Selebriti Tanah Air, Shaarnaz Ahmad dan Shuib Sepahtu Sertai Dunia Permotoran Bersama '23 Motors'

Aerill Hassan
22


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selebriti Tanah Air, Shaarnaz Ahmad dan Shuib Sepahtu Sertai Dunia Permotoran Bersama '23 Motors'

Apa khabar semua? Baru-baru ini aku berpeluang ke majlis pelancaran pasukan '23 Motors' di Litar Antarabangsa Sepang. Kali ini aku nak berkongsi mengenai pasukan 23 Motors dalam mengikuti satu kejohanan terbaru serta memperkenalkan dua selebriti yang turut memeriahkan kejohanan tersebut. Dua orang selebriti tanah air tersebut adalah Sharnaaz Ahmad dan juga Shuib Sepahtu. Ingin lihat bagaimana mereka beraksi di kejohanan ini? Ingin tahu pula kejohanan ini tentang apa? Serta apakah itu pasukan 23 Motors dan kejayaan mereka? Jom baca sehingga ke akhir ya!

'23 MOTORS' MELANGKAH JAUH DALAM DUNIA PERMOTORAN
Selebriti Tanah Air, Shaarnaz Ahmad dan Shuib Sepahtu Sertai Dunia Permotoran Bersama '23 Motors'

Pasukan '23 Motors’ telah melangkah lebih jauh dalan sukan permotoran Malaysia apabila memenangi beberapa kejohanan besar. Bermula dengan meraih juara keseluruhan untuk '2017 TCR Asian Championship’, di ikuti dengan juara pada tahun 2018, untuk ’Stock Production Championship’. Pasukan ini, sekali lagi, mencatat sejarah dalam memenangi juara keseluruhan untuk ‘2019 Malaysia Championship Series, Overall Champion’. Tahun ini bakal memperlihatkan 2 org pelumba selebriti Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu dan 7 org pelumba professional Dato Farouk, Keifli Othman, Baron Sim, Mirza Syahmi, Zen Low, Akid Azlee, Tarmimi Tahang.

Sepang 1000KM Endurance Race 2019
Selebriti Tanah Air, Shaarnaz Ahmad dan Shuib Sepahtu Sertai Dunia Permotoran Bersama '23 Motors'

Perlumbaan kali ini akan berlangsung dari 22 November hingga 24 November, bermula dari jam 12 tengah hari. Ia adalah satu perlumbaan tanpa henti yang memerlukan daya ketahanan yang tinggi serta minda yang fokus. Dengan jarak 1000KM (seribu kilometer), Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi saksi kepada satu acara yang akan memakan lebih dari 250 (dua ratus lima puluh) pusingan dan dijangka akan mengambil masa lebih dari 9 (sembilan) jam.

Pengasas kepada 23 Motors Sdn Bhd, Dato’ Abdul Kaathir atau lebih mesra dengan panggilan Farouk, mengambil langkah dalam melabur untuk sukan pemotoran ini kerana minat yang mendalam serta nampak peluang perniagaan di dalam industri ini. Beliau berkata: 

Saya ingin menaikkan taraf industri pemotoran negara dengan lebih maju lagi. Dengan langkah saya yang kecil ini, mampu membantu menampakkan potensi sukan industri ini kepada orang luar terutamanya kepada usahawan-usahawan di luar sana. Sukan ini mampu menjadi salah satu cabang baru dalam pelancongan sukan. Syarikat saya sejak dari awal penubuhan, nampak potensi besar dalam industri ini dan ia juga merupakan salah satu faktor dalam menceburi perniagaan import kereta ‘Muscle’ dari Amerika Syarikat.

Selebriti Tanah Air, Shaarnaz Ahmad dan Shuib Sepahtu Sertai Dunia Permotoran Bersama '23 Motors'


Dengan pengenalan kepada dua pelumba yang bukan dari bidang perlumbaan, ia menunjukkan, sukan ini boleh dilakukan dan berlumba boleh dijadikan satu aktiviti riadah. Melalui pakej -pakej yang ditawarkan dari serendah RM 10, 000 (sepuluh ribu ringgit Malaysia) hingga ke RM 30,000 (tiga puluh ribu ringgit Malaysia), seseorang individu boleh berlumba dengan kelolaan dari pengurusan pasukan profesional.

Pasukan 23 Motors sebelum ini telah memenangi trofi ‘Overall Championship’ di dalam ‘Malaysia Championship Series’ baru- baru ini. Melalui kemenangan ini, pasukan ini telah meletakkan niat untuk memenangi perlumbaan ketahanan Sepang 1000KM.

TENTANG '23 MOTORS' SDN BHD

Selebriti Tanah Air, Shaarnaz Ahmad dan Shuib Sepahtu Sertai Dunia Permotoran Bersama '23 Motors'

Sebuah syarikat Bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2014. Diasaskan oleh Dato’ Kaathir Mustafa atau lebih di kenali sebagai Farouk,syarikat ini mula bertapak di Batu Pahat, dengan impian yang besar untuk mengukir nama dalam industri automotif tempatan .

Dengan berbekalkan pengalaman sebagai seorang pelumba kereta profesional dan minat yang mendalam dalam industri ini, pada tahun 2015, Farouk telah menubuhkan ’23 Motors’ di Johor Bahru dengan menjadi satu-satunya pengedar yang fokus untuk import kereta ‘Muscle Cars’ dari Amerika Syarikat ke Malaysia.

Pada tahun 2016, syarikat berkembang dengan membuka cawangan kedua dengan menyediakan lebih
banyak pilihan kereta import, yang terdiri daripada MPV berpatutan hingga ke sedan mewah dengan objektif untuk memberikan perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat. Pembukaan cawangan ketiga, adalah pada tahun 2017 di Bangsar, Kuala Lumpur, adalah bukti untuk syarikat sentiasa memberikan yang terbaik kepada para pelanggan.

Selebriti Tanah Air, Shaarnaz Ahmad dan Shuib Sepahtu Sertai Dunia Permotoran Bersama '23 Motors'


Laman sesawang: http://23motors.my/

----------

Selebriti Tanah Air, Shaarnaz Ahmad dan Shuib Sepahtu Sertai Dunia Permotoran Bersama '23 Motors'

Alhamdulillah, peluang pertama kali ke Litar Antarabangsa Sepang sememangnya sangat menyeronokkan. Dari kecil belajar tentang lokasi kebanggaan negara ini, dan akhirnya dapat juga masuk ke kawasan litar. Selain itu, dapat juga melihat dua selebriti terkenal tanah air di depan mata. Tak sabar nak melihat mereka beraksi di litar nanti!

Sekian

Post a Comment

22Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. igtkan gmbr kete first tu axia.. rupanya honda jazz kan??

    ReplyDelete
  2. Ramai dah sis tengok selebriti join sukan bermotor ni kan, trand sekarang kot. Cuma sis tak mengikuti kegiatan diorg sampai ke litar..:D.

    ReplyDelete
  3. Terkejut tengok harga tu. Moga tercapai hasrat untuk 1000 jam/ 250 pusingan di litar tersebut. All the best 23 Motors.

    ReplyDelete
  4. Terbaik Dato' Farouk. Mmg berjiwa kereta Dato ni.
    Semoga team Motor23 terus maju dan terus memeriahkan industry Sukan permotoran negara Kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. suka tengok usaha dan minat dato farouk dalam bidang ni.

      Delete
  5. Wah. Toyota bawak masuk artis baru sharnaaz dgn shuib pulak. Sebelum ni janna nick n the geng. Pandai diorang buat marketing utk tarik audience sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya bukan Toyota yang bawa untuk kali ini, 23 MOTORS :)

      Delete
  6. Sau một quá trình sử dụng, điều hòa sẽ hết
    gas.

    ReplyDelete
  7. Tak snagka sharnaaz dan shuib join. Good luck both of them. Saya tengok saya pula seram sejuk. Hahaha.. Selalu tengok diorangbberlakon je. Tak snagka terlibat dengan dunia permotoran ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharnaaz tu macam dah ada ilmu tentang dunia permotoran ni, cuma shuib tu lah kena polis ilmu and belajar lagi

      Delete
  8. wahh shuib ni serba boleh betul! sebelum ni dia aktif dgn motor y150, sekarang dengan kereta pula dia aktifkan diri. semoga Motor23 terus maju dan dikenali ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kalau tengok perjalanan karier beliau memang sangat dimurahkan rezeki :)

      Delete
  9. wah menarik ni, jarang sekali selebriti nak join sukan macam ni. tak sangka Sharnaaz Ahmad dan juga Shuib Sepahtu ni ada bakat dalam bidang ni. apapon all the best buat diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung mereka sebab dijemput pasukan 23 motors sertai pertandingan tersebut

      Delete
  10. PAtut la lately nampak Shuib banyak post pasal kereta. Rupanya dia pun dah join dunia permotoran sekali dgn sharnaaz. Sis minat juga bab kereta ni tapi takde la sampai nak berlumba.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal kereta tu, shuib sebenarnya ada buat syarikat menjual kereta jugak! hehe. samalah kita sis.

      Delete
  11. Prgh sharnaaz dan shuib masuk dalam dunia pemotoran..makin ligatla..hehee..sukan motor ni [pun memang disukai ramai kan..lama juga company ni ye..almaklumla tak pernah mabil tau pasal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, samalah kita, saya pun macam kurang sikit bab2 permotoran ni hehe

      Delete
  12. Ramai selebriti dah join sukan motorsport. Macam best je kan. huhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!