Assalamualaikum dan salam sejahtera
APA YANG ADA DI MUZIUM KEHAKIMAN?
Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya | Tahukah anda bahawa terdapat Muzium Kehakiman di dalam Istana Kehakiman di Putrajaya? Ya! Selain muzium-muzium lain yang terkenal seperti Muzium Negara, Muzium Polis Di Raja Malaysia dan sebagainya, Malaysia juga mempunyai Muzium Kehakiman yang menempatkan pelbagai artifak dan info berkenaan institusi kehakiman di negara kita.
Artikel Berkaitan : [ Lawatan ke Muzium Polis Di Raja Malaysia ]
Baru-baru ini, aku berkesempatan melawat Istana Kehakiman yang terletak di Putrajaya. Bila sebut sahaja tentang Putrajaya, bangunan Istana Kehakiman akan menjadi salah satu yang muncul di dala ingatan. Kawasan di hadapan Istana Kehakiman ini sering dijadikan lokasi untuk acara-acara seperti sambutan kemerdekaan, konsert dan sebagainya.
Tapi, tahukah anda di dalam bangunan Istana Kehakiman itu terdapat Muzium Kehakiman? Ya, aku sendiri tak tahu tentang muzium ini. Alhamdulillah, dapat juga aku masuk dan melihat Muzium Kehakiman ini. Jangan pula masuk ke Istana Kehakiman kerana terlibat dengan kes pembunuhan ya anak-anak sekalian!
Sejarah Sistem Perundangan
Kepada yang meminati subjek Sejarah dan selalu dapat A+ untuk subjek ini, anda dapat menikmati informasi berkenaan sistem perundangan dari zaman awal kesultanan, zaman penjajahan sehinggalah kini. Mungkin di dalam subjek Sejarah yang diajar di sekolah hanyalah menyentuh perkara asas sahaja, tetapi untuk kali ini ia adalah lebih jelas dan detail.
Replika Mahkamah Terbuka bersama Sistem Juri
Tahukah anda Malaysia pernah mengamalkan sistem juri dalam sesi pengadilan di mahkamah? Tahukah anda lagi bahawa kes apakah yang terakhir diadili menerusi sistem juri? Kes terakhir menggunakan sistem juri adalah kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam. Mungkin bila disebut kes Mona Fandey, baru ramai yang tahu tentangnya. Kes berkaitan Mona Fandey dibawa ke Mahkamah Tinggi pada tahun 1993 manakala sistem juri dimansuhkan pada tahun 1995.
Artikel Berkaitan : [ Pendedahan Kisah Sebenar Mona Fandey ]
Replika Pejabat Ketua Hakim Negara
Antara Koleksi Jubah
Jubah dan Cokmar
Pasung dan Jabot
Informasi berkenaan Cokmar dan Wig
Kerusi Hakim
Beberapa perkara menarik di muzium ini
Replika Mahkamah Kuala Lumpur
Selain itu, aku juga berpeluang untuk melihat sendiri ruangan dalam mahkamah. Walaubagaimanapun kami dilarang untuk mengambil gambar di dalam kawasan dalam mahkamah tersebut. Gambar ini adalah gambar rasmi dari jurugambar mereka.
Gambar Kenangan di pintu masuk Muzium
Gambar Kenangan di Istana Kehakiman
Lokasi muzium ini adalah di dalam Istana Kehakiman. Ada beberapa peringatan, sebelum masuk anda akan diperiksa oleh pengawal dan beg anda akan melalui mesin pengimbas untuk memastikan anda tidak membawa sebarang senjata, bom atau sebagainya. Di bahagian dalam Istana Kehakiman, anda tidak boleh mengambil gambar. Hanya apabila sudah masuk ke bahagian Muzium Kehakiman, barulah anda boleh mengambil gambar sepuas-puasnya.
Masuk Percuma
Masa Lawatan : 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
#PutrajayaRuns #GayaTravel #SayangiBurungKu #VM2020 #VisitMalaysia2020
Artikel ini dihasilkan dari program Putrajaya On The Run! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 15 hingga 17 Ogos 2019 anjuran Perbadanan Putrajaya dan Gaya Travel Magazine .
menarik jugak muzium kehakiman ni..bnyk benda boleh belajar kan
ReplyDeletememang menarik. alang2 tu dapat juga rasa pengalaman masuk istana kehakiman hehe
Deletewow baru taw ada muzium dlm tu.. selalu nampak je bangunan tu bila ade event
ReplyDeletememang famous tempat tu, tak ramai yang tahu ada muzium dalam tu.
Deletecikgu sejarah boleh buat lawatan sekolah ni
ReplyDeletebetul tu. sebb banyak juga info tentang sejarah dkt sini
DeleteAda muzium dalam tu rupanya? Walhal dekat je dengan rumah Rawlins, tapi tak tau yang ada muzium di dalam Istana Kehakiman. Nampak gaya kena pergi melawat gak nampaknya.
ReplyDeletejom nnti rawlins jalan2 kt putrajaya :)
Deletewah menarik. tak tahu pula ada muzium kehakiman kat situ. nice sharing :)
ReplyDeletewelcome sis :)
Deletemenariknyaaaa. saya suka ke muzium, banyak ilmu kita boleh dapat. yang best masuk percuma tapi banyak perkara kita dapat belajar. inshaaaAllah akan lawat muzium ni nanti. thanks sharing
ReplyDeleteWow!!!!!!! Saya org Putrajaya pun x tahu ada Muzium Kehakiman kat Istana Kehakiman. Now you mention it, I will visit it. Tq for sharing.
ReplyDeletebesar jugak ek muzium kehakiman ni tak pernah pergi pun lagi. anyway thank you for sharing. dah nampak dah gambaran dalaman dia macam mana next time boleh gi heheheh
ReplyDeleteLa.. dekat Putrajaya jer Muzium ni, selalu lalu jer tak pernah nak masuk dalam tu, tak tahu ada muzium nest time boleh explorelah lagi pun masuk percuma jer...
ReplyDeleteHave not been to this place yet and so interesting to know so much inside ya. I have to JB one but not as complete as this. Wanna go check it out soon!!!
ReplyDeleteTak pernah sampai lagi ke Muzium Kehakiman ni. Dan baru tau ada muzium kat situ. Okay, good sharing, next time kalau ke Putrajaya...bolehlah singgah masuk muzium ni. Sure banyak info berguna.
ReplyDeleteSelalu pergi muzium polis, muzium nehara, tak terfikir pulak nak pergi muzium kehakiman tu.. Bolehla pergi nanti, bawk anak-anak.. Suka pergi miziuk mcm ni, kita tau mcm mne rupa dia
ReplyDeleteBanyak info dlm entri mi. Biarpun tak pernah smpi sini tetap excited nak tahu lebih lanjut.
ReplyDeleteTahniah... Good sharing bro! Sesekali kena ambik tahu, bawak anak-anak datang sini plak kan.. Dok pi holiday jer. Bagus untuk kita juga sebagai rakyat Malaysia.
ReplyDeletemek suka dengan tempat macam ni. and ni first time dengar muzium. ingatkan mahkamah. huhu. sure kena visit disember 2019 ni ke sini.
ReplyDelete