Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali ini aku nak kongsikan kisah aku dan pengalaman aku pertama kali ke Nights Of Fright | Festival Of Fear di Sunway Lagoon. Untuk pengetahuan anda ini adalah edisi yang ke 7 penganjuran festival ni di Sunway Lagoon ini. Pertama sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada penaja iaitu Realme yang sudi menaja tiket ke festival ini.
Sebelum ini, aku tak pernah menjejakkan kaki ke dalam Sunway Lagoon, beberapa kali juga aku jalan-jalan di pusat beli belah Sunway Piramid yang terletak berhampiran dengan Sunway Lagoon ini. Alhamdulillah, peluang untuk masuk ke dalam Sunway Lagoon akhirnya dapat juga.
Artikel Berkaitan : [ Pertama Kali Ke Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh ]
Ada beberapa rumah hantu sebenarnya tetapi yang sempat aku dan kawan-kawan masuk hanyalah beberapa sahaja. Banyak juga rumah hantu yang perlu beratur panjang untuk masuk. Alhamdulillah, dapatlah jugak kami masuk ke rumah hantu untuk rasai pengalaman menyeramkan.
Rumah Hantu Bomoh - Antara rumah hantu yang membosankan bagi aku. Mungkin sebab dah banyak pengalaman masuk rumah hantu yang lebih menyeramkan.
BloodShed - Best jugaklah, tapi sebelum datang tu aku memang dah jangka yang rumah hantu dalam ni kebanyakannya akan buat orang terkejut. Seram-seram tu macam kurang menjadi.
Beratur menunggu giliran.
Lepas tu, kami macam nak naik semua permainan yang ada dalam Sunway Lagoon ni, sebab malas dah nak masuk rumah hantu.
Baca Juga : [ Tempat Menarik di Terengganu Wajib Di Kunjungi | Bahagian 1 ]
Ini antara yang kami sempat naik. Memang teruja jugak sebenarnya nak naik. Kali terakhir aku naik dekat Lost World Of Tambun, tapi versi kecil and satu lagi dekat LWOT tu permainan ni tak pusing sampai habis. Satu lagi sebelum di LWOT aku pernah naik serupa macam ni, tapi versi besi kot, dekat Pesta Penang masa aku sekolah rendah. Kecil lagi masa tu, tapi boleh naik dah.
Menunggu giliran untuk naik.
Sempat berselfie sebelum naik , sama-sama menunggu giliran
Inilah geng aku, yang masuk rumah hantu dan naik permainan ini.
Masa naik atas tu, barulah boleh tengok ramai yang menjerit-jerit. Haha, aku risau ada yang muntah ja. Haha. Satu lagi pemandangan dekat atas tu sangat cantik walaupun terbalik, kepala di bawah, kaki ke atas. Tapi memang seronok, macam nak naik sekali lagi.
Acara di pentas utama
Mini Concert
Di penghujung masa, sebelum nak tutup ada persembahan di pentas utama. Persembahan yang menarik dengan tarian dan nyanyian. Yang agak kurang menyenangkan adalah ada bau-bauan arak dekat kawasan hadapan pentas tu. Jadi, aku terus pergi tempat lain yang lebih jauh.
Mini Concert
Aku jugak sempat bergambar dengan hantu-hantu yang berkeliaran dalam kawasan Sunway Lagoon ini. Aku tak pasti sama hantu ni betul-betul hantu atau sekadar manusia bertopeng sahaja. Kalau tengok pada dua gambar di atas tersebut, macam ada drama pulak. Di gambar kedua boleh nampak hantu di bahagian belakang.
Apa-apa pun pengalaman ke Night Of Fright 7 : Festival Of Fear ini adalah pengalaman yang seronok. Walaupun aku sebenarnya tak suka tempat yang ramai orang, tapi pengalaman ni memang seronok dan in shaa Allah kalau ada lagi tahun depan, memang aku nak pergi lagi. Terima kasih sekali lagi kepada Realme kerana sudi memberi tiket. Terima kasih juga dekat geng-geng masuk rumah hantu, Izuan Faiz, Adlina Tasya dan adiknya. Ramai juga rakan blogger lain yang aku jumpa di dalam tapi tak sempat nak bergambar.
Artikel Berkaitan : [ Review Lost World Hotel, Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh ]
Sekian, terima kasih.
wah...teringin nak pergi. nampak seronok. tempat mcm ni memang kena ada kesabaran utk beratur panjang..hehe
ReplyDeletebetul tu. berpeluh2 memang dah tak boleh hirau dah haha
DeleteHaha tak berani nak pergi takut lemah semangat pastu mimpi ngeri haha over kan! Tapi suka tengok kawan-kawan berseronok kat sana! ^_^
ReplyDeletehaha, takdalah menyeramkan sangat. haha.
DeleteSambutan halloween paling heaven tiap tahun. This year punya NOF pun not bad. Serammm oii. Next year jom pg lagi. hehehe
ReplyDeleteJom2! hari tu tak sempat jumpa :)
DeleteNOF sunway lagoon mmg satu event yg sangat ditunggu2 saban tahun. alhamdulillah berkesempatan juga hadir tahun nie. mmg best cuma last year lebih syok compared to this year
ReplyDeleteye ke? ala sedihnya tak pergi yg tahun lepas punya.
DeleteTengok ramai sangat pergi NOF tahun ni. Semua cakap best tapi kita tak berkesempatan nak pergi
ReplyDeleteboleh pgi edisi tahun depan :)
DeleteJust desire to say your article is as amazing.
ReplyDeleteThe clearness for your put up is simply great and that i can think you are an expert in this subject.
Well with your permission allow me to take hold of your feed to keep
updated with approaching post. Thank you a million and please keep up the enjoyable work.
Sanggupnya weh korang ni pegi rumah hantu mcm ni hahahaha. Kalau sis mmg tak laa... sat lg xleh tido malam wehh
ReplyDeleteala, sayangnya.. hehe saya memang suka benda2 menyeramkan ni. kadang2 nak test betul2 seram atau sebaliknya haha
DeleteWow... menarik perkongsian Night Of Fright 7 ni, Boleh la lepas ni Mat Drat bawak anak anak ke sini cuti sekolah ni nanti
ReplyDeleterasanya untuk event night of fright ni hanya untuk musim halloween sahaja.
DeleteAda banyak rumah hantu rupanye kat sini. Bermacam-macam jenis hantu jumpa ye.
ReplyDeletehehe alhamdulillah, dapatlah jumpa hantu hehe
Deletewah bestnya, ingatkan 1 rumah hantu je rupanya banyak ek. wlpn tak pergi sebab da bekerjluarga, tapi baca ni je dah rasa da takut dia haha
ReplyDeletebanayk rumah hantu dalam tu, tapi saya lagi teruja dengan permainan dalam tu
DeleteFuh. Rajin pergi sunway ni. Haha. Mesti susah dpt parking kan sana. Tapi meriah la tengok event ni ramai join. Balik konfirm tgh malam ni
ReplyDeletehaha, untuk malam tu, saya naik motor. parking dekat depan kedai mamak je.
DeleteHAHaha jerit beria tak macam kat Hauntu? Wakakakak i masuk dgn daddy u hahah mmg menjerit je la dia hahahah
ReplyDeletehahaha, saya tak menjerit sangat, haha. mesti lawak kan bila daddy menjerit2 ;)
DeleteMust have been really fun, I keep seeing people visiting this horror house.
ReplyDeleteit is really fun! for people love horror house :)
DeleteWow this must a very frightening but fun experience! Vy nice activity for halloween!
ReplyDeletemy first time to experience night of fright :)
Deletesetiap tahun x pernah miss pergi NOF ni. tapi tahun ni lain macam sikit sebab meriah dengan kawan2 yang sekepala.
ReplyDeleteseronoknya dapat pergi tiap2 tahun. :)
DeleteRamai kata best seram...!! Kita ni penakut, memang tak laaa nak pegi tapi anak sulung kita suka seram seram gini. Nanti nak suh abah dia pegi bawak dia.
ReplyDeletehehe memang best, kalau tak masuk dalam rumah hantu tu pon takpa, tengok suasana atau main permainan :)
Deletewah bestnya, ramai orang kan kat sana tu.. nampak macam menarik semua tu..enjoy!
ReplyDeletememang ramai. berpeluh2 jugaklah dalam tu hehe
DeleteYou are so daring! Kalau saya pergi, I don't think I will be typing right now!
ReplyDeleteEnjoy yourself! Hope you have a great fright memories there! Teeheee!!
Haha, best lah! Seronok dapat jumpa hantu
Deleteseronok tengok korang spend malam tu kat sunway lagoon. kalau mek dijemput, insyaAllah mek pergi jugak kot untuk cipta memories.
ReplyDeletein shaa Allah next year bolehlah pergi :)
Deleteenjoy nya semua orang! suka tengok aktiivti macam ni, tapi selalunya saya tak berkesempatan jugak nak pegi. anak2 selalu tidur awal
ReplyDeletehaha ye ke, lepas ni kalau nak pergi, pergi sendiri je. anak2 tu tinggal haha
Delete