Assalamualaikum dan salam sejahtera
Penyanyi No 1 Negara, Dato Sri Siti Nurhaliza pada malam selasa yang lalu di program Meletop telah memperdengarkan sebuah lagu single terbaru beliau berjudul "Terang". Lagu hasil ciptaan komposer terkenal Aubrey Suwito dan lirik oleh Shah Shamsiri ini merupakan lagu tema bagi kempen SIMPLYSITI DI HATI yang dijalankan oleh syarikat produk kecantikan milik beliau.
Dato Sri Siti Nurhaliza memberitahu melalui tulisan di Instagramnya, "lagu ini saya dedikasikan sebagai hadiah dan semangat kepada kanak-kanak pesakit jantung untuk mereka sembuh semula dan seterusnya membantu mereka untuk meneruskan kehidupan yang ceria seperti kanak-kanak yang lain."
Untuk pengetahuan peminat dan pembaca semua, lagu ini akan dapat didengar dan dibeli di semua platform digital pada tarikh 1 November ini. Khabarnya juga Dato Sri Siti Nurhaliza juga sedang mengumpul material lagu untuk album baru pada tahun hadapan. Akhirnya ada album baru setelah album SimetriSiti pada tahun 2017.
Artikel Berkaitan : [ 10 Lagu Tradisional Dato Sri Siti Nurhaliza Terbaik Sepanjang Zaman ]
------
Sudah lama juga tak menulis mengenai Dato Sri Siti Nurhaliza. Banyak juga aktiviti beliau sejak akhir-akhir ni. Rasanya dari awal tahun hinggalah ke bulan ini, berapa banyak konsert yang telah dilakukan? Memang sangat aktif beliau pada tahun 2019 ini.
Di Youtube juga selalu melihat perkembangan beliau melalui video-video menarik, vlog di channel beliau. Kita boleh lihat beliau dari sisi lain, yang berbeza daripada yang kita lihat di televisyen dan sebagainya.
Artikel Berkaitan : [ 15 Penyanyi Wanita Terbaik Malaysia ]
Sumber : Instagram CTDK
My brother recommended I ight like this webb site.
ReplyDeleteHe was totally right. This post actually made my
day. You cann't imagine simply how much timme I had spernt for this info!
Thanks!
thanks ;)
Deletebelum dengar lagi lagu ni
ReplyDeletesaya pun belum sempat dengan full lagi lagu ni :)
Delete