Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar anda semua? Aku merupakan salah seorang peminat makanan segera, termasuklah McDonalds, KFC dan sebagainya. Untuk mereka yang sedang memboikot atau sebagainya, minta maaf ya sebab aku tak sempat nak buat semua tu. Kembali kepada tajuk asal, aku nak cerita dengan anda rasa McDonald Quater Pounder with Cheese. Sedap ke tidak? Berbaloi ke untuk makan?
Ceritanya begini, aku ada urusan di Subang Jaya, selepas sahaja habis kelas di Universiti Malaya, aku terus ke Subang Parade. Lepas habis je urusan tersebut, tiba-tiba rasa lapar. Macam nak makan sesuatu yang tidak berkhasiat. Haha. Alang-alang dah berada di Subang Parade Mall, aku pun terus buka apps McD dan terjumpa Quarter Pounder Deal yang berharga RM14.99.
Aku juga buat perbandingan sama ada membeli menggunakan redeem apps lebih untung atau beli secara biasa di kaunter. Macam yang aku beritahu di atas, aku nak makan makanan yang tak berkhasiat, jadi aku pilih untuk beli secara redeem apps.
Apa yang aku dapat? Satu burger Quarter Pounder with Cheese, satu air Coke bersama dengan Fries dan juga satu aiskrim Sundae. Semuanya berharga RM15.00. Bagi aku harganya berpatutan jugak sebab dapat aiskrim dan sebagainya.
Harga di dalam resit
Set yang aku dapat dan makan
REVIEW MCDONALD QUARTER POUNDER WITH CHEESE
Sekarang tibalah waktunya untuk kita lihat sama ada Quarter Pounder with Cheese ini benar-benar memikat hati juri atau tidak. [ Akulah juri tersebut. ] Kalau dari gambar yang dilihat pada aplikasi atau pada menu di kaunter, anda boleh lihat lelehan cheese tersebut juga dengan sos dan juga bawang dan timun yang dijerukkan.
Tadaaaaa...
Inilah rupanya setelah dibuka kotak. Seperti biasa, untuk kelihatan cantik seperti dalam gambar, juri sendiri yang kena susun supaya lebih teratur. Apa -apa pun aku berpuas hati dengan jumlah cheese yang diletakkan, ianya meleleh beb! Cuma sos dan bahan lain macam tidak kelihatan.
Bila dah 3/4 nak habis, barulah perasan sos dan bahan lain ada! Aiyoo. Boleh nampak, tahap ketebalan isi daging ni. Untuk pengetahuan anda, pada 9 tahun yang lalu, aku tak boleh nak makan Beef Burger di McDonald. Alhamdulillah, sekarang dah boleh.
Baiklah, untuk reviewnya, yang istimewa untuk burger Quarter Pounder with Cheese adalah pada Cheesenya sahaja. Yang lain, rasanya biasa sahaja, dan sosnya juga mungkin boleh ditambah baik dengan menambah rasa pedas. Untuk potongan bawangnya, seperti biasa, masih sama dengan burger-burger McDonald lain. Jadi, juri memberikan 68/100 untuk Quarter Pounder with Cheese. Untuk keseluruhan set ini, markah juri adalah 88/100. 20 markah datangnya dari aiskrim Sundae sahaja.
Baca juga : [ Review McDonald Portuguese Chicken Burger ]
Sumber : Mcdonald | Google Image
Sekian
uiii sedap
ReplyDeletememang sedap , nnti boleh cuba :)
DeleteNampak macam sedap.
ReplyDeletememang sedap hehe
DeleteYou are so right - the original burger always differs from the photo, right? Quarter Pounder with Cheese looks yummy but minus the calories... hahaha! Once in a while, it's ok to eat 'unhealthy' but jangan every week la.
ReplyDeletehaha, aiyoo!! mcm every week je hehe. thanks for the reminder
DeleteSelalu order mesti double cheese burger je lepas ni yaya nak try order quarter pounder pulaklah. Nampak sedap juga hee
ReplyDeletesaya ni pun order yg dalam apps je. tak sangka pulak dapat yg ni :)
DeleteYahhhhooooooo!!!!!!!! I’m a Mekdi lover too although I’m actually on a diet. I love Mekdi quarter pounder, big mc, apple pie bagai. Hehehe.
ReplyDeletei love apple pie too!! hehe
DeleteMcD selamanya di hati bab burger mmg bagi dia, memang win feel die lain macam dr burger jenama lain.
ReplyDeletebetul tu. tapi bagi saya ada satu lagi burger yg atas drpd MCD, burger2 yg tepi jalan tu hehe
DeleteQuarter ni bukan dah lama..agaknyala..kita pun jarang order ni..sellau rder double cheese tu..burger mcdonalds memang semua sedap...
ReplyDeleterasanya dah lama kut. tapi saya baru perasan haha. :)
Deletedapat markah C la kalau 68 je tu. kena pertingkatkan mutu lagilah mekdi. saya suka aiskrim dan pai dia je kalau mekdi ni. eh sekali fries. tapi dah lama la tak makan
ReplyDeletebetul tu. kena belajar lagi haha. saya kalau mcd suka spicy chicken mcdeluxe lagi :)
DeleteNot a big fan of MCD ( or fast food ) but thanks for sharing! It looks so yumm!
ReplyDeleteWelcome. :)
DeleteSemalam baru makan mekdi tapi makan sweet chili fish burger. Hehehe macam teringin ja nak makan yang ni. Boleh try nanti
ReplyDeletetak makan lagi sweet chili fish burger tu. nak trylah nnti
DeletePerghhh tetiba rasa lapar. Saya kalau burger ok lagi. Tak kira la burger McD ke Kepci ke. Yang paling takut nak minum adalah Coke la. Haha. Selalu tukar ke Milo atau Ice Lemon Tea. Burger Quarter Pounder ni bleh la nak cuba gak nanti :-) Aiskim my favourite.
ReplyDeletecoke tu pon saya dulu kena pantang. tpi skrg mcm okay. tapi jarang jugak lah minum minuman bergas.
DeleteHehe. Sebulan sekali mesti akan makan McD. Baru makan yang Fillet o fish yang baru tu. Agak pedas juga. Tak silap guna sos cili jalepano mcm beger Mexican yang haritu. Try la nanti. Sedap!
ReplyDeleteokay thank you sis. nnti nak cuba :)
Deletesedapnya tengok... nampak juicy sangatttt... tapi saya tak boleh makan daging... adoiiii, boleh tengok je la nampak gayanya ni... untuk yang lain, markah yang diberikan oleh juri adalah amat berpatutan... boleh cuba tau... hehehehe...
ReplyDeletekenapa tak boleh makan daging? sayangnya hehe. takpe makan yg lain :)
DeleteNampak sedap tapi Qiss tak pandai makan burger daging mekdi. Kalau ye pun memang cari ayam lah gitu. Tapi nanti ke Mekdi boleh try ni kot. Selalunya ade outlet yang best dan ada yang tak best. Pelik tapi benar hehe
ReplyDeleteboleh try spicy chickn mcdeluxe, sedap jugak yg tu :)
DeleteJuri ini sangat hemah yang memberi markah. Haha. Fast food ni mmg sos depa main calit tak rata hehe.
ReplyDeleteDah lama tak pi Mekdi. And kena use app lah nak murr murr mcm RM 15 for all. If walk in serious I boleh rasa makin mahal tapi tak kenyang2 (Sebab I makan banyak) compare to just last year!
Haha, juri yg berhemah? hehe. saya pakai app sebab tu dapat macam2 dalam harga RM15 ni.
DeleteKita tak pernah cuba lagi yang Quarter Pounder ini sebab suka pilih yang double cheese burger jer wakakakak ok lah nak try lepas ni nak pergi lunch makan ini..
ReplyDeleteSaya pun suka double cheese burger tapi jarang jgk makan yg tu
DeleteTerliurlah pula
ReplyDeleteboleh la cuba nnti ya :)
Delete