Assalamualaikum dan salam sejahtera
TEMPAT MAKAN MENARIK DI KUALA LUMPUR
RESTORAN RASA DESA KL
LOKASI :
BIG BABA NYONYA CUISINE
LOKASI :
BUBBLE BEE CAFE
Sebagai seorang yang suka makan, aku sememangnya mencari tempat-tempat menarik untuk lepak dan makan bersama kawan-kawan dan juga keluarga. Apa yang penting adalah makanan dan minuman yang sedap, tempat makan yang selesa juga harga yang berpatutan. Dengan itu, aku rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda yang mungkin berkongsi citarasa yang sama. Selamat membaca.
RESTORAN RASA DESA KL
Tempat makan pertama yang aku nak kongsi dengan anda adalah Restoran Rasa Desa Kuala Lumpur. Lokasi yang strategik, restoran ini memberikan pelbagai pilihan menu menarik bercitarasakan masakan melayu dan sebagainya. Di bawah adalah beberapa menu yang sangat sedap yang anda boleh makan di restoran ini.
Menu yang sangat menarik
Terletak di Bukit Damansara, Restoran Rasa Desa KL ini juga ada menyediakan makanan mengikut set dengan harga yang berpatutan. Selain itu, susana di dalam restoran ini juga sangat tenang dan selesa. Untuk lebih lanjut boleh lihat di https://www.facebook.com/Rasadesa.KL/
LOKASI :
BIG BABA NYONYA CUISINE
Tempat makan berikutnya adalah Restoran Big Baba yang terletak di Taman Desa, Kuala Lumpur. Apa yang menarik di restoran ini adalah menu yang terdapat di restoran ini adalah bercirikan masakan baba dan nyonya bertepatan dengan nama restoran ini. Jom lihat antara makanan dan menu di restoran ini.
Antara menu menarik di sini.
Sedap kan menu-menunya? Kepada yang teringin nak rasa makanan Baba Nyonya, anda bolehlah ke restoran ini. Selain makanan yang sedap, anda juga boleh melihat dekorasi dan kesenian di restoran ini yang sangat unik berbanding restoran-restoran lain. Untuk selanjutnya anda boleh ke https://www.facebook.com/BigBabaTamanDesa/
LOKASI :
BUBBLE BEE CAFE
Salah sebuah kafe yang unik dan berdekatan dengan tempat menarik seperti Kwai Chai Hong iaitu tempat menarik untuk dilawati. Berdekatan dengan MRT Pasar Seni juga, kafe ini memberikan pilihan waffle menarik yang sangat cantik dan juga sedap! Selain waffle, apa yang menarik di sini juga adalah pada minumannya. Ada pelbagai jenis minuman ya!
Antara minuman di sini.
Aku suka dengan cara waffle ini dibungkus. Mungkin untuk satu waffle seperti di dalam gambar adalah banyak untuk seorang, jadi memang sesuai kafe ini untuk pasangan bercinta untuk berdating atau sebagainya. Untuk lebih lanjut, boleh lihat di https://www.facebook.com/bubblebeemy/
LOKASI :
KENNY HILLS BAKERS
Lokasinya di Ampang, Kuala Lumpur, Kenny Hills Bakers ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan makanan berasaskan roti dan sebagainya. Ada pelbagai jenis roti yang sedap dan kelihatan enak. Selain itu, di sini juga terdapat pizza yang dimasak menggunakan cara asli! Anda juga boleh melihat bagaimana pizza itu dimasak dan dibakar.
Ruangan di dalam restoran ini juga sangat luas dan selesa untuk melepak bersama keluarga dan rakan-rakan. Untuk selanjutnya, anda boleh lihat di https://www.facebook.com/kennyhillsbakers/
LOKASI :
SEAFOOD MANIA FURAMA BUKIT BINTANG
Khas untuk mereka yang sukakan makanan laut, anda boleh makan di Furama Hotel Bukit Bintang! Seafood Mania BBQ yang berharga RM65+ menawarkan pelbagai makanan laut yang segar dan dimasak oleh chef yang berpengalaman.
Pelbagai jenis makanan laut kesukaan anda dapat dimakan dan dirasai di sini. Yang lebih menarik adalah anda dapat melihat bagaimana menu pilihan anda dimasak secara Live! Untuk lebih lanjut boleh lihat di https://www.furama.com/bukitbintang/
LOKASI :
STARBUCKS
Tempat terakhir yang aku nak kongsikan adalah Starbucks! Ya, siapa yang tak suka starbucks? Kali ini, Starbucks ada menawarkan rasa kopi terbaru iaitu Guatemala Antigua. Di sini ianya adalah lebih kepada minuman dan bukannya makanan. Walaubagaimanapun masih terdapat makanan yang anda dapat pesan seperti kek dan sebagainya.
Untuk mereka yang sukakan kopi, anda memang perlu rasa kopi terbaru ini! Sebab ia sangat berbeza dengan kopi-kopi yang lain. Selain tempat untuk minum kopi, Starbucks juga terkenal dengan tempat lepak yang sangat selesa dan sesuai untuk bersama keluarga dan rakan-rakan di sini. Untuk ketahui lebih lanjut, boleh lihat di http://www.starbucks.com.my/coffee/medium/guatemala-antigua/whole-bean
LOKASI :
Credit Picture to : thecrazytourist.com
#KualaLumpur4All #GayaTravel #VisitKL #AboutKL #VisitMalaysia2020 #VM2020
Artikel ini dihasilkan dari program Kuala Lumpur For All! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 24 hingga 26 Ogos 2019 anjuran Kuala Lumpur Tourism Bureau dan Gaya Travel Magazine .
nampak sedap semua. teringin nak try masakan baba nyonya tu. ok..masuk dalam list utk trip nanti ke KL. Jalan2 cari makan...hehe
ReplyDeletehehe, jemput makan ya nnti :) bolehlah buat review pulak nnti :)
Deletekalau ada bajet pasti nak masuk n makan di kesemua tempat yg dinyatakan tu.
ReplyDeletebetul tu hehe :)
DeleteSemua nampak menarik!!!!! Bab makanan memang paling suka.. Harap harap crpat atau lambat bekesempatan untuk mencuba nya.
ReplyDeletehehe jemput ya singgah tempat2 ni :)
DeleteHari tu duduk KL jap tak tahu nak makan kat mana yang sedap. Last2 makan kat dalam shopping mall je.. Pasni boleh try list yang ada dalam entry ni. Thank you for sharing!
ReplyDeletesama-sama. banyak sebenarnya tempat makan best, tapi tersorok dkt KL ni :)
DeleteDalam banyak-banyak, paling teringin nak rasa ialah seafood di Furama Hotel tu, hahaha! Tapi semua pun nampak sedaplah. Standby duit aje dalam poket kan hihi
ReplyDeletehehe saeafood tu pon saya suka. sebab susah nak makan makanan laut. hehe.
DeleteBanyak jugak tempat dan restoran dalam list ni saya tak pernah pergi. nampak gaya nanti nak kena pergi cubalah ni.
ReplyDeletejom nnti mawardi, hehe pergi ramai2
DeleteTak pernah makan kat tempat-tempat ni kat kl. Yang last sekali tu paling special. Hihi
ReplyDeletenombor 6 tu special place hehe
DeleteTentulah kopi jadi pilihan..memang takde tandingan lagi hika sebut Starbucks. Ade jugak terus bersiap, start enjin keta kang...huhuhu
ReplyDeletehehe jemput rasa coffee terbaru tu ya :)
DeleteAlamak antara 5 tempat ni semunya x pernah sampai lagi. Tapi plg menikat furama, banyak betul
ReplyDeletePilihan makanan seafood
hehe ramai yg suka seafood tu. nnti bolehlah singgah ke sana ya
DeleteJujur AM katakan AM xpenah lagi sampai ke 5 tmpt yg Aeril sarankan ini.. Ingatkan dah abis teroka KL. Rupanya masih ada yg belum AM cuba lagi. Next nak cubalah mkn di tmpt yg aerill sarankan.
ReplyDeletenanti bolehlah singgah ke lima2 tempat ni nnti ya :)
DeleteBeen staying in KL for quite sometimes but these places are new to me. Great share!
ReplyDeletethank you :)
DeleteDalam banyak-banyak lokasi tu, Starbucks tu wajib sebab itu seakan mothership untuk Rawlins di mana2 pun. Haha. Yang lain tu tak try lagi. Nampak macam nak lawat je semua.
ReplyDeletewahh mothership! :)
Deletetq share info.. boleh jadi rujukan pada masa akan datang..
ReplyDeletewelcome :)
ReplyDeletewahh...tempat rare ni.. yang belum diceritakan orang lagi ni... lapar dah rase
ReplyDeleteterima kasih kerana post listing ni ... dah jemu makan chicken chop dgn cafe kek nie... mcm susah dah nak cari makanan ala lain. mujurlah terjumpa post ni. antara restoran dalam list ni, saya lebih cenderung kepada masakan nyonya. dah rindu sangat makanan nyonya ni...
ReplyDelete