Review Dusun Bonda, Batang Kali, Selangor | Apa Yang Menarik Di Sini ?

Aerill Hassan
15


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Dusun Bonda, Batang Kali, Selangor | Apa Yang Menarik Di Sini ?

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, aku di sini baik-baik belaka. Cuma kadang-kala stress dan tertekan akibat menonton video YouTube yang banyak. Kali ini aku nak berkongsi dengan anda pengalaman dan pendapat aku mengenai salah satu tempat penginapan yang unik dan menarik yang aku menginap ketika FAM TRIP HULU SELANGOR hujung tahun 2019 yang lalu.

Seperti yang anda dah baca pada tajuk, ya, tempat penginapan tersebut adalah Dusun Bonda. Mungkin ada yang pernah menginap di sini dan pernah mendengar nama tempat ni. Dan mungkin ada yang belum pernah dengar nama tempat ni. In shaa Allah aku akan ceritakan pengalaman sebaik mungkin. Satu lagi, dalam artikel kali ini akan ada banyak gambar ya, untuk memberi gambaran lebih jelas kepada anda semua! 😎✌

💚DUSUN BONDA💚

👉Dari laman web mereka ~ DUSUN BONDA, a small privately-owned Villas and Bell Tent Glamping site in a fruit orchard, offers a harmonious stay with a breath taking atmosphere and surroundings. DUSUN BONDA is located at Ulu Tamu, Batang Kali, Selangor. It offers kids-friendly facilities, a beautiful serene view alongside a river and man-made waterfall and pool.

It all began with the owner’s love for nature and then came the idea of a family sanctuary, a perfect place to spend quality time with loved ones amidst tropical surroundings.

Rasanya anda boleh faham apa yang diterangkan dalam English. 😅Tak perlu untuk aku translate kan ya. Hehe. Okaylah Dusun Bonda ni bagi aku merupakan tempat yang sesuai untuk anda yang inginkan ketenangan tanpa sebarang gangguan daripada kesibukan di kota. Apa salahnya jika kita mengambil cuti sehari dua dan menginap di kawasan yang sangat cantik dan indah ini setelah berhempas pulas di pejabat kan?

Bertempat dan lokasi di tanah berkeluasan 2.1 ekar dengan dipenuhi pokok buah-buahan tempatan, Dusun Bonda mempunyai 2 unit Studio Villa,  3 bilik Villa ( dalam pembinaan ), 4 unit Khemah Glam 5 meter  dan 4 unit Khemah Glam 4 meter. Secara keseluruhannya, Dusun Bonda mampu dipenuhi sehingga 50 orang dewasa untuk satu-satu malam. 

SUASANA SEKITAR


Review Dusun Bonda, Batang Kali, Selangor | Apa Yang Menarik Di Sini ?
Kolam Buatan

Tempat Makan dan Berehat

Suasana Sekitar

Pintu Masuk


Terdapat juga sungai yang mengalir betul-betul di lokasi Dusun Bonda. Anda boleh mandi di sini ya! Dalam gambar boleh dilihat buaian yang diletak di jambatan. Aku tak sempat nak mandi di sini sebab masa tak mencukupi.

Tandas yang selesa!

Landskap yang menarik!

Contoh Khemah Glam yang turut disertakan dengan pendingin hawa!


TEMPAT AKU MENGINAP


Aku ditempat di Khemah Glam 5 Hillside. Khemah ini berada di bahagian atas atau bukit, berbanding dengan khemah lain. Khemah ini boleh memuatkan 6 orang bagi satu-satu masa. Yang lagi seronok adalah di belakang khemah ini betul-betul terletaknya tandas. Macam khemah lain, ada yang lokasi tandas yang agak jauh. Cuba bayangkan bila malam-malam tetiba rasa nak terb*rak? Macam mana ya? Haha.

Pondok khas di tepi khemah


Boleh dikatakan didalam khemah keadaannya sangat selesa. Pertama pastinya sebab ada pendingin hawa (air-cond), kedua tilam yang sangat selesa untuk baring. Walaupun  memuatkan 6 orang, aku tak terasa terlampau sesak (crowded). Juga disediakan plug untuk mengecas barangan elektronik!

Roomate aku untuk malam tersebut!

Oh ya, liputan bagi line telefon adalah sangat terhad. Macam aku sendiri, menggunakan line Maxis, boleh dikatakan tiada liputan langsung dan hanya akan ada liputan bila mana berada di pekan Batang Kali sahaja. Oleh itu, memang sesuai lah lokasi Dusun Bonda untuk tenangkan fikiran tanpa gadjet. Aku tak pasti pulak dengan liputan daripada line lain.

MAKAN MALAM




Yang paling dinanti-nantikan adalah makan malam! Ye lah, selepas penat bermain dan melakukan aktiviti lasak ( aku ada ceritakan di artikel Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam ), masa untuk mengisi perut pula!


Alhamdulillah, banyak juga makanan yang disediakan! Beberapa kali jugak aku ulang alik ambil makanan, terutamanya ayam goreng.


Nasi sudah semestinya!


Makan malam turut dihiburkan lagi dengan sebuah band khas yang mempersembahkan persembahan menarik, seleksi lagu-lagu melayu dan lagu-lagu terkini.




STARGAZING


Selepas makan malam, kami semua dibawa untuk melihat bintang-bintang di kawasan Empangan Sungai Selangor yang terletak berdekatan.


Malangnya, disebabkan kamera yang tidak berteknologi tinggi, maka bintang-bintang dan keadaan di langit hanya dapat dirakamkan melalui mata sendiri sahaja. Sangat cantik ya gais! Sebab di lokasi ini boleh dikatakan tiada langsung pencemaran cahaya daripada cahaya bandar atau pekan.


PHOTO SHOOT


Aktiviti terakhir sebelum ke meninggalkan Dusun Bonda dan terus ke lokasi berikutnya adalah sesi bergambar. Sesi bergambar sebagai kenang-kenangan adalah sesuatu yang sangat penting sebab lokasi Dusun Bonda dan suasana pagi yang indah! Pancaran matahari yang tidak begitu terik.

Boleh berehat di sini.

Sibuk melihat whatsapp yang tiada notification langsung.

Bergambar di hadapan khemah bersama barangan dan beg yang dibawa.

Pengalaman selama sehari menginap di Dusun Bonda sememangnya satu pengalaman yang sangat menyeronokkan dan pengalaman baru. Satu lokasi yang sangat menarik dan pastinya dapat memberikan anda ketenangan dan keindahan hutan dan rimba.😎✌

--------

Alamat : Lot 2121 (2996) Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor

Telefon : +6012-663 3667
Instagram :  @dusun_bonda
Facebook : dusunbondaresort
Laman Web :  www.dusunbonda.com 

 #MajlisDaerahHuluSelangor #MDHS  #BukitBatuPahat #VM2020 #VisitMalaysia2020


Artikel ini dihasilkan dari program Lawatan Produk Pelancongan @ Hulu Selangor Sempena Kempen VISIT MALAYSIA 2020 Negeri Selangor yang berlangsung dari 03 - 04 Disember 2019.

Post a Comment

15Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. wah sangat menarik. boleh juga buat family day kat sini ^_^

    ReplyDelete
  2. Memang cantik betul tgk Dusun Bonda tu..hunung tahun haritu my family planned nak staycation kat sana tp last minute kena cancel pulak sbb xdpt nk pergi..maybe next time ada rezeki unt dpt pergi huhu..nampak menarik betul semua aktiviti yg boleh dibuat kat sana..

    ReplyDelete
  3. Wow! Bestnya berkhemah sebegini. Tapi boleh bayangkan tak Rawlins yang sejenis tak reti pack light datang berkhemah kat sini? Haha. Tapi mestinya rasa tenang sangat kan.

    ReplyDelete
  4. Cantek sgt tempat camping macam ni..nampak unik dengan lampu2 macam tu

    ReplyDelete
  5. Cantiknya Dusun Bonda nie. So green and serene. Definitely a good place for glamping. Saya pun dah lame x glamping. Rindu nak glamping lagi.

    ReplyDelete
  6. Menariknya Dusun Bonda ni. Kadangkala kalau terlalu lama dekat bandar perlukan masa untuk escape dari suasana dan ke tempat macam ni. Terbaik....

    ReplyDelete
  7. Menarik betul tempat ni..selalu dgr je nama tempat ni tapi tak pernah pulak nak search.. arini dah dapat info.. boleh la kita planning cuti dgn family kat sini...

    ReplyDelete
  8. Selalau dengar je orang duk sebut tempat ni tapi belum ada rezeki nak singgah..one day nak gak merasa bercuti di sini...macam rasa suasana kampung sebenar kan..syokknyaaa

    ReplyDelete
  9. Wow cantik betul lah dusun bonda ni. Khemah nya pun bukan calang2, selesa sangat ni! Eee memang seronok betul tido sini, sekali2 tukar angin!

    ReplyDelete
  10. Bestnya dapat gi tempat cantik dan tenang macam kat Dusun Bonda ni. Pernah dok khemah cam ni masa ke Tanah Aina, nanti bolehlah cuba kat sini pulak

    ReplyDelete
  11. Dusun Bonda ni memang cantik dan tenang saja kan. Dah lama plan nak datang sini tapi tak tahu bila boleh sampai. Takpe plan dulu kan

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak tdo dalam khemah. Tp ni syokla siap ada aircond ea. Xpayah nak katil. Selesa untuk yg suka gaya santai camni.

    ReplyDelete
  13. Seronoknya macam glamping kan. Tak pernah lagi merasa tidur khemah macam tu

    ReplyDelete
  14. Cantiknya khemah glamping nya.. Memang glam habis.. Ni kalau buat trip bff ni memang best.. Tp9 kan nak tanya skit.. Khemah tu dari dalam boleh tutup n lock tak? Ya lah for safety purpose kan.. Kalau pi perempuan semua kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!