Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kasut Formal dan Kasut Sukan
Ada orang yang suka beli barangan bundle atau preloved dan ada juga yang hanya suka barangan yang baru sahaja. Aku merupakan salah seorang yang berada di tengah-tengah iaitu, kedua-duanya aku suka asalkan barangan tersebut menepati citarasa dan kualiti yang aku tetapkan sendiri. Haha.
Kenapa tiba-tiba ja aku cerita pasal barangan bundle atau preloved ni kan? Ha, sebenarnya aku nak kongsikan dengan anda pengalaman aku membeli barangan preloved di JALAN JALAN JAPAN iaitu kedai yang menjual barangan preloved daripada negara Jepun terbesar di Malaysia.
Tujuan aku singgah dan membeli belah di sini adalah untuk mencari jacket dan juga kemeja untuk dipakai ketika berjalan-jalan atau sebagainya. Ya, di rumah aku hanya ada baju dan kemeja lama, yang semakin hari semakin sempit untuk dipakai. Haha [ Nampak gaya aku kena diet ni! ] Ramai juga rakan-rakan yang pernah membeli belah disini berkongsi tentang harga dan kualiti barangan di Jalan Jalan Japan ini. Oleh itu, aku terus merempit dengan kawan aku dari Kajang dan ke cawangan Jalan Jalan Japan di 1 Shamelin Mall, Cheras.
JALAN JALAN JAPAN
Di outlet Jalan Jalan Japan, barangan yang ada adalah merangkumi Apparels, Child Products, Costume, Handbags, Kitchen Ware, Musical Instrument, Shoes, Souveniers, Sports Goods, Stationaries, Table Wares dan juga Toys.
Jalan Jalan Japan kini mempunyai 5 outlet di Malaysia iaitu di One City Sky Park USJ, 1 Shamelin Mall Cheras, CenterPoint Seremban, M3 Mall Taman Melati dan terbaru adalah di KIP Mall, Bangi.
Macam yang aku beritahu di atas, outlet Jalan Jalan Japan yang aku kunjungi adalah di 1 Shamelin Mall, Cheras. Keluasan bagi outlet ini adalah 17,700 kaki persegi! Sangat luas dan barangan yang ada banyak dan tersusun rapi.
Kawasan Kasut
Kasut Formal dan Kasut Sukan
Sangat tersusun dan bersih!
Kawasan pakaian lelaki
Pilihan yang banyak!
Kawasan sekitar di dalam outlet Jalan Jalan Japan
Barangan Golf pun ada!
Stationary dan toys!
Toys!
Sangat luas ya!
APA YANG DIBELI YA?
Sekarang sudah tibalah masanya untuk aku ceritakan tentang barang yang aku beli. Sebenarnya aku mencabar diri aku untuk meng'limit'kan perbelanjaan sebanyak RM 100 sahaja. Adakah berjaya?
Macam yang aku beritahu di atas, aku mencari jacket dan kemeja untuk dipakai ketika berjalan-jalan dan sebagainya. Alhamdulillah, kau jumpa beberapa pakaian yang menarik minat aku. Ciri-ciri barang yang aku pilih ini senang sahaja, harus berkualiti dan masih berguna!
Dalam kes pakaian ni, aku tengok juga warna dan juga kualitinya, adakah masih boleh digunakan atau sebaliknya. Satu lagi, aku memilih warna-warna kemeja yang aku belum pernah ada. Jadi, bolehlah pelbagaikan pakaian yang akan dipakai dan yang akan di post di Instagram nanti
[ Maaf atas posing kaku dan buruk, aku bukan model ya! Haha ]
RM 10 + RM 20
↑ Aku dari dulu lagi teringin nak ada jacket atau kemeja yang menggunakan kain jeans. Alhamdulillah, jumpa jugak di Jalan Jalan Japan ni dengan harga yang sangat berpatutan!
RM 20 + RM 20
↑ Aku tak ada lagi kemeja kotak-kotak. Nak beli yang baru agak mahal jugak sebenarnya, alang-alang dah jumpa dekat Jalan Jalan Japan ni, aku ambil tiga kemeja kotak berlainan warna.
RM 10 + RM 20
↑ Salah satu jacket yang aku rasa sangat selesa dan boleh dipakai di dalam aircond ataupun di waktu sejuk.
Jadi aku berjaya membeli 6 kemeja dan juga jacket dengan harga sebanyak RM 100 sahaja! Di mana lagi anda nak dapatkan 6 kemeja yang serupa dengan harga RM 100? Kalau beli yang baru pun harganya mungkin sekitar RM50 - RM100 untuk satu kemeja atau jacket sahaja.
Memang sangat puas hati bila dapat beli apa yang kita mahukan. Walaupun ada barangan lain yang aku ingin beli, tapi terpaksa ditunda dulu untuk pembelian barangan lain sebab aku utamakan pada kemeja dan juga jacket terlebih dahulu.
TIPS : Pastikan anda mempunyai masa yang banyak untuk dihabiskan dalam mencari barangan yang anda inginkan! Macam aku sendiri, pencarian kemeja-kemeja ini adalah lebih daripada 2 jam ya! Sebab apa? Sebab ada banyak pilihan menarik yang buatkan aku rambang mata nak memilih dan membeli.
Kepada anda yang teringin nak beli barangan berkualiti daripada Jepun, anda bolehlah ke outlet Jalan Jalan Japan yang berdekatan dengan anda. Untuk ketahui lokasi outlet Jalan Jalan Japan yang lain anda boleh lihat di laman web mereka.
ALAMAT :
JALAN JALAN JAPAN
1 Shamelin Mall, Cheras
Lot L3-006, Level 3,
1 Shamelin Mall,
100, Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100, Kuala Lumpur.
Masa operasi: 10.00AM-10.00PM
Dibuka setiap hari (termasuk Public Holidays)
LAMAN WEB : www.jalanjalanjapan.com.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/
Sekian
Saya suka pergi JJJ. Banyak barang menarik dengan harga yang berpatutan.
ReplyDeleteSo far saya dah pergi JJJ cawangan Subang Jaya dan Seremban.
Nice info. saya tak tahu pasal mall nie. Boleh lah try pergi nanti :)
ReplyDeleteadududududu sangatlah menggoda JJJ ni ^_^
ReplyDeleteWahhh bestnya. Kalau KakYa g sini mau rambang mata nak pilih ni mana berkenan ..tq angah kongsi citer kat sini.
ReplyDeleteDah pernah pergi JJJ kat Seremban dan 1 Shamelin tapi 1 Shamelin ni nampak tak banyak pilihan berbanding JJJ kat Seremban. Shopping Complex 1 Shamelin ni agak sunyi masa saya dan keluarga pergi.
ReplyDeleteTak pernah lagi sampai sini. Tapi selalu dengar banyak pilihan menarik with cheap price here. Boleh la singgah!
ReplyDeleteWow macam2 ada betul ye kat sini! Semua barang boleh dapat! Nanti free nak check out this place la!
ReplyDeleteI love thrift shopping too it takes time but I can always find wonderful items here!
ReplyDeleteBest nya dapat shopping sini kita tengok ramai juga yang dah pergi beli barang kat sini hehehe kita jer tak yakin sebab tahu tak ada saiz untuk baju kalau beli barang kelengkapan tu ada lah wakakkaka...
ReplyDeletebesarnya store JJJ kat cheras ni. macam-macam barang ada. erm.. tergugat hati BBL tengok pakaian tu. murah murah semua
ReplyDeleteMurahnya. Dia pakaian bundle la kan preloved? Barang jepon ni kualiti dijaga jugak
ReplyDeletemacam bundle lah ni
ReplyDeleteBanyak betul pilihan dan harga pun berganda murah ! Ramai kengkawan kata tempat ni best sampai rambang mata dibuatnya. Macam-macam ade dalam gambar tu , ada pilihan yang murah buat ape nak beli yang mahal kan. Kualiti pun boleh tahan so nanti nak singgah la....
ReplyDeleteaida pernah ke JJJ ni. seremban.
ReplyDeletewow, besar tempatnya! rambang mata.
harga ok ok la. affordable price :)
paling best, section yg ada doll anime.
wow, lama aida membelek kat situ tau :)
Banyak pilihan pakaian kan..and murah2 pulak tu. Geram tengok..beebaloi sangat klu shopping kt sini
ReplyDeletePeminat barangan jepun mmg suka ke JJJ ni..dulu first time pergi lebih 3jam dok bertapa kt situ..haha
ReplyDeleteI banyak kali pergi jjj ni memang cari pakaian nak ke event kadang kadang..tak pun cari permainan untuk anak anak I. Harga dia murah lepas tu banyak pilihan.. heee
ReplyDeleteWahhh JJJ lah. Selalu lah jugak kita dengar dari kawan tentang JJJ yang harga dia berpatutan and barang pun menarik tapi kita belum berkesempatan lagi pergi dekat 1 Shamelin.
ReplyDeleteEna pon peminat barangan preloved hehe. Janji tengok pada kualiti. Alaa dah pakai cantik bukan orang tahu kan murah ke mahal.
ReplyDeletehuhu.. TB dah pergi 2 kali.. dekat M3 Mall tu, dan sempatlah memborong jugak.. hehehe.. barang mainan harraz la apa lagi.. hahaha.. giler tengok harga murah-murah dan kualiti barang pun elok sangat
ReplyDeleteThis is one of my favourite place, I love shopping there it like a treasure hunting place to buy nice things.
ReplyDeletesaya selalu juga ke JJJ. time2 cari barang sahaja la. kalau rezeki memang dapat juga benda2 yang masih elok
ReplyDelete