Review Novel Fixi : Mereka oleh Ariff Adly

Aerill Hassan
17


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar semua? Kembali lagi dalam sesi review novel Fixi. Alhamdulillah ini merupakan siri ke 19 bagi review novel Fixi. [Bila Fixi nak sponsor buku-buku terbaru mereka 😅] Alhamdulillah, dalam sesi kali ini aku nak review novel Fixi yang aku baru baca beberapa minggu lepas ketika aku pulang ke kampung. Novel ini diberi nama Mereka dan ditulis oleh Ariff Adly



Tajuk : Mereka
Penulis : Ariff Adly
Keluaran : September 2015


SINOPSIS

“Ada orang kat dalam ke?” teriakku, sambil mengetuk pintu tandas.

Bulu roma aku tiba-tiba berdiri. Aku mula berganjak ke belakang. Mungkin aku silap dengar.

Tiba-tiba satu suara tangisan masuk ke dalam telinga. Aku kembali merapatkan diri pada pintu tandas, dan mengetuknya. “Ada orang kat dalam ke?”

Suara tangisan itu masih ada. Aku menarik nafas dalam-dalam, dan menolak perlahan-lahan pintu tadi.

“Cik, saya nak masuk ni. Cik okay ke?”

Tangisan tadi datangnya dari kubikel keempat yang letaknya di hujung. Setibanya aku di hadapan pintu keempat, tangisan itu berhenti.

“Cik? Cik okay ke? Tempat ni dah nak tutup dah. Apa kata…”

“Hik!” Selepas beberapa ketika, suara tangisan itu diganti dengan suara baru. “Hik. Hik. Hihihihi! Hik!”

Ah, ni sial.


REVIEW

Plot agak berterabur dan serabut. Jujur aku nak berikan pendapat bahawa plot dalam Mereka agak berterabur dan juga serabut terutama selepas mereka semua ke 'dunia lain'. Mungkin sebab banyak babak bertarung dengan makhluk-makhluk pelik, juga situasi yang dihadapi oleh mereka yang berpecah. Dari segi penceritaan mungkin boleh disusun supaya lebih teratur.

Karakter yang banyak tapi kebanyakannya sama. Kadang-kadang ketika aku membaca aku agak keliru dengan beberapa watak yang munculnya beberapa ketika sahaja. Mungkin tiada sebarang tanda atau istimewa bagi beberapa watak tersebut yang membuatkan aku lupa dengan watak tersebut.

Plot twist kurang berkesan. Seperti biasa, jika membaca novel Fixi, aku pastinya ternantikan plot twist. Ya, plot twist dalam Mereka ada, tetapi sepertinya sudah dapat diagak. Tapi aku juga dapat kesan yang ianya agak mendatar. Kalau sebelum ini plot twist merupakan klimaks bagi pembacaan tapi kali ini aku rasa mendatar.

Luar kotak. Imaginasi penulis yang sangat tinggi barangkali. Banyak babak dalam Mereka yang perlukan kita membayangkan sesuatu yang tak pernah aku tengok aau bayangkan. Pada mulanya aku ingatkan ini novel seram. Jadi aku dah sedia awal-awal untuk uji tahap keseraman. Tapi, langsung tak seram ya! Lebih kepada misteri.


BINTANG :⭐⭐

Sekian

Post a Comment

17Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. waalaikumussalam. wah menarik sangat, terus rasa teringin nak baca semua siri novel fixi ^_^

    ReplyDelete
  2. Jujurnya pestime dengar nama penulis tu, dan Sis tak tau nak komen macam mana..
    Tapi dari hasil review Khairil, Sis tau novel ni penuh dengan misteri sebab masing-masing menantikan apa akan terjadi dan bila kata plot twist tu, haaa tu mesti jadi geram membacanya hehehehe..

    Bilalah mood nak membaca Sis ni nak start...

    ReplyDelete
  3. saya suka review buku yang jujur cmni. Tak semua benda perlu sugarcoat. Fixi punya novel hampir semua suka nak masukkan elemen plot twist walau kdg2, dia ada yang x menjadi

    ReplyDelete
  4. sudah lama tak baja novel. tengok sudah nak beli baca juga la. nice review

    ReplyDelete
  5. Ala... Bintang dua aje ke.. Selalunya buku fixi ni smuanya best jugak. Hehe. Dah lama fafa tinggalkan membaca novel ni.

    ReplyDelete
  6. it's good to read a book when free! Thanks for your useful review of this book. will check it out

    ReplyDelete
  7. Dah lama tinggalkan hobi membaca nak2 novel. Ermm ramai dh penulis baru skrg ni. Xpernah dengar lg nama penulis ni. Sipnopsis nampak menarik.

    ReplyDelete
  8. wah.. dah lama tak baca review buku macam ni.. selalu baca yang pendek-pendek dan biasa-biasa je.. tapi entri yang ni memang manggambarkan keseluruhan cerita dalam novel ni.. samada ok atau biasa2 aje..

    ReplyDelete
  9. Wah. Review novel ye now. Rawlins dulu suka baca Fixi tapi now dah berganjak ke Buku Prima dan KakiSeram. Lagi kaw seramnya

    ReplyDelete
  10. Lama x baca buku fixi. Anak3 sy mmg penggemar genre ni.. cerita dia ada sukspen sikit heheh

    ReplyDelete
  11. Mcm tak pernah baca lagi Fixi ni... Sejak2 ada anak ni.. Nak pegang buku pun xsempat.. Byk baca apa2 dekat fon ja sebab time anak2 tdoq.. Bilik da gelap... Hanya dpt baca fon.. Itu pun lpas 5 minit.. Mak pun berlayar bersama2 dengan anak2 nya

    ReplyDelete
  12. Ingat novel seram..adeii baru nak baca. Tapi kebanyakan novel FIXI best-best. Tunggu Qiss rajin baca buku dulu baru nak baca novel ni..hahah

    ReplyDelete
  13. Hehe ingat novel coronavirus tadi hahah..alaaa kte suka baca novel tp suka cte thriller seram2 bunuh2 hahah

    ReplyDelete
  14. Ouh bukan novel seram eh.

    Lebih kepada misteri gitu ya aerill.

    Patutlah 2 star ja. Halan cerita pun berterabur dan menggelirukan.

    ReplyDelete
  15. Lama tinggal novel. Hehe. Baca sinopsis pun berbaur misteri. Tapi macam memang berterabur sangat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!