Assalamualaikum dan salam sejahtera
GUA KOTA GELANGGI PAHANG
Sumber : Taman Negara Travel
GUA TEMPURUNG, PERAK
GUA CERITA, KEDAH
Macam mana? Ada tak antara gua-gua ini yang anda pernah terokai? Antara yang aku pernah pergi adalah Gua Kelam, iaitu ketika kecil bersama keluarga dan juga Gua Cerita, ketika rombogan sekolah ke Langkawi selepas PMR. In shaa Allah aku akan cuba untuk terokai gua-gua yang lain seperti Gua Niah dan sebagainya nanti.
Apa khabar pembaca semua? Untuk episod kali ini, aku nak berkongsi dengan anda tentang 5 buah gua yang berada di Malaysia yang patut anda lawati. Dalam senarai yang aku berikan ini, hanya dua yang aku pernah lawati. Yang selebihnya dalam proses untuk terjah. Malaysia sememangnya kaya dengan gua yang sangat indah dan unik. Jadi, tanpa membuang masa jom kita lihat 5 buah gua yang tersenarai.
5 GUA YANG ANDA PATUT TEROKAI DI MALAYSIA
Sumber : Taman Negara Travel
- Gua Kota Gelanggi terletak kira-kira 30 kilometer dari Jerantut dan ia sering dikunjungi pelancong dalam dan luar negeri yang cintakan kedamaian serta keindahan alam semulajadi.
- Asal usul nama Gelanggi berasal daripada perkataan Siam iaitu Klang Kio atau Gelang Gio.
- Dalam Gua Kota Gelanggi terdapat tujuh gua yang dahulunya kota iaitu Kota Tongkat, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Balai, Kota Rehut, Kota Jin dan Kota Kepayang yang membawa maksud negeri-negeri berada di bawah Kota Gelanggi pada zaman dahulu.
- Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau dan Tok Gajah juga dikatakan berlindung dan bertapa dalam gua Kota Gelanggi.
Baca Juga : [ 10 Pantai Tercantik di Malaysia (2018) ]
GUA KELAM, PERLIS
Sumber : Holidaygogogo
- Gua Kelam adalah produk pelancongan terletak di utara Semenanjung yang wajib dikunjungi disebabkan keunikan dan keindahannya.
- Gua Kelam antara gua batu kapur tercantik di Malaysia.
- Di dalam gua ini terdapat terowong yang panjangnya 370 meter (m) dan terletak berhampiran pekan kecil Kaki Bukit, kira-kira 33 kilometer (km) di utara Kangar, Perlis.
- Dinamakan Gua Kelam sempena keadaan dan kedudukannya di kaki bukit, selain suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.
- Kelam mengikut loghat utara bermaksud gelap. Mengikut fakta sejarah pula, nama Gua Kelam diberikan oleh pelombong bijih timah suatu ketika dahulu sempena kegelapan gua itu sendiri.
GUA NIAH, SARAWAK
Sumber : Blog Traveloka
- Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia.
- Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.
- Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak.
- Gua Niah mempunyai keluasan 12 hektar dan kawasan di dalamnya dianggarkan tiga kali padang bola sepak.
- Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan pintu dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.
Baca Juga : [ Senarai 50 Individu Terkaya di Malaysia (2018) ]
GUA TEMPURUNG, PERAK
Sumber : Flickr
- Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Malaysia.
- Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.
- Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.
- Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia.
- Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh.
GUA CERITA, KEDAH
Sumber : makemytrip
- Gua Cerita atau "Cave with a Legend" adalah salah satu daripada banyak gua batu kapur yang menarik terletak di utara -timur Langkawi.
- Ia terdiri daripada dua gua batu kapur, satu di atas yang lain dan menghadap ke laut.
- Terdapat beberapa legenda yang dikaitkan dengan Gua Cerita, salah satu yang berkaitan dengan Merong Maha Wangsa dalam episod yang melibatkan Rom dan Maharaja Cina.
- Gua ini menjadi sebahagian destinasi menarik bagi Langkawi Geopark.
Macam mana? Ada tak antara gua-gua ini yang anda pernah terokai? Antara yang aku pernah pergi adalah Gua Kelam, iaitu ketika kecil bersama keluarga dan juga Gua Cerita, ketika rombogan sekolah ke Langkawi selepas PMR. In shaa Allah aku akan cuba untuk terokai gua-gua yang lain seperti Gua Niah dan sebagainya nanti.
Sekian.
Baca Juga : [ Perbezaan Batu Nisan Lelaki dan Perempuan ]
menarik..semua belum pernah pergi..hehe
ReplyDeleteboleh lah terjah nnti :)
DeleteTak pernah lagi masuk gua-gua ni, macam adventure pulak...tapi gua sekarang orang kata lawaa yer...sebab siap ada laluan untuk pelancing jalan dalam gua..macam gua kat Langkawi tu...haaa yang tu Sis pergi..tu je laa satu gua hehehehe
ReplyDeletemmg seronok. saya pun sekarang minat pula dengan gua2 ni. hehe
Deleteammi pernah masuk 2 gua je. Gua Kelam (Perlis) dan Gua Angin (Sarawak).
ReplyDeletewah gua angin. okay nak google pasal gua tu nnti :)
DeletePernah masuk gua cerita ja. .
ReplyDeletemacam mana pengalaman di situ?
DeleteSaya pernah masuk gua kelam je.
ReplyDeletebolehlah terjah gua-gua lain nnti :)
Deletewalau gua niah kat miri, tetap masih tak pernah terjah, belum ada keberanian :)
ReplyDeletekenapa tak berani? hehe
DeleteDalam semua Gua tu SA dah terjah Gua Kelam Perlis dan Gua Niah Sarawak..gua lain2 tu menarik jugak..kalau ada kesempatan dan peluang memang nak terjah Gua2 ni..ingat lagi masa masuk Gua Kelam, jeram kat dalam tu deras sebab musim hujan..seram betul dibuatnya
ReplyDeletekan, saya pun rasa mcm nak pergi lagi ke gua kelam tu, sebab last masa saya sekolah rendah..
Deletebab gua ni errr...x berani nak teroka sebab terpengaruh dengan cter omputih pasal sesat dlm gua, pastu kena makan dek binatang apa ntah dlm tu. hahaha..
ReplyDeletelaju je teringat pasal kes football players hari tu tersekat dlm gua..adohaaiii
haha adoii.. masuk kt depan je... haha sbb kt malaysia rasanya semuanya besar2
DeleteBestnya.. pernah merasa masuk gua sekali je kot kat Langkawi dulu.. tu pun kecik jer.. kalau gua yg kat atas ni semua mesti lagi menarik...
ReplyDeletelepas ni bolehlah terjah ya :)
DeleteThanks for sharing ! Dah nak gi gua gua kat Malaysia lama dah! Finally ada orang post! Thanks!
ReplyDeletewelcome. jemput jelajah semua gua ni ya :)
DeleteTak pernah sekali pun masuk gua, sebab penakut..haha. Teringin gak satu masa nanti cabar diri masuk gua ni. Thanks sharing, nnt boleh rujuk post ni semula
ReplyDeletelepas ni boleh try, dalam gua yg ada lampu.. ruang yg besar hehe :)
DeleteTak pernah masuk gua lagi... Tak tahu macam mana pengalamannya... pernah juga berangan nak terokai gua-gua di Malaysia ni tapi belum tercapai lagi
ReplyDeletebolehlah terjah lepas ni :) best tau
DeleteDalm bnyak2 gua tue, pena masuk gua kelam je.. Tue pn last masuk 10 tahun yg lpas..tringin nk msuk gua tmpurung tue..tggu ank da bsar skit baru boleh masuk..
ReplyDeleteha, bolehlah bawa family sekali sekala ke gua
DeleteWalaupun berasal dari Sarawak, Rawlins tak pernah lagi melawat ke Gua Niah. Sebenarnya Rawlins nie banyak terpengaruh dengan movie - maka takut nak menjelajah gua kerana takut sesat dan macam2 lagi haha
ReplyDeleteye ke.. ha ni saya nak pengaruh untuk masuk gua, best. tak perlu takut2 hehe
DeleteGua Kelm dgn Gua Tempurung je pernah masuk. Tapi Gua Kelam jalan kat path je so x berapa mencabar. Gua Tempurung mmg ambik adventure trail, masuk air segala bagai. Fuhh pengalaman best betul!
ReplyDeletebestnya! saya belum lagi ke gua tempurung tu. nak kena pgi la lepas ni
DeleteInfo menarik untuk kaki Gua haha... sis pernah ke Gua Kelam je lain belum sampai..
ReplyDeletebolehlah ke gua2 lain pula ya nnti
DeletePernah sekali masuk Gua Kelam. Pengalaman yang sangat menarik. Redah air sampai paras dada pun ada masa masuk gua tu
ReplyDeletewah bestnya.. saya ni dah lama jugak tk pgi gua kelam .. nk kena pglah nnti
DeleteTak permah pegi gua2 kat list ni. Pernah pegi gua kek lok tong je.
ReplyDeletegua kt mana tu?
Deletetak minat outdoor activity ni tapi kalau nak suruh tengok vlog atau documentary pasal gua ni bolehlah..hehe
ReplyDeleteyeke, saya minat, tapi kena cari geng dulu
DeleteDalam banyak gua yang disenaraikna, pernah masuk gau kelam je..lain belum pernah..bgus masuk dlaam gua tengok batu terbentuk macam tu
ReplyDeletesekali sekala tukar selera bercuti ke gua pula hehhe :)
DeleteTerima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini. Bagus dijadikan rujukan terutama buat anak2 muda.. byk tempah menarik rupanya dimalaysia
ReplyDeletesama-sama. sememangnya gua di malaysia boleh dijadikan tarikan pelancongan :)
DeleteGua2 ni saya tak berani sebenarnya. Hahah Takut gelap, lagipun mesti banyak benda merayap dalam tu. Tapi tak dinafikan kalau pecinta alam sekitar mesti suka bab-bab ni
ReplyDeletesebenarnya takdelah gelap sangat, sebab ada gua yang penuh dengan lampu.
DeleteLast masuk gua tahun 2002 kalau tak silap... masa tu pergi Gua Kelam... sebelum tu memang every year tak pernah miss ke ekspedisi hiking + gua... sekarang ni dah stop dah... memang minat sebab boleh tengok sendiri alam semulajadi dengan mata kepala sendiri kannnn... nanti anak dah besar sikit nak start balik la hobi ni...
ReplyDeleteseronoknya ada hobi sebegitu. in shaa Allah saya pun nak cuba hobi menjelajah gua :)
DeleteAntara lima gua ni lia pernah masuk gua kelam perlis je. Yang lain semua x berkesempatan lagi.
ReplyDeletebolehlah cuba jelajah nnti :) best tau!
DeleteKita orang Miri pun tak pernah pegi Gua Niah heh heh. But since you orang Kulim, rasanya Gua Jepun kat Baling dah bukak kot. Boleh try masuk add list Gua yg diterokai di Kedah.
ReplyDeletesekarang ni mcm susah sikit nak balik kulim hehe. tapi in shaa Allah akan cuba jelajah banyak lagi gua lepas ni :)
DeleteI never been to these caves before, and each of them has their own uniqueness! Should be fun if I ever been visit to these caves.
ReplyDeleteu should go and visit the places ya!
Deletebanyak tempat menarik rupanya di malaysia nie. dan kelima-lima gua di atas tak pernah pergi pon. ya Allah sedihnya !!. nak kena plan datang ke gua2 nie lah nampaknya
ReplyDeleteThese are genuinely wonderful ideas in on the topic of
ReplyDeleteblogging. You have touched some fastidious points here.
Any way keep up wrinting.
Book a resort at cheap and affordable price with all the activities like rafting, kayaking and jungle safari etc. Visit Dandeli in Karnataka for a better experience. To book now visit the website:
ReplyDeleteDandeli Resorts
good job.thank you for the information.
ReplyDeleteswalih.websume.in
Thanks for sharing wonderful informative article.
ReplyDelete