Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Kubu Bahru, Selangor

Aerill Hassan
22


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua? Alhamdulillah. Kali ini aku nak berkongsi dengan anda semua salah satu tarikan menarik di daerah Hulu Selangor iaitu aktiviti Paragliding. Baru-baru ini [ taklah baru sangat ] aku ada menyertai satu program Familiarisation Trip di daerah Hulu Selangor. Antara aktiviti pertama di dalam trip tersebut adalah paragliding.

Ini merupakan kali pertama aku mengetahui pelbagai perkara tentang paragliding. Kebiasaannya aku akan jadi orang terakhir yang mengambil tahu tentang benda-benda lasak macam ni. Alhamdulillah, diberi peluang untuk belajar dan mungkin dapat merasai pengalaman paragliding?

BRIEFING TENTANG PARAGLIDING

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor

Sampai sahaja kami di Mini Stadium, Taman Millenium, Kuala Kubu Bahru, En Nazri, iaitu salah seorang pakar dalam paragliding telah menunggu bersama peralatan yang lengkap untuk paragliding. Mengenai aktiviti Paragliding di Kuala Kubu Bahru ini, lokasi take-offnya adalah di puncah Bukit Batu Pahat iaitu sekitar 1400 kaki daripada aras laut manakala tempat mendarat pula adalah di mini stadium Millenium, Taman Millenium. Perjalanan ke puncak bukit akan dibawa oleh pihak paragliding itu sendiri dengan menaiki 4 Wheel Drive (4WD) terus ke puncak bukit yang mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor

Walaubagaimanapun impian untuk aku mencuba paragliding terkubur apabila terdapat kekangan dari cuaca yang kurang mengizinkan. Cuaca di sini adalah berkenaan dengan arah angin. Arah angin diwaktu hujung tahun ini tidak sesuai untuk aktiviti paragliding kerana arah yang berbeza akan membawa anda ke tempat mendarat yang salah dan tidak betul.

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor

Walaubagaimanapun, kami semua dapat melihat video bagaimana aktiviti paragliding berlaku sebelum-sebelum ini. Ya, satu lagi yang melegakan sedikit hati yang berduka adalah kami semua dapat naik ke tempat bermulanya aktiviti paragliding iaitu di puncak Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bahru.

PERJALANAN NAIK KE BUKIT

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor

Macam yang sudah diberitahu di atas, perjalanan ke puncak Bukit Batu Pahat untuk ke lokasi take-off adalah dengan menaiki 4WD. Perjalanan ke lokasi tersebut perlu melalui Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bahru dan terus ke jalan mendaki puncak bukit.

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor

Fun fact : Ini adalah kali pertama aku menaiki 4WD dan jalan yang tidak rata, penuh dengan lubang dan sebagainya membuatkan aku rasa seronok! Walaupun dalam hati rasa macam berbahaya sebab di tepi adalah lereng bukit yang tinggi, tapi seronok!

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor
Di pertengahan jalan, ada pokok tumbang, hanya dalam beberapa minit sahaja masalah ini dapat diselesaikan!

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor

DI PUNCAK BUKIT BATU PAHAT

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor

Alhamdulillah, setelah perjalanan hampir 20 minit ke puncak Bukit Batu Pahat, akhirnya sampai juga. Pemandangan yang sangat menenangkan dan membuatkan aku rasa bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan. Sungguh indah dunia yang diciptakan-NYA.

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor

Jika anda perasan, kain-kain atau plastik yang kelihatan terkoyak dan sebagainya ini adala disebabkan oleh keadaan angin ya! Sebab itu tidak sesuai untuk membuat aktivit paragliding di waktu atau tempoh ini.

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor

SESI BERGAMBAR

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor

Disebabkan tidak boleh melakukan aktiviti paragliding, kami semua terus ke satu lagi bahagian menarik berdekatan dengan lokasi take off.

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor
Berlatar belakangkan pekan Kuala Kubu Bahru, sememangnya pemandangan yang begitu indah.

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor

Konon-kononnya berjaya mendaki puncak Bukit Batu Pahat, walaupun sebenarnya sampai ke puncak menaiki 4WD. Haha

LOKASI PENDARATAN

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor

Berbalik kepada aktiviti paragliding, ini merupakan lokasi pendaratan yang selamat dan penuh dengan kemudahan awam seperti tandas dan sebagainya.

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor
Ini pula adalah Bukit Batu Pahat. Anda boleh lihat puncaknya dari lokasi pendaratan!

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor
Bukit Kutu

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor
Aku juga sempat mencuba peralatan paragliding, bolehlah kan? Daripada tak dapat mencuba aktiviti paragliding, dapat pakai peralatan pun jadilah. 

_____


Pakej yang ditawarkan untuk mereka yang berminat adalah sekitar RM200 - RM300 sahaja iaitu termasuk dengan kenderaan, insurans dan juga video.

Kepada yang berminat boleh hubungi  En Nazri Paragliding KKB di  019-2191144

LOKASI





#MajlisDaerahHuluSelangor #MDHS  #BukitBatuPahat #VM2020 #VisitMalaysia2020


Artikel ini dihasilkan dari program Lawatan Produk Pelancongan @ Hulu Selangor Sempena Kempen VISIT MALAYSIA 2020 Negeri Selangor yang berlangsung dari 03 - 04 Disember 2019.

Post a Comment

22Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Bagus ada aktivit macam ni . Especially pada yang ingin kan thrill feel. Bayaran pun tak mahal sangat.

    ReplyDelete
  2. wah.. adventure nya.... macam teringin tapi .. hahaha.. gayat

    ReplyDelete
  3. wahh bertuah dapat join aktiviti lasak paragliding ni.. huhu.. kalau TB memang jauh la dari nak join aktiviti-aktivit lasak camni.. kalau disuruh berbayar pun belum tentu pi sebab rasa macam tak mampu nak buat je.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Mak aiii akka takle laa nak buat aktiviti
    Paragliding ni gayattt huhu.. nampak okey je ngan org lain tapi kita yg gayat ni takle kot huhuu. Satu akiviti yg menyeronokkan ..

    ReplyDelete
  5. Ingatkan Bukit Batu Pahat tu di Batu Pahat haha... jauh benor nak paragliding dari KK Baru dan BP rupanya di kawasan sama haha

    ReplyDelete
  6. Aduh baru nak tengok pemandangn masa terbang. Takda rupanya. Come on aerill make it real one day hehe

    ReplyDelete
  7. Bestnya! Tapi Bella takut la. But....bella jenis yg suka cabaran jugak. Siyes nak try la paragliding ni. Nampak cantik port nak berlepas tu. Betul ke kat KKB je, umah i Rawang. Dekat dah tu.

    ReplyDelete
  8. Teringin nak cuba tapi bila fikir macam badan ni tak mampun di tanggung terus tak jadi nak naik. Tapi actually bagus la aktiviti paragliding ni sbb mencabar dan boleh tgk alam sekitar

    ReplyDelete
  9. Bestnya aktiviti ni. Suka tengok orang join aktiviti paragliding ni tapi sendiri nak cuba takut. Seram sejuk kaki.. Hahaha

    ReplyDelete
  10. ala, ruginya tak dapat naik paragliding kan.. tapi tu la, time2 skng ni musim hujan. Jadi better la tak naik daripada membahayakan diri kan. Btw seronok dapat tengok view dari atas bukit batu pahat tu

    ReplyDelete
  11. I did not dare to try. Scare of height. But look interesting.

    ReplyDelete
  12. Wah!!!!!!!! Best nyer you dah dpt try paragliding. Paragliding adalah salah satu activity yg saya berminat nak cuba.

    ReplyDelete
  13. Wahh bertuahnya dapat naik ni.. nak juga... next trip ajak kita hahaha pakej yang dia offer not bad la memang kena pergi in the future... bestnya jadi burung

    ReplyDelete
  14. Rawlins dulu pernah kerja kat KKB, masa pembinaan Empangan Sg Selangor fasa 3 tu. Cantik kan KKB.
    Eh. Kenapa try alatan je?

    ReplyDelete
  15. Rawlins pernah kerja kat KKB dulu masa pembinaan empangan Sg Selangor. Bestnya KKB.
    Awat try alatan je?

    ReplyDelete
  16. Ramai yg share tempat ni. Agak menarik sebab mita boleh mencuba salah satu sukan ekstrem yg agak popular skrg ni

    ReplyDelete
  17. Uish dkt dh tu dengan rumah. Kkb ni . Done save info, memang nk pergi try games ni

    ReplyDelete
  18. Sis pernah buat sekali kat Jugra. Memang seronok gila. Kalau ada peluang buat lagi memang nak jugak..tapi tulah..skrg ni kesihatan asyik tak berapa nak sihat utk buat aktiviti lasak

    ReplyDelete
  19. aduh kecewa bila baca-baca rupanya tak jadi paragliding... haha.. baru nak tengok gambar aksi ber paragliding dan baca perasaaan macam mana. Takpelah, dah ada peluang nanti update lagi ye

    ReplyDelete
  20. baca cerita ni memang best, tapi zul ni penakut tempat tinggi. Kene kumpulkan semangat untuk cuba paragliding ni, at least pengalaman seumur hidup

    ReplyDelete
  21. saya masih tiada keberanian nak buat aktiviti lasak yang ni...tahniah tuan berjaya melakukannya

    ReplyDelete
  22. oklah dapat jugak naik ke puncak bbp dengan senang , akak awal bulan hari tu naik bbp dekat 2 jam jugak sebab pewai ...tapi dah sampai atas syok pastu dapat tengok org buat paragliding depan mata...memang teringin nak cuba...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!