Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kembali lagi dalam sesi review novel. Sebenarnya dah lama aku baca novel ini. Tapi sekarang baru dapat masa untuk ceritakan tentang pendapat dan ulasan aku berkenaan novel hebat ini. Selamat membaca ya.
Tajuk : One Two Jaga
Penulis : Sahidzan Salleh
Keluaran : Jun 2018
SINOPSIS
Mengisahkan tentang pergelutan hidup beberapa watak di pinggir dan lorong gelap Kuala Lumpur. Seorang buruh Indonesia yang cuba menyelesaikan masalah adiknya. Dilema dua pekerja cyber judi memegang wang suapan. Kemelut dua anggota polis yang baru ditugaskan bersama. Kamen Rider. Penjenayah yang kaya-raya. Polis jahat yang makan rasuah. Kesemuanya saling berkait dan bersilang antara tiap satunya — menuju ke sebuah pengakhiran yang celaka. Novel ini berdasarkan skrip filem One Two Jaga arahan Nam Ron yang menemui penonton pada tahun 2018.
Baca Juga : [ Review Novel Fixi : Nota oleh Shaz Johar ]
REVIEW :
Umum mengetahui bahawa terdapat filem One Two Jaga di industri perfileman negara. Sebenarnya filem keluar dulu sebelum novel. Novel ini ditulis selepas skrip filem dan pengambarannya berlaku. Untuk aku pula, aku tak pernah tonton filem One Two Jaga. Aku hanya tonton selepas membaca novel ini.
Boleh dikatakan apa yang ada pada novel lebih banyak dan detail. Banyak kali juga ketika aku menonton filem ini, aku tertanya kenapa ada perbezaan. Untuk fokus di dalam novel ini, aku suka dengan cerita yang aku rasa sangat jarang dimainkan di mana-mana sama ada penulisan mahupun lakonan filem. Cerita tentang rasuah dan salah guna kuasa di kalangan polis. Aku sebagai seorang anak polis juga mengaku akan wujudnya perkara ini atas penceritaan oleh ayah aku.
Bahasa dan dialog yang ditulis dan digarap oleh Sahidzan Salleh di dalam novel ini sangat hebat. Ya, ada dialog berbasa Indonesia dan sebagainya. Mungkin selepas ini aku akan membaca banyak lagi karya-karya Sahidzan Salleh. Oh ya, lupa nak beritahu ini novel kedua aku baca hasil karya Sahidzan Salleh selepas novel Puaka.
Baca Juga : [ Review Novel FIXI : Puaka by Sahidzan Salleh ]
Sekian.
Selalunya memang jalan cerita dalam novel lebih details berbanding movie, tu pasal suka baca novel berbanding tgok movie . Siap boleh imagine lagi scene macam mana.
ReplyDeleteEh?ada eh movie one two jaga?sah tertinggal kapal terbang la ni sbb dh lama pencen jadi kaki wayang.haha
Err..kamen rider? uih..terbayang cter anime kamen rideerrr! hiyarrgghhh
Kan, salah satu sebab saya lebih suka baca novel. Selalunya saya tak suka filem yang dihasilkan adaptasi novel, sebab byk yang dibuang.
DeleteLama dah Sis tak beli novel. Nanti boleh masukkan novel ni dalam list. Kalau ada rezeki, jumpalah novel ni. Jalan cerita pun menarik.
ReplyDeleteboleh baca ya atu tonton filem nya :)
DeleteWah.... Menarik laaa jalan cerita nya. Penuh aksi..!! Kalau baca novel memang best tapi kekangan masa tu yang entah bila mau habis walau sebuah novel. Prefer nonton aje
ReplyDeletekan, tonton filem ambil amsa satu jam lebih je, kalau baca mcm lebih je masa
Deletenovel fixi ni best layan. tapi malangnya mek dah takde masa nak spend masa membaca. tapi serius best novel fixi.
ReplyDeletehaha, itulah kalau ada masa mesti dah katam semua novel fixi ahah
DeleteDari filem kini kepada novel pula bagus harap dapat sambutan tidak seperti filemnya yang kurang. Tengok sinopsis cerita ini menarik dan berani membawakan sesuatu yang jarang orang kita ketengahkan dalam masyakat.
ReplyDeleteya, rasanya ada kes jugak tentang ada pihak yang tak puas hati sebab bawa tema ni.
DeleteTak pernah tengok. Tapi filem One two jaga bukan ke ada menang FFM? Ke salah. Mmg pernah dgr org cerita yg movie ni bagus. Rasanya novel lagi best, sebab lebih details, lebih mendalam.
ReplyDeleteya, ada menang di FFM. betul tu, novel lagi mendalam dan details.
DeleteLama dah tak baca novel. Last baca pon time study dulu. Tak pnah lagi baca novel one two jaga. Filem pon tak tengok lagi.hihi
ReplyDeletejemput tonton ya. saya ni suka membaca, tapi novel fixi je lah :)
DeleteRasanya filem ni dapat anugerah kan. Tgk barisan pelakon dia semua hebat2. Tu antara yg menjadi tarikan
ReplyDeletefilem arahan namron. memang best, tapi bgi saya novel lebih details.
DeleteThanks for the information~ although tak baca novels , tapi is nice to have friends who reads novels and share it!
ReplyDeleteThanks !
Keep it up the reading spirit!
thanks for the motivation. haha
DeleteLama sgt2 tak layan novel. Last layan masa awal2 study dulu. Lps tu decided utk stop takut takleh fokus study. Pesen nur klu dh baca novel tak buat bende lain dah. Tp bila baca sinopsis ine two jaga ni buat nur rasa nak beli novel pulak. Best jln cerita dia
ReplyDeletekalau macam saya pulak special, haha boleh habiskan novel dalam masa yang singkat. haha
DeleteSame here... saya juga peminat novel fixie... betul, bila diamat-amati memang berbeza garapan filem dengan apa yang dituliskan di dalam novel... tapi tu lah, biasanya memang akan ada beza antara filem dengan novel... yang penting, apa yang cuba diketengahkan diharapkan meresap ke dalam jiwa para penonton...
ReplyDeleteya, yg penting isi pentingnya sampai. :)
Deletelamanya tak baca novel fixi! baca sinopsis ni agak complicated jalan cerita dia. tapi novel fixi biasa tak mengecawakan. kena start membaca balik la cmni.
ReplyDeletejalan ceritanya bgi saya berani sbb berikan sesuatu yang baru dan juga lain drpd yg lain
DeleteAM penah menonton filem one two jaga di pawagam.. Bagi AM, NamRon Seorg pengarah yg benar berbakat kerana filem ini satu filem yg berani mengetengahkan kemelut permasalahan rasuah pada zaman skrg.. Sedih juga bila Part permasalahan dua pihak namun ada anak kecil yg menjadi korban.
ReplyDeletenamron mmg salah seorang penggiat seni yang patut diberi anugerah sebab banyak karya dan juga lakonannya yang sangat hebat.
DeletePeenh dengr filem one two jaga ni.. Tapi tak perasan.. Macm bwst pulak dgr ulasan awk ni... Hehehe.. Kita pun dh lama tak baca novel.. Novel mmg details.. Sebb kalau baca ambil masa
ReplyDeleteterima kasih. haha ;)
DeleteSetakat ni tak pernah lagi baca novel tulisan beliau. tapi review ni buat I rasa nak baca pulak. Nice.
ReplyDeletejemput baca ya :)
DeleteMenarik juga ya. Qiss dah lama tak baca novel. Minat juga genre novel macam ni. Nanti nak cari juga buat koleksi. Ada masa boleh baca.
ReplyDeletebolehlah baca atau tonton filem ni nanti :)
Delete