Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hey gais! Kali ini aku nak berkongsi dengan anda tentang Lokasi Parking Motor di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Baru-baru ini aku ada urusan penting di KLIA (aku akan cerita urusan apa di penghujung entri), jadi aku pun mencarilah lokasi untuk parking motor di KLIA melalui pencarian di Google dan media sosial.
Malangnya apa yang aku jumpa hanyalah sekadar pemberitahuan bahawa lokasi parking motor hanyalah di Block A Tempat Meletak Kereta. Jadi, selepas aku dapat informasi tentang lokasi tersebut, pada hari kejadian, aku pergi ke Block A tersebut, kemudian tercari-cari di mana pintu masuknya.
Dua kali jugak aku berpusing di tempat yang sama, sehinggakan aku masuk ke kawasan masuk parking kereta. Alhamdulillah, nasib baik ada Pengawal Keselamatan memberitahu lokasi sebenar, sepatutnya aku kena pusing di bahagian satu lagi. Jadi, untuk memberikan panduan kepada mereka yang nak ke KLIA menggunakan motorsikal, dan mencari di mana tempat parking motor, inilah salah satu artikel untuk anda. Semoga dapat memudahkan anda.
Artikel Berkaitan : [ Lokasi Parking Motor di Pusat Beli Belah Mid Valley, Kuala Lumpur ]
Berdasarkan peta di atas, aku melalui jalan seperti yang tertera mengikut anak panah bewarna merah tersebut. Itu adalah laluan yang aku gunakan semasa mencari tempat parking motor KLIA tersebut. Aku tak pasti kalau ada jalan lain tetapi inilah jalan yang aku gunakan. Agak berpusing-pusing ya.
Kemudian, anda akan nampak papan tanda parking motor. Untuk pengetahuan anda, laluan ini hanyalah untuk van, bas dan motorsikal sahaja.
Laluan ke tempat parking motorsikal
Tada!!
Untuk bayaran masuk pula, untuk tempat letak motorsikal bagi awam ia adalah sebanyak RM1 per entri. Di tempat masuk itu, kita hanya perlu memasukkan duit RM1 sahaja, tiada sebarang resit atau kertas parking. Sangat memudahkan. Untuk jenis bulanan, aku tak pasti berapa pula harganya. Maaf ya.
Keadaan parking motorsikal di KLIA
Sememangnya banyak sangat motor di kawasan parking ni, tips aku adalah kena pandai cari, in shaa Allah ada parking yang terlindung atau sebagainya. Tahap kesesakan parking di sini tidak seperti parking motorsikal di Mid Valley Kuala Lumpur ya! Di sana sangatlah sesak dan sempit!
Artikel Berkaitan : [ Pengalaman Motor Rosak Di Tengah Lebuhraya ! ]
--------
URUSAN DI KLIA
Sebenarnya pada hari tersebut, aku ada briefing untuk Media Hunt yang dianjurkan oleh MAHB iaitu Malaysia Airports Holding Berhad. Aku menjadi wakil untuk pasukan aku, disebabkan ahli kumpulan yang lain tak dapat nak pergi. Aku okay je nak pergi, pertama kali ke KLIA menaiki motorsikal.
Briefing untuk media hunt tu bermula pada jam 2.30 petang. Jadi, aku gerak dari Kajang awal sikit, jam 1 petang aku dah sampai dekat KLIA tu. Awal sejam lebih kan? Sebab aku suka datang awal, boleh lepak-lepak dulu. Satu lagi, aku takut kalau aku sesat, nanti melambatkan pulak masa aku ke briefing tu.
Setelah sempat solat Zohor dekat surau KLIA, aku pun terus rehat di bahagian atas, melihat keadaan dan situasi orang ramai seronok nak menaiki kapal terbang yang mana aku belum pernah cuba. Doakan suatu hari nanti aku dapat naik kapal terbang. Haha.
Lepas tu, pada jam 2 petang macam tu, aku baru perasan lokasi MAHB Corporate Office di dalam google bukan dekat KLIA. Aduss. Lepas tu, aku terus ke kaunter pertanyaan, tanya tentang lokasi MAHB Corporate Office dan auditoriumnya. Ya, bukan dekat KLIA tapi dekat bangunan lain, berdekatan dengan masjid dan Mitsui Outlet Park.
Tapi aku check balik lokasi yang diberikan dalam group whatsapp, memang dibawa ke KLIA. Lepas tu, aku confirmkan balik, rupanya betul dekat bangunan lain. Terus aku bergegas ke tempat parking motor, dan mencari pulak tempat briefing tu. Alhamdulillah, sampai juga ke tempat tersebut pada jam 2.15 petang. Awal 15 minit. Briefing untuk media hunt tu pun bermula agak lambat sebab ramai yang belum hadir.
Briefing tersebut.
Kesimpulannya disini, sebelum nak kemana-mana pastikan betul tempat dan lokasi yang ingin dituju. Selain itu, contoh kalau nak ke tempat yang kita tak pasti, pastikan kita datang awal supaya dapat memudahkan urusan sekiranya kita sesat atau sebagainya. Sekian sahaja untuk panduan lokasi parking motor di KLIA dan sedikit kisah ringkas dalam entri ini.
Baca Juga : [ Pasang Monolock Rear Box dan Monorack Pada Motorsikal ]
Sekian
Sumber Gambar : Google Image
perghh mantap. datang klia naik moto je. mudah. mudah la lepas ni kalau tahu parking
ReplyDeleteHaha, lagi mudah merempit. Haha, tapi kalau hujan tu memang tak boleh buat apa la..
Delete21 thn lps pernah ke Subang Airport Cargo untuk hantar motosikal ke Kota Kinabalu. Pagi2 lagi merempit dari AU3 Keramat. Kalau skrg x sanggup la naik motor sejauh tu ke kLIA.
ReplyDeletewahh hebatnya! saya sekarang ni guna motor jimat bila nak ke mana-mana.
DeleteVệ sinh lưới lọc khí bằng nước ấm sau
ReplyDeleteđể để khô.
Dulu pernah keje kat KLIA ni. First time mmg konfius nak cari parking motor. Sbb tak ada petanda pn.
ReplyDeletekan! sebab tu awal2 saya cari jugaklah kut2 ada yg nak share kt mana tmpat parking tu, tapi x jelas sgt.
Delete