Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini pada 6 Oktober 2019 yang lalu, aku telah ke majlis Premier Clinic Day yang berlangsung di Premier Clinic, Bangsar, Kuala Lumpur. Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan 5th Year Jubilee Anniversary, ulang tahun ke 5 bagi Premier Clinic.
Antara aktiviti yang menarik sepanjang majlis ini adalah Real Live Makeover, Live Sharing Session, Weight Loss Contest dengan hadiah sebanyak RM 25,000. Selain itu, majlis ini turut melibatkan artis tempatan iaitu Along Cham dan juga Zalif Sidek.
Untuk pengetahuan anda, tiada sebarang bayaran untuk ke majlis ini, ia adalah PERCUMA! Pengasas bagi Premier Clinic juga pada hari tersebut telah melancarkan dua program baru iaitu PREMIERX (Premier Clinic reward programme) dan juga RESULT GUARANTEED POLICY.
PREMIERX (Premier Clinic Reward Programme)
Program ini adalah program ganjaran terbaik yang ada dikalangan klinik aestetik yang terdapat di Malaysia. Premier Clinic menawarkan sehingga 30% pulangan tunai untuk rawatan berdasarkan perbelanjaan terkumpul anda. Dengan ini, para pelanggan boleh mendapat ganjaran dengan hanya kekal cantik dan menarik.
RESULT GUARANTEED POLICY
Program yang bertujuan untuk memberikan hasil yang menepati atau bertepatan dengan persetujuan bersama doktor ketika proses perundingan. Sekiranya hasil tidak memuaskan atau tidak mencapai apa yang dimahukan, pihak Premier Clinic akan terus melakukan rawatan secara percuma sehingga hasil yang diingini tercapai.
Result Guaranteed Programme terpakai untuk rawatan yang terpilih dimana hasilnya boleh dilihat secara ketara seperti rawatan fillers, botoc dan juga fat reduction.
REAL LIVE MAKEOVER
Untuk acara berikutnya, makeover akan dilakukan pada puan Michelle. Sebelum proses makeover dijalankan, Dr Kee menerangkan masalah pada puan Michelle dan apa yang boleh dilakukan untuk membantu. Kemudian, setelah beberapa jam, dan di akhir majlis, pendedahan wajah puan Michelle dilakukan dan ianya sangat berbeza! Lebih cantik dan kelihatan muda.
Dr Kee telah melakukan fillers di bahagian bawah mata untuk mengurangkan eyebag, filler juga dibahagian rahang untuk melihatkan struktur V pada wajah juga filler di bahagian dahi untuk memperlihatkan kecantikan puan Michelle.
Untuk pengetahuan anda, semua rawatan ini menggunakan Radiesse filler dan juga Belotero filler, yang datangnya dari Merz's Aesthetics, iaitu fillers yang terbaik dan paling selamat di pasaran. Radiesse filler mempunyai kesan jangka panjang iaitu selama 4 tahun.
LIVE SHARING SESSION
Acara berikutnya pula adalah Live Sharing Session bersama dengan selebriti tempatan iaitu Along Cham. Along berkongsi dengan semua tetamu tentang rawatan yang beliau pernah jalankan di Premier Clinic.
Antara rawatan yang pernah beliau jalani di Premier Clinic adalah beard transplant, mole removal dan juga laser treatment. Selain itu, di sesi ini juga terdapat soal jawab antara tetamu dan juga Dr Chen.
WEIGHT LOSS CONTEST
Seterusnya tiba di acara terakhir iaitu pengumuman pemenang bagi WEIGHT LOSS CONTEST. Pemenangnya adalah puan Vasanthi. Puan Vasanthi membawa pulang RM 20,000 baucer untuk rawatan dan juga hamper barangan kosmetik bernilai RM2000. Puan Vasanthi telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 6.2kg dalam masa 1 bulan sahaja. Dr Chen turut berkongsi cara untuk menurunkan berat badan dengan kaedah yang berkesan dan efektif. Antara kaedah yang terdapat di Premier Clinic termasuklah Le Shape, CoolScuplting, Clatuu, HCG dan Duromine.
Tahniah diucapkan buat Premier Clinic atas kejayaan selama 5 tahun dalam memberi rawatan aestetik terbaik untuk para pelanggannya. Semoga lebih banyak lagi cawangan dan juga lebih ramai yang sedar akan kepentingan kecantikan dan penjagaan wajah. Terima kasih Premier Clinic!
Sekian
#premierclinic #aestheticallyyours
terbaik puan Vasanthi dapatkan turunkan berat badan yang banyak dalam masa sebulan
ReplyDeletekan! sangat hebat dalam sebulan dapat turun banyak tu :)
Deletehebat.. bgus program klinik tu
ReplyDeletemmg terbaik premier clinic ni :)
Deleteaihhs. mek yang berlemak ni elok sangat kalau rujuk klinik ni untuk loose belly fat. thankyou ye.
ReplyDeleteha, apa lagi tunggu? hehe bolehlah share resultnya nnti
DeleteWow. Rawlins sebenarnya suka nak dapatkan rawatan sebegini tapi Rawlins takutkan jarum pada wajah. Haha. Teringin gak nak jadi muka elok nie.
ReplyDeletehaha, saya pun takut jarum. beberapa kali juga masa kecil lari dari jarum doktor. hehe
DeleteNak kata ni ja, memang Premier Clinic helokkk! Mmg ya pricey tapi depa yg buat mmg licensed doctor, nurses and beautician. Pernah sekalu pergi and no wonder they can survive long till 5 tahun.
ReplyDeletepernah pergi? wahh.. betul tu, mmg harganya sebegitu tapi berbaloi dengan hasilnya :)
DeleteTahniah Premier Clinic, macam best je treatment dia, tapi bab jarum i surrender haha
ReplyDeletehehe, boleh buat treatmen lain jugak :) selain jarum
DeleteThanks for sharing! Bila you nak gi buat~ jom gi sama sama....
ReplyDeletewelcome. tak sure lagi bila nnti i roger hehe ;)
DeleteTahniah Premier Clinic! Jika servis bagus pasti ramai cari. Orang yang buat pun bukan biasa2, doktor yang bertauliah. Siapa nak cuba try la Premier Clinic ni. Jangan buat kat tempat yang tak ada doktor bertauliah nanti lain pula jadinya. Thanks for sharing!
ReplyDeletekan, bahaya tu kalau tanpa tauliah, boleh jadi lain! :)
Deletethanks for sharing. sekarang dah ada perkhidmatan mole remover. bestlah weh, kulit boleh jadi cantik
ReplyDeletemmg best, yang ada mole dkt tempat tak berkenaan tu bolehlah cuba :)
DeleteBagus review orang-orang yang pernah dapatkan rawatan dengan Dr. Chen ni ye. Klinik ni pun nampak berkualiti dan meriah. Yang berani2 boleh la try. Yang ada duit banyak pun boleh try. Hihi. Tahniah Premier Clinic. Moga terus membantu orang yang perlu dapatkan rawatan.
ReplyDeletesetuju. mmg berkualiti dan terbaik! :)
DeleteSekarang bukan perempuan je nak cantik kan, orang lelaki pun sama. Cuma macam sis ni takut sikit nak cucuk2 tu..so sampai sekarang belum mencuba lagi walau ada je yg invite..hehehe
ReplyDeletehehe, saya pun takut jugak bab cucuk2 and laser tu. tapi nak cantik, kenalah berkorban haha
DeleteSelalu dengar ttg rawatan kat sini. Ramai yg bagi feedback bagus and positive. Ingat nak cuba jugalah rawatan kurus kat sini
ReplyDeletejemput cuba ya , tak sabar nk tengok hasilnya
Deleteselamat menyambut ulang tahun ke 5 bagi Premier Clinic.. dah 5 tahu dah bertapak yea.. sekejap je masa berlalu.. banyak dengar feedback positive tentang klinik ni
ReplyDeleteya tak sangka kan dah 5 tahun :)
DeleteTahniah Premier Clinic..ramai kawan and pergi sini, kata berst treatment dia..nad tak eprnah pergi lagi..teringin..tapi tu la kadg takde masa
ReplyDeletein shaa Allah lepas ni saya pun nak buat treatmen dekat sini. hehe tak sabar nak ada muka cantik
DeleteCongrats to Premier Clinic! Hope that there will be more outlet opening soon.
ReplyDeleteyeah!! maybe each state will open new outlet in future? :)
Deletepernah pergi buat rawatan kat sini ...saya panggil rawatan moden sebab semua peralatan sangat canggih dan berkesan merawat masalah yg kita ada.....
ReplyDeletewahh.. macam mana hasilnya? berpuas hati ke tidak?
Deletesekarang nak cantik senang je kan.. Lagipun tgk kt clinic ni pon ramai doc yg berpengalaman.. So takdelah rasa takut2 kan..
ReplyDeletebetul tu. sebab diyakini dengan hasil dan review sebelum2 ni.
DeleteCongratulations to Premier Clinic... yang paling power tu, dalam masa sebulan, subject utama dapat turunkan banyak kg kannnn... pastu, yang subject secara live tu pulak, adoiiii, rasa macam sakit je cucuk sana cucuk sini... tapi tak sakit rupanya... kudos to the entire team yaaaa...
ReplyDeletetahniah kepada mereka. bila buat aktiviti macam ni, lagi meyakinkan bilamana hasil dapat dilihat dengan jelas.
DeleteTahniah premier klinik atas ulang tahun Yang ke 5. Semoga lebih berjaya pada tahun Yang akan datang. Teringin nak Cuba but treatment kat sini.
ReplyDeleteBolehlah buat treatment nnti ;)
DeleteOhhh tak apalah, biarlah I hudo asalkan tak kene cucuk jarum huhu
ReplyDelete