Assalamualaikum dan salam sejahtera
Memiliki kediaman sendiri merupakan impian semua orang terutamanya bagi mereka yang ingin berkeluarga dan sudah berkerja tetap. Inisiatif yang dibawa oleh pihak berwajib bagi memastikan rakyat mempunyai kediaman yang selesa dan mampu milik.
PERBADANAN PR1MA MALAYSIA
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.
Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.
Baca Juga : [ Cara Mudah Semak Penyata KWSP Secara Online ]
SYARAT KELAYAKAN MEMILIKI KEDIAMAN PR1MA
- Anda mestilah warganegara MALAYSIA.
- Bujang atau berkahwin serta berumur 21 TAHUN dan ke atas.
- Pendapatan bulanan isi rumah individu atau keluarga (suami dan isteri) antara RM2,500 - RM15,000.
- Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja.
PROSES PERMOHONAN KEDIAMAN PR1MA
1) PENDAFTARAN
Buka akaun di www.pr1ma.my. Lengkapkan pendaftaran untuk mendapatkan nombor rujukan.
2) PERMOHONAN
Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka kerana pengundian tidak akan dilakukan secara automatik.
3) PELANCARAN
Anda akan dimaklumkan mengenai pelancaran projek-projek PR1MA di lokasi pilihan anda. Projek yang dilancarkan akan turut diklankan di dalam media.
4) PENGUNDIAN
Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.
5) PEMILIHAN UNIT
Anda akan dijemput menghadiri sesi Pemilihan Unit untuk memilih unit pilihan anda bergantung kepada kekosongan.
6) PEMBIAYAAN
Program Pemudah Cara Pemilikan Kediaman PR1MA merupakan skim yang menawarkan pakej pembiayaan untuk memiliki kediaman PR1MA dengan mudah.
7) PERJANJIAN JUAL BELI
Perjanjian Jual Beli (SPA) akan ditandatangai antara Pemaju, iaitu PR1MA dan anda sebagai Pembeli kediaman tersebut.
8) PENYERAHAN PEMILIKAN KOSONG
Setelah pembinaan rumah siap dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperolehi, rumah akan diserahkan secara rasmi sekaligus menjadikan anda pemilik kediaman PR1MA.
Untuk mereka yang layak dan sudah mampu, apa lagi tunggu? Jangan lepaskan peluang yang terbuka ini. In shaa Allah kediaman PR1MA ini bakal menjadi milik anda dan juga keluarga yang tersayang.
Sekian
Baca Juga : [ 13 Cara Penjagaan Kereta ]
Sumber : PR1MA | Google Image
Kalau dh dipanggil utk pemilihan ujit,tapi x dtg,kena blacklist x in future..?
ReplyDeletemungkin boleh buka laman web untuk ketahui lebih lanjut :)
DeleteWah , menarik ni. Boleh bincang dengan bakal , kot - kot boleh plan nak beli rumah. atleast plan from now kan?
ReplyDeletebetul tu. perancangan dari awal lebih baik. bukan untuk kediaman sahaja, tapi untuk perkara lain jugak :)
DeleteinsyAllah rasanya boleh mohon ni. kalau kena dengan tempat, elok design rumah boleh proceed.
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan nnti ya :)
DeleteMemang tempting nak beli rumah pr1ma ni tapi nak cari lokasi yang sesuai tu aduhai. Haritu ada dapat jemputan menghadiri sesi Pemilihan Unit kat area cyberjaya tapi harganya tak berbaloi pula. Mungkin sebab lokasi di kawasan elite
ReplyDeleteye ke. hehe kalau dah layak tu, apa lagi tunggu. hehe :)
DeleteTerima kasih sebab berkongsi syarat ini. Mesti ramai golongan muda yang berminat dan akan berusaha memenuhi syarat tersebut dengan sebaiknya. Rawlins pun macam teringin nak apply gak.
ReplyDeletesama2 rawlins. mmg ramai yang saya rasa berminat. :)
DeleteBelum isi lagi rumah PRIMA ni. Baru sis isi Rumah Selangor ku je. Itu pun dah terlewat isi borang dan menunggu je la kalau ada rezeki. Bestnya kalo dah ada rumah sendiri.
ReplyDeletein shaa Allah semoga dipermudahkan urusan sis :)
Deletethanks sharing step by step untuk mohon rumah PR1MA ni.. nak try juga lah, mana tahu rezeki family pindah rumah yang lebih baik
ReplyDeletewelcome. semoga bermanfaat ;)
DeleteWow thanks for sharing this info. I will share them with my bestie who are looking into getting PR1MA home. Is a good initiative by the gov
ReplyDeletewelcome :)
DeleteLama dah suami suruh isi, tapi tak tau layak ke tak..tengok syart macm tak layak..hahaa..ebruntung siapa yang dapat rumah prima ni
ReplyDeleteye ke tak layak? ala... hmm.. untungkan mereka
DeletePada sesiapa yang tengah cari rumah boleh lah try PR1MA ni. Kebanyakan PR1MA ni di kawasan strategik dan harga pun kira reasonable pada hari ni kan.
ReplyDeletebetul tu. macam saya tak layak lagi. in shaa Allah dah layak, mmg nak apply :)
DeleteRumah PR1MA dekat area rumah marina ni cantik betul design dia
ReplyDeletemmg cantik. sebab tu ramai yang berebut2 nak :)
Deletebagus inisiatif ni, membantu semakin ramai rakyat kita memiliki rumah sendiri. cuma kena jaga2 takut ada orang pedajal la kan (beli rumah banyak2 pastu sewa dengan harga lebih tinggi).
ReplyDeletebetul tu. itu yg terjadi dkt rumah pprt dan yg lain. harap2 takda lah yg mcm tu
DeleteBagus buat mereka yang masih belum mempunyai rumah sendiri. Tengok cantik2 jugak rumah yang dibina, teringin jugak nak ada 1 rumah Prima ni
ReplyDeleteimpian saya nak ada rumah sebelum umur 30 hehe, in shaa Allah ;)
DeleteAmni ada dapat PRIMA house offer.Tapi sampai ke sudah tak pergi mohon sebab dah bhnti keje kan.So kena kumpul cash le haha
ReplyDeleteye ke? ala sayangnya.. hehe in shaa Allah ada rezeki lain nnti
DeleteFuhhhh 400k dah max rumah Pr1ma... Dasyat tu... Memang rasa rumah kat Malaysia ni takkan turun harga lagi macam yg digembar-gemburkan satu masa dulu.. Semua makin mahal2.. Tapi menarik perkongsian tuan psal cara Mohon rumah Pr1ma ni.. Cuma nya kalau da ada rumah xlayak la kan
ReplyDeleteeh, keapa panggil tuan? kucing saya je yg selalu panggil saya tuan. hehe
DeleteBagus untuk semua orang mampu milik sebuah rumah sendiri. Initiatif yang baik.
ReplyDeletebetul tu. semoga bermanfaat
Deleteterima kasih dengan perkongsian ini...banyak manfaat bagi mereka yang layak memohon..cuma harap2 sebaran dapat diperluaskan agar golongan ini lebih peka tentang kemudahan yg diberikan kepada mereka.
ReplyDeletesama-sama. setuju :)
DeleteMenarik tawaran utk rumah Prima nie.. Boleh la buat perancangan awal utk ada kediaman sendiri
ReplyDeleteThanks for the info and tips, i will try to check out more for my colleagues.
ReplyDelete