Lepak di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

Aerill Hassan
4


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lepak di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian. Alhamdulillah, bertemu lagi dalam perkongsian berikutnya. Kali ini aku nak berkongsi kisah santai aku melepak di pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang. Seperti yang anda tahu ( atau belum tahu ), pada bulan November 2019 yang lalu, aku ada sertai satu MAHB Media Hunt 2019 yang lokasinya di Sepang- Kuantan.

Artikel tentang MAHB Media Hunt 2019 boleh dibaca di link  >> MAHB MEDIA HUNT 2019

Selepas sahaja selesai makan malam dan majlis penyampaian hadiah untuk acara tersebut, kami iaitu aku, Kak Min @bebelancikmin , Kiffly Mally dan Eneffel terus bergerak ke Pantai Teluk Cempedak. Buat apa di sana? Sebenarnya saja mengambil angin laut dan melihat kemeriahan. Jadi di bawah adalah beberapa gambar yang aku sempat ambil ketika di lokasi kejadian.

Lepak di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

😅 NOTA : Semua gambar ini diambil menggunakan telefon pintar keluaran tahun 2017. Kualiti bagi gambar ketika malam sangat mengecewakan. Maaf ya. ✌

Lepak di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

😄 Memang sangat ramai ya manusia di pantai ini. Merih sangat walaupun aku tengok tak ada acara istimewa atau sebagainya.

Lepak di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang
Pertunjukan Tarian

😄 Ada pelbagai aktiviti di sini yang pengunjung dapat lakukan dan lihat. Antaranya karaoke, pertunjukan muzik, pertunjukan tarian, pertunjukan api, lepak di bean bag di pantai? ( aku tak pasti namanya ), makan dan lepak melihat orang ramai.

Lepak di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

👀 KALI PERTAMA KE DATANG KE SINI?

😅 TAK! Ini merupakan kali kedua aku datang ke pantai Teluk Cempedak. Kali pertama adalah ketika tahun 2009, aku di tingkatan 2, menyertai pertandingan Wind Orchestra Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah, Semsas, Kuantan, Pahang.

😅 10 tahun yang lalu! Akhirnya selepas 10 tahun, baru aku dapat datang balik ke sini. Banyak juga perbezaan. Masa tahun 2009 tu aku datang bersama rombongan sekolah ketika waktu siang. Tak ramai sangat orang. Tapi kali ini aku datang waktu malam, dan sangat meriah!

Lepak di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang
DORAEMON!

Lepak di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

Selepas selesai berjalan-jalan di kawasan pantai dan melihat orang ramai, kami terus memutuskan untuk lepak di McDonald sahaja. Alhamdulillah, seronok dapat pergi ke tempat orang, melihat bagaimana situasi dan kelakuan orang-orang Pahang.😀

In shaa Allah kalau diberi peluang sekali lagi pastinya aku akan datang lagi ke pantai Teluk Cempedak ini bersama keluarga. In shaa Allah.

Sekian

Sumber Gambar : Kuantan.org

Post a Comment

4Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Hampir dua tahun dah tak ke TC..suka pantainya..

    ReplyDelete
  2. Happening nampaknya pantai telok cempedak di malam hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah, macam ada festival, tapi nampak macam tk ada apa2 event pun :)

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!