Pasang Monolock Rear Box dan Monorack Pada Motorsikal

Aerill Hassan
34


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pasang Monolock Rear Box dan Monorack Pada Motorsikal


Kali ini aku nak kongsi pengalaman aku pasang "kotak" atau monobox di motorsikal aku. Motor yang aku guna sekarang ini dibeli pada bulan Februari yang lalu. Motor apa? Motor biasa-biasa sahaja. 2018 SYM E Bonus 110. Aku belum cerita lagi kut tentang motor ni. Jom aku cerita serba ringkas. Jemput baca sampai habis ya.

SYM E BONUS 110 2018

Sumber Gambar : Paultan

Motor ni dibeli di Kedah dan dibawa ke Kajang dengan menaiki kereta Alza. Cuba anda bayangkan ya macam mana. Kerusi semua dalam kereta alza dicabut dan dimasukkan satu motor di dalamnya. Haha.

Motor inilah aku gunakan untuk ulang alik dari Kajang ke Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan sebagainya. Alhamdulillah setakat ini motor ini sangat berguna dan masih terbaik. Pada beberapa minggu awal motor ini menjadi kepunyaan aku, ayah aku ada beli satu box untuk diletakkan di motor ini. Tapi baru sekarang, iaitu bulan 9 baru aku pasang box pada motor. Sebab apa? Sebab tak cukup duit nak beli  dan pasang monorack. Mahal ya! Bagi aku lah, tak taulah anda macam mana.

Jadi sebelum aku nak cerita macam mana aku pasang monobox atau tong ini pada motor, aku nak cerita dulu perbezaan antara monorack biasa dan juga monorack J.

Baca Juga : [ Motor Rosak Lagi ]

PERBEZAAN  MONORACK BIASA VS MONORACK J

Sebenarnya aku tak tau istilah sebenar benda-benda ni. Mungkin salah dan mungkin betul. Tapi dari gambar rasanya anda dapat tahu mana satu yang aku bagitau ni. Ada yang panggil besi box motor dan sebagainya.

MONORACK BIASA
MONORACK BIASA

Menampung beban dengan disambungkan pada bahagian spoiler motor. Boleh menampung beban yang sedikit sahaja dan  kalau terlebih berat boleh bengkok atau patah spoiler. Jadi hanya untuk light usage sahaja. Harganya lebih murah berbanding monorak J.

MONORACK J
MONORACK J

Untuk jenis Monorack J, ianya dikatakan lebih kukuh dan sesuai untuk penggunaan heavy usage. Boleh menampung berat yang lebih banyak berbanding monorack biasa. Cuma harganya lebih mahal berbanding dengan yang biasa.



PROSES PASANG BRACKET PADA MOTOR

Okay. Jadi aku akan ceritakan daripada awal sehingga habis ya. Sebelum itu, aku menggunakan box jenis GR RACING 28L Monolock Rear Box by Espada iaitu sebesar 28 liter. Lupa pula pada harganya sebab ayah aku beli di Kedah. Kalau di Shopee ada satu yang jual dengan harga RM85.00

Sebelum ini aku ada tanya pada kedai motor cina yang aku selalu pergi tukar minyak hitam dan sebagainya tentang harga untuk pasang monorack biasa atau monorack J ni. Kononnya yg biasa RM 45, manakala yang Monorak J harganya sekitar RM150.  Lepas tu, beberapa hari aku pergi lagi sebab cadangnya nak ambil yang murah tu. Tapi uncle tu bagitau yang monorack biasa tak boleh pakai dekat motor aku. Sebab nanti patah bahagian spoiler tu.

Aku pun dalam hati macam " Hari tu dah bagitau harga semua, tak bagitau pulak pasal patah-patah ni." Jadi lepas tu aku pun macam nak balik, kumpul duit untuk pasang monorack J yang agak mahal tu. Tapi aku ada nampak satu kedai motor, milik orang berbangsa India. Aku pun tanyalah tentang monorack dan monorack biasa ni. Uncle dekat kedai ni bagitahu yang boleh je nak pasang. Tapi kena beringat tentang berat muatan dalam box tu nanti sebab risikonya ada.

Aku pun fikir, barang apa sahaja yang aku nak letak dalam box? Helmet sudah semestinya bila aku pergi kelas atau mana-mana pusat beli belah, boleh letak dalam box. Rasanya taklah berat sangat. Jadi lepas itu aku terus pasang monorack biasa pada motor aku.

Pasang Monolock Rear Box dan Monorack Pada Motorsikal
Bahagian belakang motor, spoilernya sudah ditanggalkan.

Pasang Monolock Rear Box dan Monorack Pada Motorsikal
Siap dipasang monorack biasa pada motor aku.

Pasang Monolock Rear Box dan Monorack Pada Motorsikal
Ini yang dimaksudkan dengan monorack biasa, terus dipasang pada bahagian belakang motor, dikhuatiri jika terlebih muatan boleh menyebabkan kawasan tersebut bengkok atau patah.


PROSES PASANG BOX PADA MOTOR

Pasang Monolock Rear Box dan Monorack Pada Motorsikal

Untuk pasang box sebenarnya mudah sahaja. Sebab itu aku memasangnya sendiri di rumah. Diberikan sekali dengan bracket. Bracket atau tapak untuk letak box. Berpeluh jugak nak pasang sebenarnya. Nasib baik ada peralatan yang diperlukan seperti sepanar dan sebagainya. Pastikan betul-betul kukuh dan kuat!

Sebab ada kes dimana ketika tengah sedap bawa laju di lebuhraya, terlanggar bonggol, terus terpelanting box ya!

Pasang Monolock Rear Box dan Monorack Pada Motorsikal
Ruangan dalam box. Sebenarnya box ini boleh ditanggalkan bila kita tidak mahu gunakannya. Untuk mereka yang tak tahu, anda boleh tanggalkannya dengan memusingkan tombol pada bahagian dalam kemudian terus tanggalkannya. Ruangan yang besar ini muat untuk helmet aku serta barangan lain.

Pasang Monolock Rear Box dan Monorack Pada Motorsikal
Hasil selepas bertukang memasang box dan bracket pada motor.

Pasang Monolock Rear Box dan Monorack Pada Motorsikal
Sudut pandangan lain pula.

Sebenarnya aku bukanlah seorang yang arif tentang motor dan sebagainya. Ada banyak lagi perkara yang aku tak tahu. Aku pernah cerita tentang pengalaman aku tersadai di tengah lebuhraya sebab sesuatu terjadi pada motor aku. Haha. Okay, lupa pula nak cerita pasal harga monorack biasa tu. Harganya adalah RM68 termasuk dengan upah pasang. Bagi aku harganya tidaklah mahal sebab aku ada bajet sekitar harga macam tu.


Sekali lagi nak diingatkan tentang istilah yang aku guna mungkin berbeza dengan apa yang dipanggil diluar. Tapi aku rasa anda semua faham kan apa yang aku cerita?


Segala istilah digunakan dalam artikel ini adalah dari diri penulis sendiri. Mungkin diluar istilahnya berbeza. Maaf atas kesilapan dan perbezaan.
Tags

Post a Comment

34Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Pasti berguna bila dah pasang box kat motor. Bila pasang sendiri mesti lagi menjimatkan. Nak cabut and pasang sendiri pada kemudian hari pun boleh buat sendiri bila tahu camne..

    ReplyDelete
  2. Serius ke bawak naik kereta? Huhu apesal la x hantar pakai train ke bas ke. Duk suruh husband psg box kat motor dia senang letak helmet anak pun dia x letak2 lg sampai skrg ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab bawak naik kereta? sebab nak cepat dan murah haha. ada jugak terfikir nak pos , tapi sbb nk guna motor tu cepat untuk urusan penting. bwk naik kereta je lah

      Delete
  3. Ooooh...will be very handy for those with motorbikes. Convenient to store barang pun kan..

    ReplyDelete
  4. wow! such a lovely rear box... nice and handy for the motorbike... can store a lot of stuff..

    ReplyDelete
  5. faham dan jelas. dan mek memang lagi suka kalau motor ada benda macam ni sebab kalau depa pegi supermarket beli barang taklah nampak macam kesian sangat nak angkut barang tu. ada storage tu better.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. itu salah satu tujuan utama juga. sbb saya selalu bwk barang banyak. satu lagi boleh letak helmet dalam tu. risiko dicuri juga berkurang.

      Delete
  6. ingat dulu husband beli motor kat perak sebab nak dapatkan nombor plat AJU tapi kami bawak ke kl guna hilux :). mudah motor dah ada box ni kan, boleh bawa barang dalam tu

    ReplyDelete
  7. Kreatif betul bwk keta dgn alza....BC blm penah pikir lg ada org bwt mcm tu...hahahahaah...tp mcm mana pn anda berjaya bwk pulang motor ke kl....tahniah...

    ReplyDelete
  8. Hmm......... saya memang kaki bangku bab menunggang motor dan k.o lah bab Knowledge in motor. Hehehe. Macam mana pun your review is good. The pictures you used are good. Good job!

    ReplyDelete
  9. oh macam tu rupanya pasang monolock. bagus sangat rider area kl pasang benda alah ni senang nak simpan helmet, baju hujang atau letak barang kat belakang. dah macam bonet untuk motorsikal gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sangat2 diperlukan kalau selalu naik motor dan berulang alik.

      Delete
  10. Kat motor scoter kita yang kecik tu pun pasang menda alah ni juga senang kota nak bawa barang kalau banyak dan paling best bila time hujan boleh sorok barang belakang tu tak basar huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tu salah satu fungsi dan tujuan saya letakkan di motor.

      Delete
  11. Wow. Info bernas. Boleh laa buat2 pandai pasal Monolock Rear Box dan Monorack Pada Motorsikal dekat suami lepas ni. Haaaa baru dia tahu bini dia pun tahu serba serbi pasal motor. Hahahaha

    ReplyDelete
  12. Sis kalau bab motor2 ni memang buta hati sikit..tak tahu apa2, apatah lagi membawa. Naik motor pun rasa sis dlm 10 tahun yg lps sb ikut member. Tgok membr yg ada motor pasang bendalah ni mmg berguna sgt..boleh letak mcm2 brg

    ReplyDelete
  13. Lama gila x ambil port pasal motor... dulu masa ada motor sendiri tahun 2005, memang alert la pasal semua benda nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wwahh. sekarang mesti gunakan kereta sebagai kenderaan seharian kan

      Delete
  14. Sis panggil box je. Hahaha. Tapi memang berguna tau box tu. Macam-macam benda boleh simpan. Dan manalah tau, ter shopping tanpa sengaja. Kan dah jadi penyelamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun panggil box tapi tak sure istilah mana yg betul haha. betul tu.

      Delete
  15. Oh baru paham cara pasang box kt moto.. Hahah.. Ritu ayah wawa minta pasangkan kt moto.. Wawa xreti nk pasang. Sampai skrg buat xlepas2.. Ditanya org perempuan mmg xtau la.. Haha... Tq share ni..

    ReplyDelete
  16. AM pun suka bawa moto yg ada box. Senang nak letak baju hujan n helmet dlm tue.. Dokumen penting pun leh letak elak dr basah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tambah2 saya ni takda kereta, mmg bawak motor je

      Delete
  17. Adik2 lelaki emi jenis yang tak suka pasang monorack tu. Tak tahu la dorang, agaknya dorang rasa serabut ada benda tu kot. Dulu dah pernah pasang, pastu dorang bukak balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam saya, mmg perlukan box ni. sbb perjalanan jauh and kadang2 bwk byk barang. kalau mcm nk pergi kwsan dekat, boleh cabut box ni, lepas tu letak balik.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!