Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan serta pencinta makanan. Kenapa pencinta makanan? Sebab utamanya adalah artikel kali ini 100% adalah berkenaan makanan! Kali ini aku nak berkongsi dengan anda satu tempat menarik untuk makan di mana pelbagai menu menarik ada disini. Oh ya, selain itu aku jugak sempat merasa beberapa menu di sini, jadi aku akan memberi review sama ada makanan itu sedap atau tidak? Jadi, jom baca sehingga ke penghujung artikel ya!✌😎
TENTANG HUD CAFE
Pertama sekali aku nak ceritakan tentang Hud Cafe ini terlebih dahulu. Untuk pengetahuan anda, Hud Cafe ini telah dibuka pada bulan Jun 2019 dan menjadi salah satu tempat yang menjadi tumpuan pengunjung di Sri Hartamas termasuklah dari kalangan orang tempatan dan juga orang luar negara! Hud Cafe ini dimiliki oleh Ahmed Mahmoud yang berasal dari negar Qatar.
Hattem Waddah, CEO Hud Cafe berkata "A place to dine when you want casual food, without the pressure of dining to match. Our chef does a phenomenal job at creating unique dishes and the opportunity to give Sri Hartamas diners a chance to taste the passion put into our dishes, especially on a day of such love and togetherness".
Beliau juga menambah, “Our goal here is to allow Hartamas Shopping Centre diners to experience the many flavors offered on our menu and keep the price affordable.”
MENU BAHARU
Menu baharu telah pun dilancarkan oleh Hud Cafe bermula pada 20 Februari 2020 yang lalu. Ia termasuklah makanan Arabic, Western, mexican dan beberapa minumam terbaru.
Menu baru ini termasuklah dengan menu menarik seperti Salad Taco, Calzone Pizza, dan juga Sizzling Fajitas. Selain itu, terdapat juga pakej Mini Catering serendah RM10/pax.
MENU HIGHLIGHT
[ Gambar tidak mengikut susunan dan senarai menu highlight ]
👉MANDI CHICKEN
Smoked rice with saffron curry pest & tumeric powder with marinated chicken. Complimented with mix vegetables, soup & sahaweq.
👉BEEF TACO
Traditional Mexican dishes consisting of 2 flour tortilla filled with minced beef, greens, cherry tomatoes, onion, taco seasoning and cheese sauce. Fries as sides.
👉TAJIN LAMB
Lamb cube cooked with zuchini, homemade tomato sauce and herbs.
👉CHICKEN ALFREDO PASTA
Spaghetti tossed with butter, cream & cheese. Topped with grilled chicken breast. Creamy, comforting, absolutely delicious.
👉ARABIC CHICKEN SHAWARMA
Sliced grilled chicken with salads, garlic sauce & seasoned french fries.
PERANCANGAN MASA HADAPAN
Ruang yang luas serta mampu memuatkan seramai 120 pax ini memberikan suasana makan yang menarik, tenang dan relaks. Jurucakap PR , Kishen Sreedharan dengan visi kreatif chef telah berjaya menghasilkan konsep baru untuk Hud Cafe ini.
Mereka yang dibelakang Hud Cafe ini percaya bahawa bisnes ni bukan sekadar untuk keuntungan sahaja, tetapi ia juga adalah sebagai salah satu keupayaan untuk memberi kepada masyarakat, satu langkah pada satu-satu masa. Sejumlah keuntungan akan digunakan semula untuk pembangunan dan kualiti untuk komuniti melalui beberapa cara dan kaedah.
In shaa Allah, kemungkinan akan ada pembukaan dua lagi cawangan terbaru dalam tahun ini (Festival City Mall, Mac 2020 & lokasi lain, Mei 2020.)
---------
REVIEW MAKAN
Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan. Setelah bercerita panjang lebar mengenai Hud Cafe dan sebagainya, mari kita lihat pendapat dan review aku mengenai makanan yang sempat dirasa. ✌😎
FATTAH CHICKEN
HARGA : RM23
Pertama kali mengenali dan melihat menu ini. Fattah Chicken ini merupakan makanan khas yang disediakan oleh chef di sini. Kalau sebelum-sebelum ni di restoran makanan arab, menu makanannya sering kita dengar, tapi kali ini sangat berbeza!
Untuk rasa Fattah Chicken ini, rasanya sangat berbeza. Kuah dan ayam yang berada elok itu rasanya begitu sedap dan terasa bagaikan di Mesir. Oh ya, satu lagi yang menarik adalah bila adanya kepingan roti di bahagian bawah. Sangat sedap sebab ia rasa yang unik! Untuk hidangan bersaiz ini dengan harga ini, bagi aku sangat berbaloi untuk dua atau tiga orang makan. ⭐⭐⭐⭐
MANDI CHICKEN
HARGA : RM 18
Seterusnya adalah Mandi Chicken. Rasanya ramai yang dah pernah dengar kan? Kebiasaannya dan selalunya memang di restoran makanan arab akan ada menu ini. Tapi nak tahu apa istimewanya mandi chicken di sini?
Pertama adalah rasa rempahnya. Rempah yang dimasak untuk ayam ini berbeza daripada restoran lain. Oh ya, aku ada jugak beberapa kali review restoran makanan arab dan yang pasti Mandi Chicken disini berbeza ya! Sedap, dan sangat mengenyangkan! Saiz hidangan juga besar. Sesuai untuk seorang atau dua orang makan! ⭐⭐⭐⭐
FRIED PIZZA
HARGA : RM 18
Pernah dengar tak piza yang digoreng? Tak pernah? Ha, inilah masanya untuk anda dengar! Pertama kali jugak aku dengar dan nampak menu ini. Fried Pizza ini merupakan hasil ciptaan chef untuk memberi rasa yang unik. Rakyat Malaysia kan suka makanan bergoreng?
Untuk menu ini, bagi aku ia sesuai untuk dimakan ketika lepak bersama rakan atau keluarga. Ya, saiz hidangan yang banyak. Aku rasa cukup hanya hidangan ini sahaja, sudah kenyang. Tapi kalau nak tambah menu lain, boleh sahaja! ⭐⭐⭐⭐
TAJIN CHICKEN
HARGA : RM 25
Untuk menu makanan terakhir ini, ia sangat unik kerana menampilkan menu daripada Mesir. Tajin Chicken ini bagi aku satu menu yang unik dan penuh dengan budaya Mesir. Untuk mereka yang sukakan keju leleh dan sebagainya bolehlah memesan menu ini.
Yang lebih menarik adalah ada cara yang perlu anda gunakan untuk memotong bahagian makanan ini. Bahan yang terdapat dibahagian dalamnya sedap, berperisa menarik. Ini pun bagi aku dah cukup mengenyangkan dan saiz hidangan yang sesuai untuk 2 atau 3 orang. ⭐⭐⭐⭐
SIGNATURE MILK TEA & ICED LEMON TEA
HARGA : RM 11 & RM 9
Antara minuman terbaru juga disini. Pendapat aku adalah berbaloi dengan harga. Saiz yang besar dapat menghilangkan dahaga diwaktu cuaca yang panas! Antara dua ini, aku lagi suka yang disebelah kanan.⭐⭐⭐
SMOOTHIE PASSION FRUIT & MANGO
HARGA : RM 12
Untuk Smoothie pulak, seperti biasa ia manis, dan menyejukkan badan. Mungkin untuk makanan yang berat-berat tak perlu pesan smoothie ni. Tapi kalau macam nak lepak, ada meeting di sini atau sebagainya, aku syorkan untuk memesan smoothie ini. ⭐⭐⭐
-------
Sebagai penutup, (dah macam karangan SPM pulak) aku sangat syorkan kepada anda semua yang sukakan makanan bercitarasakan lain daripada makanan tempatan, dengan harga yang berpatutan dan saiz hidangan yang besar untuk datang ke HUD CAFE!
Alamat : Ground floor, P-02B, Hartamas Shopping Center , Jalan Sri Hartamas 1, 50480, Kuala Lumpur
Laman Web : www.hudcafe.com
Telefon : 03-62064054
SEKIAN
Sedap nampak semua makanan. Nampak berbaloi. Kalau blog saudara banyak hal makanan, apa kata lepas ni masukkan sekali jumlah kalori bagi satu pinggan hidangan. Rasanya ramai ada pertambahan maklumat yang orang kini dah alert
ReplyDeleteI don't really have much knowledge on Middle Eastern food. I would like to give this Cafe a try. The food look authentic delicious too.
ReplyDeleteTerliur tengok makanan minuman kat situ.. Cafe pun cantik.. Tergoda dengan Mandy Chicken dan ice lemon tea tu.. Meleleh haha
ReplyDeleteBarubtahu ada restoran baru dekat Hartamas. Nampak sangat dah lama tak ke sana.. mentik pandangan betul dgm Tajin lamb tu.. aiishhh kena pergi jugak ni sementara belum berpantang ni
ReplyDeleteWah ada pelbagai jenis makanan yang ada ya di Kafe Hud. Teringin nak makan makanan Mexico. Bolehlah menyinggah di Hartamas. Dekat je ni.
ReplyDeletewow, best yer pilihan makan kat sini. lama betul tak pergi makanan nasi arab ni. harga pun quite reasonable. nnt boleh la try makan sini
ReplyDeletemenarik jga ni. rupanya cafe dengan menu berasaskan makanan timur tengah. menarik yang tajin beef tu, peminat cheese
ReplyDeletebanyak nya makanan dia !!!!! dulu hartamas ni kosong je, sekarang dah meriah dengan kedai makan yang pelbagai.. best je sesekali lepak sana tukar selera..
ReplyDeleteweiii sedapnya semua makanan tu..beef taco tu..ya ampun..boleh try ni..lama tak makan dekat kawasan sana.
ReplyDelete