterusnya adalah Salmon Pizza. Pizza ini menarik dan lain daripada yang lain kerana mempunyai daun Arugula di bahagian atas. Apa itu daun Arugula?
Arugula is a lesser known cruciferous vegetable that provides many of the same benefits as other vegetables of the same family, such as broccoli, kale, and Brussels sprouts. Arugula leaves are tender and bite-sized with a tangy flavor.
Bagi aku pizza ini penuh dengan rasa ikan salmon itu. Ya, setiap gigitan dimulut penuh dengan rasa salmon yang sedap dan ditambah dengan rasa masam daripada tomato.
Yang kelihatan bulat kecil berwarna gelap itu adalah Capers.
Brined or dried, capers are valued for the burst of flavor they give to dishes, a flavor described as lemony, olivey, and definitely salty. They add texture and tanginess to a great variety of recipes, including fish dishes, pastas, and sauces. - thespruceeats.com
CARNIVORE
HARGA : RM 55.00
> Beef Pepperoni, Roasted Cajun Chicken, Chicken Ham, Minced Lamb, Beef Bacon, Mushrooms, Garlic and Herbs.
Pizza terakhir adalah Carnivore Pizza. Sebenarnya ini adalah pizza beef pepperoni seperti di kebanyakan restoran pizza yang ada. Yang membezakan adalah di bahagian Chicken Ham yang bertaburan di atas pizza ini.
Bagi aku, rasa pizza ini sedap tetapi bukanlah menjadi pilihan aku kerana rasanya yang biasa-biasa sahaja. Perlu ditambah bahan lain untuk menjadikan rasanya lebih sedap. Contohnya ditambah chilli flakes dan sebagainya.
Tekstur Carnivore Pizza.
HOT WINGS
HARGA : RM 26.00
> Brine in salt water, Deep-fried, Tossed in your choice of Asian Hot Sauce or Smoked Sea Salt.
Bukan pizza sahaja yang kami makan pada hari tersebut ya! Kami turut makan kepak ayam! Siapa yang tak suka kepak ayam kan? Alhamdulillah, pada hari tersebut aku dapat merasai menu Hot Wings. Adakah kepak ayam ini betul-betul hot atau tidak?
Bagi aku, untuk kepak ayam yang dimasak bersama Asian Hot Sauce rasanya sangat pedas. Pedas dan masam. Pertama kali aku rasa Asian Hot Sauce dan ianya sememangnya sangat pedas ya rakan-rakan. Tapi untuk aku tidak menjadi masalah kerana aku memang sukakan masakan pedas.
BACA JUGA : [ Review Maggi Pedas Giler Perisa Ayam Bakar ]
Satu lagi adalah kepak ayam bersama Smoked Sea Salt. Untuk yang jenis ini, rasanya sangat sedap, tidak pedas dan sesuai untuk dimakan bagi mereka yang tidak tahan pedas dan sebagainya. Jadi ada pilihan di sini sama ada mahu yang pedas atau tidak. Rasa kepak bersama dengan smoked sea salt sangat sedap!
TABASCO SAUCE
Turut disediakan adalah Tabasco Sauce. Pada mulanya aku agak khuatir adakah sos ini pedas atau tidak. Pertama kali ya aku jumpa dengan sos ini. Rasanya berbeza daripada sos-sos lain yang ada di Malaysia. Aku ada jugak buat carian di google tentang sos ini, rupanya agak viral juga ya tentang status Halal sos ini.
NAKED AFFOGATO
HARGA : RM 24.00
> Espresso, Chocolate Cookies, Ice Cream, Whipping Cream and Grated Dark Chocolate.
Di penghujung rancangan , eh, ketika selesai makan pizza dan kepak ayam, aku rasa pula menu pencuci mulut iaitu Naked Affogato. Ini juga pertama kali aku mendengar menu dengan nama ini. Mungkin untuk mereka yang selalu minum coffe dan sebagainya pernah dengar menu ni. Sebenarnya banyak juga yang aku pertama kali jumpa ketika di restoran ini.
Kombinasi yang ada pada menu ini sangat sedap. Tak pernah aku rasa seumur hidup. Rasa espressonya sangat kuat dan kombinasi bersama bahan lain menjadikan rasanya sedap dan segar. Anda kena cuba ya menu ni!
SUASANA RESTORAN
Walaupun nama restoran ini Naked Restaurant & Bar, tetapi bukanlah bermakna pelanggan atau pekerjanya semua dalam keadaan 'naked' ya! Awas ya! Pinjam ayat Kak Min (BebelanCikMin) Haha, jangan ada yang berfikiran bukan-bukan tentang bahagian itu.
Suasana di sini sangatlah selesa, untuk mereka yang sukakan ruangan terbuka, boleh pilih untuk berada di bawah kanopi manakala untuk mereka yang suka dengan hiasan dalaman dan sebagainya boleh pilih untuk berada di dalam restoran.
Untuk pengetahuan anda lagi, restoran ini berstatus 'pork-free'. Walaubagaimanapun, chef atau tukang masak serta krew restorannya merupakan melayu dan orang Islam.
SENARAI MENU
Seterusnya, aku nak pamerkan senarai menu yang ada di Naked Restaurant & Bar ini. Ada banyak juga sebenarnya. Aku sendiri tak tahu nak pesan yang mana sebab semuanya dari nama dan tulisan boleh tahu kesedapan makanan itu.
Untuk pengetahuan anda, pihak Naked Restaurant & Bar sekarang ini sedang mengusahakan untuk membuat delivery bagi pizza yang mereka hasilkan. In shaa Allah dalam masa terdekat ini anda sudah boleh membuat pesanan dari rumah sahaja untuk dapatkan pizza yang sedap gila ni.
LOKASI
ALAMAT : Naked Restaurant KL
Block E-0-2 & E-1-2, Plaza Damas No. 6,
Jalan Hartamas 1 Taman Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.
TELEFON : 603-6206 1623
EMAIL : ask@nakedrestaurantkl.com
Sekian
such a name.. naked restaurant.. hahahahhaha.. anyhow, the food looks nice and yummy, can go and try try
ReplyDeletehaha betul tu. mula pun macam pelik dengan nama restoran ni :)
DeleteTengok pun dah tahu sedap .. kira kalau makan tu kita dapat nikmati kepuasannya sampai ke roti kan..hehe..kena singgah try jugak ni..harga pun berbaloi !
ReplyDeletebetul tu. sangat puas! :)
DeleteWow! Memang nampak best ye pizza dia - penuh dan padat. Rawlins suka!
ReplyDeleteBaru teringin nak makan hot wings dia - sekali pedas pulek.
Awas! Rawlins takleh makan pedas. Haha
boleh try yang sea salt tu, tak pedas :)
Deletetergodanya tengok Salmon pizza dengan hot wings dia. Rasanya belum ada lagi flavor salmon dekat mana2 pizza brand. Selalunya guna tuna kan? Boleh try ni nanti
ReplyDeletemungkinlah.. boleh cuba nnti :)
DeleteNampak pizza dia cukup menyelerakan. Terliur sis dibuatnya..dh lah sis ni peminat pizza. Nanti ada masa nak terjah gak lah
ReplyDeletesaya dh agak,mesti ramai yg suka pizza hehe :)
DeleteAku nampak gambar pizza2 tu semua, dah craving dah ... Hiks, korang ni awat buat kita lapar.. Anyway, harga affordable dgn.rasa yg sedappp portion yg besarrr...
ReplyDeletehaha, mmg rasa nya sedap gila
DeleteYaya memang suka makan pizza. Nampak sedap! Lepas ni boleh cuba pizza di naked resturant pulak. Dekat je dengan rumah hee
ReplyDeletewah bolehlah pegi nnti :)
Deletetahniah sebab berjaya mengenceskan akak petang-petang macam ni. terus teringin pulak nak pi makan pizza panas-panas. sambil pekena affogato tu. sedapnya nampak pizza tu semua, harga pun not bad
ReplyDeletefirst time nampak perkataan mengenceskan.. haha :)
DeleteYang last sekali tu tak tahan.. buat kecur air liur je tengok ice cream tu.. pizza pun banyak jugak flavour dia ye.. wajib kena singgah dekat naked restaurant & bar kalau pergi Sri Hartamas ni kan..
ReplyDeleteafogato tu mmg sedap. rasa coffe dgn manis dia mcm sesuai :)
DeleteOMG PIZZA MEMANG KEGEMARAN KITA TENGOK SEMUA JENIS YANG ADA NI MEMANG SEDAP BELAKA HARGA PUN TERBAIK LAH BOLEH CUBA HEHEHEHE NANTI BELANJA KITA LAK HEHEHE TAK MALU KAN...
ReplyDeleteboleh je nak belanja haha :)
DeleteAduhai terliur2 tengok limpahan di ats pizza tu. nama tu rare lah nak tahu jugak kenapa naked. Hehe. Cuma jauhlah nk cuba. Hope tambah lagi branch
ReplyDeletehaha itulah.. namanya sangat rare..
DeleteHarga dia agak
ReplyDeletePricey sikit ehhh. Tapi tengok pizza dia mmg nampak sedap. Terutama yang salmon tu
mungkinlah.. tapi walau harga mcm tu, tapi sedap rasanya berbaloi :)
DeletePergh! Sedapnya! Tiba² rasa nak makan pizza pula pagi² hari ini. Ada yang pergi order ni kang hahaha! Mmg padu betul pizza nya dlm setiap gmbr. Dahlah favorite!
ReplyDeletehaha pagi2 makan pizza, boleh jugakk
Deletenipisnya pizza dia. lagi best tuh. mek memang suka pizza nipis so tak muak. boleh try nanti kat naked ni.
ReplyDeletenipis lagi sedap.. haha handmade
Deleteterkejut tgok nama restoran.hahaha
ReplyDeletehahaha ada maksud lain rasanya
DeleteBestnya dapat makan pizza. Kadang orang suka cati pizza handmade macam.ni kan biarpun harga dia mahal sikit.
ReplyDeleteMungkin sebab dari segi airtangan tu berbeza.
ya betul tu. handmade and rasa dia sedap
Deleteyummy! semua pizza tu nampak sedap sangat. terliuar dibuatnya. Boleh masuk dalam wishlist food hunting xul ni
ReplyDeletemmg sedap tau! :)
Deletedah lama tak makan pizza..comelnya pizza, nipis je..hehee..macam-macam jenis ada, siap ade dlaam cawan..
ReplyDeletedalam cawan tu bukan pizza ye! :)
DeleteAduiii...lama tak makan pizza sebab on diet. Tapi baca citer bab pizza sambil tengok koleksi gambar, terus rasa nak order online.
ReplyDeletehahaha.. jemput makan pizza ya lepas tu baru on diet balik :)
Deleteharga dia not bad lah. sangat mampu milik !! OMG pizza dahlah makanan kegemaran saya, tak sabar nak cuba menu pizza dekat restoran Naked nie. nama dia nampak takut tapi makanan da bomb !
ReplyDeleterasanya pun sedap ya amat! :)
DeleteMenarik pizza dia. Nak try gak nanti
ReplyDeleteBoleh cuba ya nnti
DeleteHi! I love how informative and great your articles are. Can you recommend any other Food Blog Names or blogs that go over the same topics? Thanks a lot!
ReplyDelete