Cleanpro Express Dan Visa Umum Pemenang Bertuah Kereta Honda City dan Samsung Galaxy S10

Aerill Hassan
1


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua? Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan ke majlis pengumuman pemenang bagi peraduan Sentuh & Menang yang dianjurkan oleh CleanPro Express dan Visa. Hadiah yang dimenangi oleh para pemenang sangat lumayan ya!

Pembayaran tanpa sentuh kini menjadikan gaya hidup rakyat Malaysia lebih mudah dan lancar. Pada Julai tahun lalu, Visa Malaysia mengumumkan kerjasama dengan Cleanpro Express untuk membolehkan bayaran tanpa sentuh di rangkaian perkhidmatan layan diri dobi laundromat, inisiatif yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. 
.
Bagi kumpulan pelanggan Cleanpro Express, penggunaan bayaran tanpa sentuh memberikan peluang kepada mereka untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik menerusi Peraduan Sentuh&Menang dianjurkan oleh Visa Malaysia dan Cleanpro Express. Encik Mohamad Yusri Bin Awang dan Encik Wong Choo Uon muncul pemenang utama kempen ini dengan memenangi hadiah berupa Kereta Honda City baharu setiap seorang. Sebagai tambahan, 10 pemenang Hadiah Khas membawa pulang telefon pintar terbaharu Samsung Galaxy S10.


Nama pemenang diumumkan oleh Encik Ng Kong Boon, Pengurus Visa Negara Bagi Malaysa, dan Encik Goh Sen Kiat, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cleanpro Laundry Holdings Sdn. Bhd. di Cleanpro Express BKS Puchong hari ini. Kempen tiga bulan yang bermula Ogos tahun lalu itu, berjaya mencatatkan lebih 300 perkhidmatan layan diri laundromat di cawangan Cleanpro Express, Aladin dan Ibu Sayang di Malaysia. 

"Selepas memperkenalkan pembayaran tanpa sentuh bagi perkhidmatan laundromat di Malaysia tahun lalu, kami menerima maklumbalas yang cukup positif daripada pemegang kad. Bayaran tanpa sentuh mencatatkan pertumbuhan kukuh dan transaksi bulanan merekodkan peningkatan empat kali ganda sejak dua tahun lalu. Kadar penembusan tanpa sentuh di Malaysia juga meningkat tiga kali ganda sejak dua tahun lalu dan Malaysia ialah salah satu negara yang mencatatkan pertumbuhan pantas di Asia Pasifik," kata Encik Ng Kong Boon, Pengurus Visa Negara Bagi Malaysia.
.
 "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang mengambil bahagian dalam kempen ini. Kami harap pengalaman pembayaran layan diri laundromat akan menggalakkan lagi mereka menggunakan pembayaran tanpa sentuh lebih banyak meskipun selepas kempen ini tamat. Matlamat kami ialah memastikan kami menyediakan pengalaman bayaran selamat, mudah dan lancar kepada pemegang kad dan mengurangkan penggunaan tunai di negara ini," kata Kong Boon.


 "Ini adalah sambutan menyeronokkan dan kemakmuran Tahun Baru Cina apabila kita meraikan 12 pemenang khususnya dua daripada mereka yang memandu pulang kereta baharu Honda City. Kami menerima sambutan cukup memberangsangkan dalam peraduan ini. la bukan sahaja berjaya meningkatkan transaksi bayaran tanpa sentuh di semua cawangan Cleanpro Express, Aladin dan Ibu Sayang, kami juga menyaksikan pertumbuhan jualan dua digit semasa dalam tempoh kempen," kata Goh Sen Kiat, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cleanpro Laundry Holdings Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, sebagai perintis perkhidmatan layan diri dobi di Malaysia, Goh berkata syarikat akan melancarkan sistem baharu dobi-eko dikenali Clean Power. la terdiri daripada Sistem Air Aqua Boost lonized, sabun gred premium dan pelembut anti-bakteria. Sistem baharu ini sudah mula diperkenalkan di cawangan terpilih sejak November tahun lalu. 

"Kami komited untuk terus membawakan penyelesaian inovatif kepada pelanggan kami seperti memperkenalkan bayaran selamat dan lancar melalui bayaran tanpa sentuh Visa. Kami percaya bahawa perniagaan dan francais kami akan memberi manfaat daripada aspek ini," tambah En Goh. 

Untuk menggalakkan lebih banyak penggunaan bayaran tanpa sentuh, Cleanpro Express akan bekerjasama dengan Bank Islam dan RHB Bank pada suku pertama 2020 untuk mempromosikan penggunaan kad debit, dimana pelanggan dapat menikmati rebat segera apabila mereka menggunakan bayaran tanpa sentuh.



Untuk maklumat lanjut layari laman sosial dan web mereka.
info@cleanproexpress.com
 +603-2770 0100 (Careline Number)
http://cleanproexpress.com/
#cleanpro #cleanproexpress #selfservicelaundry #selfservicelaundrymalaysia #malaysia #dobimalaysia 
.

Post a Comment

1Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. wah bestnya dapat keta sebiji. bertuah betul orang yg dapat hadiah tu :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!