Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Sebelum memulakan artikel yang panjang ini, aku ada soalan yang nak diajukan. Ada tak sesiapa yang berasal dari Daerah Hulu Selangor? Kalau ada, tahu tak tempat yang menarik di dalam daerah tersebut? Tak tahu?😏 Tak apa, kali ini aku akan kongsikan beberapa tempat menarik dan aktiviti yang anda boleh lakukan di sekitar Daerah Hulu Selangor.
😎DUSUN BONDA, BATANG KALI😎
Dusun Bonda, Batang Kali merupakan sebuah lokasi indah yang sesuai untuk anda ber-glamping di dalam kawasan yang dijaga rapi. Menawarkan pelbagai fasiliti menarik disamping aliran sungai dan juga air terjun dan kolam buatan manusia.
Pengalaman aku menginap selama satu malam di Dusun Bonda sememangnya pengalaman yang menarik. Pengalaman pertama kali aku ber-glamping di tengah-tengah hutan, tetapi penuh dengan dekorasi yang cantik lagi indah.
Alamat : Lot 2121 (2996) Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor
Telefon : +6012-663 3667
Instagram : @dusun_bonda
Facebook : dusunbondaresort
Laman Web : www.dusunbonda.com
😎GENTING STRAWBERRY LEISURE FARM😎
ARTIKEL👉 : Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm
ARTIKEL👉 : Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm
Genting Strawberry Leisure Farm ataupun dalam bahasa kebangsaan Taman Santai Strawberi Genting ini merupakan antara ladang strawberi terbesar di Malaysia! Terletak di sempadan antara negeri Selangor dan negeri Pahang, Genting Strawberry Farm Leisure ini sememangnya menjadi tarikan yang menarik di Genting Highland.
Pengalaman yang seronok kerana bukan sahaja ada strawberry, tetapi pelbagai lagi tarikan menarik lain seperti ladang bunga yang cantik dan penuh warna warni, restoran bertemakan strawberry, gerai-gerai menjual cenderamata, tempat menjual madu dan sebagainya!
Facebook : Genting Strawberry Leisure Farm
Telefon : 03-6100 1152
😊Dibuka setiap hari, tiket masuk ke Genting Strawberry Leisure Farm ini hanyalah RM 15 untuk pengunjung dewasa manakala RM 10 untuk pengunjung kanak-kanak dibawah umur 12 tahun. 😊
😊Dibuka setiap hari, tiket masuk ke Genting Strawberry Leisure Farm ini hanyalah RM 15 untuk pengunjung dewasa manakala RM 10 untuk pengunjung kanak-kanak dibawah umur 12 tahun. 😊
😎PARAGLIDING BUKIT BATU PAHAT😎
ARTIKEL 👉: Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Kubu Bahru, Selangor
ARTIKEL 👉: Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Kubu Bahru, Selangor
Mengenai aktiviti Paragliding di Kuala Kubu Bahru ini, lokasi take-offnya adalah di puncah Bukit Batu Pahat iaitu sekitar 1400 kaki daripada aras laut manakala tempat mendarat pula adalah di mini stadium Millenium, Taman Millenium. Perjalanan ke puncak bukit akan dibawa oleh pihak paragliding itu sendiri dengan menaiki 4 Wheel Drive (4WD) terus ke puncak bukit yang mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.
Pakej yang ditawarkan untuk mereka yang berminat adalah sekitar RM200 - RM300 sahaja iaitu termasuk dengan kenderaan, insurans dan juga video.
Kepada yang berminat boleh hubungi En Nazri Paragliding KKB di 019-2191144
😎TERATAK RIVERVIEW ULU BERNAM😎
ARTIKEL👉 : Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam
ARTIKEL👉 : Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam
Teratak Riverview merupakan sebuah resort berhadapan dengan Sungai Bernam. Sesuatu yang unik adalah sungai ini merupakan sempadan antara Perak dan Selangor.
Resort ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti :-
➤ Chalet
➤ Tempat Perkhemahan
➤ Asrama
➤ Dewan
➤ Surau
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang tersedia di sini adalah seperti :-
😊Tubing
😊Water Confident
😊Rentas Halangan
😊Flying Fox
😊Abseiling
😊Tempat Berbasikal
😊Paintball
😊Jungle Trekking & Night Walk
😊Kem Motivasi & Ceramah
😊Hari Keluarga
👉HUBUNGI :
🕿 MOHAMAD NOOR HAKIM BIN KASSIM
013 - 533 5033
🕿 NORHANAH BINTI MD NOOR
019 - 511 5033
🕿 MUHAMMAD NOOR HAZIQ BIN MOHD NOOR HAKIM
017 - 343 1346
👉PEJABAT
Lot No.10 Jalan Kemudi 2A/2, Fasa 2, Laman 1, Taman Bernam Jaya, 44100, Kerling, Selangor.
👉EMAIL : teratakriverview@yahoo.com
👉WEBSITE : teratakriverview.blogspot.com
😎BANTAL LENTOOQ😎
Kedai Melissa mengeluarkan satu jenama bantal kekabu iaitu Lentooq. Bantal kekabu sememangnya terkenal sebagai sebuah bantal yang sangat berkualiti dan tahan lama. Selain itu, Kedai Melissa juga menghasilkan sarung bantal, cadar dan pelbagai lagi produk berasaskan bantal dan tilam.
Lokasi kedai ini adalah di Batang Kali, bantal Lentooq ini juga dijual di Shopee dan sebagainya dan seringkali mendapat tempahan daripada hotel dan sebagainya.
Address: 33, Jln Mahagoni 7/3, Pekan Batang Kali, 44300 Batang Kali, Selangor
Emel : kedaimelissa28@gmail.com
Telefon : 012-6403798
😎PEMBUATAN KERIS😎
Pembuatan keris oleh Datuk Azmi Azhar di Kuala Kubu Bahru. Sudah ratusan atau ribuan bilah keris yang telah dijual dan ditempa sepanjang beliau berkecimpung dalam bidang ini. Pernah juga beliau menjual keris dengan harga mencecah ribuan ringgit.
Proses Menempa Keris
Salah satu cara melihat pembuatan keris itu sama ada mempunyai keseimbangan yang baik atau tidak adalah dengan bantuan sarung keris itu sendiri sebagai penyendal.
Facebook : Anjong Charandong
------
------
Jadi, dah sampai ke penghujung artikel. Bagaimana? Menarik kan tempat-tempat dan aktiviti yang terdapat di daerah ini? Ya, tak perlu nak ke luar negara sedangkan di dalam negara masih banyak tempat menarik yang boleh dilawati. ✌😎
Sekian
#MajlisDaerahHuluSelangor #MDHS #BukitBatuPahat #VM2020 #VisitMalaysia2020
Artikel ini dihasilkan dari program Lawatan Produk Pelancongan @ Hulu Selangor Sempena Kempen VISIT MALAYSIA 2020 Negeri Selangor yang berlangsung dari 03 - 04 Disember 2019.
bantal lentooq tu sure best tu...jauh juga di batangkali tu..tp ada jual kt shopee bole try bli online...dusun bonda tu menarik gk...tq for sharing tmpt2 menarik ni
ReplyDeleteSebelah Suami yang duk Selangor pun Sis tak pernah lagi sampai ke semuanya ni...banyak tempat menarik ek..dan selalu orang cite tu haa, stoberi park kat Genting tu..hrtu pi Genting pun nak singgah masuk, sekali, ermmm mahai oii bayo hahahhaa
ReplyDeletemenarik. pernah tau pasal paragliding je lain-lain first time. bokeh la weekend gateway lepas ni.
ReplyDeleteOwhhh banyak rupanya tempat menarik boleh dikunjungi di hulu selangor. Tp xramai yg tahu. Ini pon first time dgr ada kebun strawberry kat situ.
ReplyDeleteAlamak belum oernah sampai ke tempat tempat yg disebutkan ni. Terbukti negara sendiri pun banyak tempat menarik... rasa macam nak kembali ke zaman remaja haha
ReplyDeleteBoleh la cuti cuti malaysia lepas ni. Banyak tempak menarik. Memang tengah cari bantal juga.Boleh la beli
ReplyDeleteTAK pernah sampai lagi ke Hulu Selangor. Tapi tau la pasal Dusun Bonda ni. Untuk mereka yang sukakan nature maybe ni la tempat yang sesuai
ReplyDeleteGood review on this beautiful places. You gave me ideas on what to do and where to visit in Selangor. Thank you for sharing.
ReplyDeleteDusun Bonda dan juga Genting strawberry farm tu yang nampak best dan menarik hehehehe rasa macam bila habis berkurung ni nak keluar jer pergi tempat macam tu cari ketenagan hehehehee...
ReplyDeletestroberi kat genting tu aida teringin nak gi. lama tau dah, just takde peluang lagi.
ReplyDeletedekat skit compare to cameron highlands.
e'eh. dah kluar bantal lentoq plak :) ha ha ha ha...
Sis pernah buat paragliding..fuhh mmg seronok. Now teringin pulak nak cuba duduk kat dusun bonda. Dh abis pkp ni nanti nak gi lah..:)
ReplyDeletewah menariknya stoberi kat genting tu. belum berpeluang lagi saya nak pi. insyaAllah nanti bolehlah singgah
ReplyDeleteTak pernah sedar pun banyak tempat menarik kat Hulu Selangor. Selalu pergi rumah makcik je kat belah-belah sana tu.
ReplyDelete