Apa Yang Sedap di Coconut Shake Batu Berendam, Melaka?

Aerill Hassan
48


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

Apa khabar rakan-rakan semua? Alhamdulillah, semoga hari-hari anda dalam keadaan yang baik. Kali ini aku nak ceritakan dengan anda semua pengalaman dan review aku makan di sebuah tempat yang agak popular di Melaka iaitu Coconut Shake Batu Berendam. Aku nak kongsikan dengan anda semua apa pendapat aku, apa yang aku makan dan apa yang boleh diperbaiki.

Untuk pengetahuan anda semua, ini adalah kali pertama aku ke sini, walaupun daripada tahun 2016 ke tahun 2017 aku selalu jugak ke Melaka sebab adik aku bersekolah di MRSM Tun Ghafar Baba di Jasin, Melaka. Kalau aku nak jumpa adik aku di MRSM sebelum ni, aku sekadar makan-makan di sekolahnya sahaja.

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

Aku bersama rakan ke Coconut Shake Batu Berendam ini pada pukul 12.30 tengah hari iaitu ketika orang sudah mula keluar untuk makan tengah hari. Sebenarnya anda boleh memilih untuk makan di dalam kedai atau di bahagian luar. Aku bersama rakan memilih untuk makan di bahagian luar. Boleh dikatakan di bahagian luar ini konsepnya seperti foodcourt.

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

Bukan coconut shake sahaja dijual, tetapi pelbagai lagi jenis makanan, termasuklah makanan berlauk, makanan bergoreng, produk makanan melaka dan sebagainya. Tetapi yang paling menarik sudah tentunya timbunan kelapa dibelakang itu. Banyak sangat ya!

COCONUT SHAKE BATU BERENDAM

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

Bila dah sampai sini mestilah akan pesan coconut shake. Aku pilih coconut shake with ice cream. Kawan aku pulak coconut shake biasa sahaja.

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

Bagi aku rasanya sama sahaja dengan coconut shake lain yang aku pernah rasa. Mungkin aku belum pernah makan coconut shake yang rasanya teruk atau sebagainya, kerana rasanya sama sedap dengan tempat yang aku pernah makan sebelum ini. Mungkin kelebihan di sini ada air kelapa yang diletakkan di setiap meja dan ianya percuma.

MEE KARI!

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

Kalau minum coconut shake sahaja, macam tak berapa nak kenyang pulak kan? Disebabkan di sini berkonsepkan ala-ala food court, ada pelbagai jensi menu seperti nasi ayam, mee kari, bihun sup dan nasi berlauk.

Pada mulanya aku macam nak makan nasi berlauk, tapi lepas tengok meja sebelah makan mee kari, rasa terliur pula. Teringin nak tahu sama ada mee kari di Melaka ni sedap atau tidak? Adakah rasnaya setanding dengan mee kari yang dihasilkan oleh air tangan mak aku di kampung?

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

Apa pendapat anda apabila melihat pada gambar? Bagi aku daripada luaran nampak padat dengan pelbagai bahan yang sememangnya penting untuk mee kari itu menjadi atau tidak. Yang paling aku suka adalah bila melihat taburan kerang di bahagian atas yang agak banyak! Selain itu, keadaan kuah yang kelihatan pekat memang menggamit deria rasa aku.

REVIEW MEE KARI?!

Mee kari di sini sangat sedap! Ya, aku mengaku mee kari di Coconut Shake Batu Berendam sangat sedap. Rasanya` berbeza daripada hasil air tangan mak aku di kampung tetapi masih sedap dan membuatkan aku hirup kuah sehingga licin. Semua bahan di dalamnya sangat sedap dan juga sesuai bersama.

Aku sangat mengesyorkan anda semua, terutama mereka yang sering bercuti ke Melaka untuk mencuba mee kari disini! Kerana rasanya yang sedap, harganya yang murah, RM5 sahaja. berbanding harga di Lembah Klang. Walaupun di Kedah lebih murah, tapi macam susah aku nak balik ke Kedah. Di Lembah Klang harganya memang agak melampau dan disebabkan itu aku jarang nak beli di gerai-gerai tepi jalan.

Kesimpulannya, bagi aku yang menarik di Coconut Shake Batu Berendam ini adalah bukan pada coconut shake tetapi menu lain iaitu mee kari. Mungkin jika aku mencuba menu lain, mungkin ada yang lebih menarik. Aku tak pasti sama ada coconut shake di sini mempunya variasi lain, tetapi coconut shake di sini sama seperti yang anda boleh dapat jika ke Pantai Merdeka di Kedah dan sebagainya.


Lokasi :



Alamat : No 5, Tingkat Bawah, Jalan Kanan 1, Taman Ria, 75350 Melaka.
Telefon : 019-684 1270

Sekian

Post a Comment

48Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Sedapnya mee Kari fuhh kecur air liur tengok ni

    ReplyDelete
  2. Saya pun tak tau apa definisi coconut shake sedap sebab kat mana2 pun orang jual kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. saya rasa semuanya sama :) mungkin ada yan jenis cair :)

      Delete
  3. perghh nampak sedap mee kari tu. tapi kalau bab harga memang sana lagi mahal dari harga di kedah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. dkt kedah gerai tepi jalan kebanyakannya harga murah:)

      Delete
  4. terbaik.....jemput jalan jalan ke web saya lak www.simkadterbaik.com

    ReplyDelete
  5. Sedapnya! Dah lama tak pergi ke Melaka! Rindu Coconut shake dan keropok lekor! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah pergi nanti. keropok lekor pun famous ya dkt melaka?

      Delete
  6. penah pergi time belajar dulu. datang nak beli air coconut shake. serius sedap. tak dapar nak merasa mee kari tu sebab time tu padat gila org and kami pon just datang menyinggah utk beli air je.

    ReplyDelete
  7. Oh yes, the curry noodles looks appetising with so much cockles. But I dun like the fact that why do they serves it on disposable bowl & not a proper bowl for diners to eat?

    ReplyDelete
  8. Mee kari tu nampak sedap, isinya banyak! Murah sangat tu semangkuk RM 5. Kalau saya mesti dah ejas 2 mangkuk, satu makan kat situ, satu lagi tapau. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu ingat nak tapau jugak, tapi macam dah full sangat sebab sebelum ke situ dah makan something dah :)

      Delete
  9. Wahh banyak kerang tu. Kalau kat lembah klang susah nak jumpa. Boleh singgah sini kalau ke Melaka nanti. takyah tercari-cari kedainya. Qiss memang peminat coconut shake dan mee kari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah pergi sini nnti. saya recommendkan untuk cuba mee kari tu nnti :)

      Delete
  10. Wow!!!!!!! All the foods look so tasty especially the coconut shake. Have a good moment. Take care.

    ReplyDelete
  11. Baca coconut shake. Bukan main terbayang air manis sejuk masuk tekak. Scroll gambar tengok mi kari. Tiba-tiba rasa panas pedas salam mulut. Haha bukan main nama kedai dan tajuk blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih ada coconut shake dalam artikel. haha. dan satu lagi mee kari tersebut pun daripada kedai yg sama.

      Delete
  12. Dah lama tak pergi Melaka..nak sanagt bercuti sana, tapi tak tau bila..tunggu anak2 dah besar baru syok pergi bercuti kot..hehee..pergi sana memng coconut shake ni kena cuba..walaupun pernah rasa dkeat kl ni, mungkin rasa tak sama

    ReplyDelete
  13. dah lamanya tak pekena coconut shake. selalu kalau gi Melaka mmg akan singgah beli coconut shake. coconut shake area KL/Selangor tak leh alwan coconut shake kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? haha bagi saya pulak semuanya sama. mungkin saya belum cuba yg betul2 sedap kut..

      Delete
  14. I just had this during my last trip and it was so good, don't forget the kuih keria also.

    ReplyDelete
  15. Banyak juga mneu yang disediakan di Coconut Shake Batu Berendam ni ya. Nampak sedap kesemua menu yang ada. Walaupun suami orang Melaka tapi tak pernah berkesempatan makan kat sini. Coconut shake pun tak pernah minum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke, sayanglah haha. bolehlah cuba nnti :) ajak suami belanja

      Delete
  16. Eh, sebelah office pun ada kedai coconut shake ni, tapi tak pasti cawangannya atau nama je yang sama. Memang sodap!

    ReplyDelete
  17. Saya belum pernah sampai ke Melaka tapi memang ada hajat la nak travel ke sana. Bagus juga ni ada review tempat makan menarik. Kalau sampai, bolehlah cari Coconut Shake dan mee kari yang dicadangkan. Terima kasih atas review nya, hehe

    ReplyDelete
  18. both pun my favourite, i just love mee kari. tambah2 kalau siapa yang pandai masak tu, kuahnya pekat, isi tak kedekut. heaven.

    ReplyDelete
  19. Lama tak pekena coconut shake kat Melaka..err kat kl pun😅. Tapi rasanya yg kat sini lg sedap kot. Mee kari dia..perghhh terlioq pulak tgok pepagi ni

    ReplyDelete
  20. Sedapnye mee kari tu. Nanti bolehla try mee kari melaka punya

    ReplyDelete
  21. Macam2 ada kat bahagian luar tu.
    Kuih muih pun boleh tahan.
    Sesuai jadi port lepak minum petang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. memang banyak menu makanan yg ada. hanya pilih sahaja

      Delete
  22. Sedapnya semua menu terliur kita tengok. Sebelum ni pergi Melaka beli coconut shake biasa je. Tak pernah pula try yang kedai macam ni

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah masa visit melaka jun 2019, mek sempat cuba kedua dua coconut shake klebang and batu berendam. Mek lebih vote coconut di batu berendam. Lagi suka air kelapa lemon. Memang best. Keria pun try yang batu berendam juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. air kelapa lemon? wah tak pernah try tu. nnti nak trylah :)

      Delete
  24. Saya rasa coconut shake kar klebang lagi best lar. :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!