Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sumber : Berita Harian | Google Image
SYARAT UNTUK TAUBAT NASUHA | Salam jumaat buat rakan-rakan dan pembaca semua. Kali ini aku nak kongsi tentang apa yang aku baca di Berita Harian iaitu mengenai syarat untuk taubat nasuha. Jadi, aku nak kongsikan dengan anda apa yang aku baca dan dapat. Semoga bermanfaat.
MANUSIA memang tidak lepas daripada dosa, tetapi persoalannya sejauh mana kita mencuba menghindarinya dan tekad untuk bertaubat serta tidak mengulangi semula. Ada dalam kalangan umat Islam yang bersikap sambil lewa dalam hal itu, malah ada menyedari dosa yang dilakukan, tetapi mengambil sikap gemar menangguhkan hasrat bertaubat dengan memberikan pelbagai alasan.
Baca Juga : [ Cara Menunaikan Solat Tahajud ]
Antara dalih yang sering digunakan ialah usia masih muda, tanggapan pintu taubat sentiasa terbuka luas dan berpandangan belum tiba waktu sesuai untuk kembali kepada jalan diredai Allah SWT.
“Allah SWT berfirman pada akhir ayat 31, Surah An-Nur: “Orang yang bertaubat ialah mereka yang akan beroleh kejayaan.”
TIGA SYARAT TAUBAT NASUHA
Mesti diingat, maksiat atau dosa yang tidak dibasuh dengan taubat, akan meninggalkan kesan karat pada hati. Janganlah berlengah sehingga seluruh hati diselaputi karat dosa kerana pada waktu itu, kalbu tidak lagi menerima limpahan nur dari Allah SWT.
Tiga syarat dalam melaksanakan taubat nasuha.
- Individu itu mestilah mempunyai perasaan bersalah.
- Individu tersebut mestilah terus meninggalkan perbuatan dosa berkenaan.
- Individu berkenaan perlu menyesalinya dan berazam tidak akan mengulanginya lagi, barulah ia akan diterima oleh Allah SWT
Baca Juga : [ Fadhilat Surah Al-Waqiah Surah Kekayaan ]
Perbuatan dosa pula terbahagi kepada dua, iaitu dosa kecil dan besar. Dosa kecil akan diampuni oleh Allah dengan segala amal kebaikan yang dilaksanakan seperti solat fardu, membaca al-Quran dan beristighfar. Bagaimanapun bagi dosa besar, ia hanya akan diampuni dengan melakukan taubat nasuha, sekali gus setiap Muslim bertanggungjawab mengetahui perkara yang dikategorikan sebagai dosa besar.
Imam al-Zahabi dalam kitab al-Kaba’ir menyenaraikan lebih 70 perkara sebagai dosa besar. Justeru, tiada istilah kita melakukan maksiat dengan alasan tidak tahu. Sebaiknya setiap umat Islam perlu sedar setiap dosa dilakukan kerana kesedaran itu jalan kepada penyesalan dan seterusnya memohon taubat kepada Allah SWT.
Usah tunggu sehingga kita tiada rasa bersalah lagi apabila melakukan perkara berdosa. Antara tanda taubat kita diterima, hati semakin lembut dan terbuka untuk melakukan ibadat, selain mudah tersentuh apabila berbuat maksiat dan menyesalinya.
Baca Juga : [ 10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima oleh Allah S.W.T ]
Terima kasih diatas perkongsian...
ReplyDeletesama2 semoga bermanfaat :)
Deleteterima kasih atas perkongsian aerill. semoga kita semua sempat bertuabat sebelum akhir hayat.
ReplyDeletein shaa Allah :)
Delete