Assalamualaikum dan salam sejahtera
Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Disebabkan masing-masing berada di rumah, jadi aku rasa aku perlu kongsikan perkara berkaitan dengan hal yang sedang berlaku iaitu COVID19. Tapi bukanlah nak berbicara tentang virus tersebut tetapi langkah kebersihan diri iaitu penggunaan hand sanitizer. Penggunaan hand sanitizer sekarang ini telah menjadi salah satu rutin harian bagi ramai orang. Tapi tahukah anda bahawa membasuh atau mencuci tangan menggunakan air dan sabun lebih baik?
Aku ada baca di satu laman web yang mengatakan bahawa penggunaan hand sanitizer hanya untuk ketika dimana tiada akses untuk air dan sabun. Jadi, hand sanitizer merupakan pilihan kedua sahaja, kerana jika ada air dan sabun, gunalah air dan sabun. Oh nak tahu kenapa? Baiklah, aku ada baca artikel di hellodoktor, dan ada senarai beberapa kesan buruk penggunaan hand sanitizer.
Artikel Berkaitan : [ COVID-19 Boleh Tersebar Melalui Cirit-Birit? Ini Pendapat Saintis ]
APA ITU HAND SANITIZER?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, apa kata kita mengetahui terlebih dahulu berkenaan cecair pembersih tangan ini?
Hand sanitizer dicipta untuk tujuan kegunaan individu yang bekerja di kawasan yang memerlukan kesedaran mengenai kesihatan yang tinggi, seperti hospital, klinik, farmasi, mana-mana pusat kesihatan dan sebagainya.
Ia adalah sejenis cecair yang sangat berguna dan berjasa kepada golongan doktor, jururawat, ahli farmasi dan pekerja yang bekerja di pusat kesihatan yang penuh dengan pesakit.
Ini kerana ia dikatakan sangat membantu golongan ini membunuh kuman, bakteria atau virus yang sering berada pada tangan mereka akibat menyentuh atau merawat pesakit.
Hand sanitizer mengandungi pelbagai sebatian seperti air, ejen pewangi, glycerin, ethanol, triclosan, isopropyl dan N-propanol sebagai bahan ramuan yang aktif dan berfungsi sebagai antiseptik.
Pun begitu, produk ini boleh digambarkan sebagai indah khabar dari rupa. Cecair yang dikatakan kononnya boleh membersihkan sepenuhnya tangan dari segala anasir buruk ini tidak begitu efektif seperti yang disangka. Bahkan, terdapat banyak keburukan hand sanitizer ini kepada penggunanya!
6 KESAN BURUK HAND SANITIZER
Menurut U.S. Food and Drug Administration (FDA), bahan-bahan yang terkandung dalam cecair pencuci tangan ini mungkin akan mendatangkan beberapa risiko yang tersembunyi, seperti:
#1. Menjadikan tubuh badan kebal antibiotik
Untuk pengetahuan anda, antibiotik sangat efektif dalam melawan bakteria. Namun, apakah yang akan terjadi sekiranya tubuh badan anda kebal terhadap antibiotik? Ini sudah tentu sekali akan membuat kuman dan bakteria bermaharajalela dalam tubuh badan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) pada 2011, didapati bahawa pekerja di sebuah tempat kerja lebih berisiko dijangkiti norovirus jika menggunakan hand sanitizer berbanding mencuci tangan menggunakan sabun.
Jelas sekali, sifat cecair pencuci tangan yang rintang antibiotik ini hanya akan membuat kuman dan bakteria ‘kebal’ di dalam tubuh badan kita.
#2. Membuat kulit lebih kering
Ramuan yang terdapat dalam cecair pencuci tangan ini seperti ethanol, isopropyl, dan N-propanol boleh menyumbang kepada keburukan hand sanitizer.
Ini kerana bahan-bahan ini adalah antara jenis alkohol yang boleh mengeringkan kulit jika ia terkena pada mana-mana bahagian kulit pada tubuh badan.
Bukan itu sahaja, ia juga malah akan merengsakan kulit dan membunuh segala sel kulit yang terhidrat dan membuang minyak semula jadi serta acid mantle, sekali gus meninggikan risiko dermatitis kontak.
Anda pasti tidak mahu ini terjadi kepada tangan anda, bukan?
#3. Membuat proses penuaan kulit lebih pantas
Selain membuat kulit lebih kering, keburukan hand sanitizer yang lain pula adalah ia akan menyebabkan kulit lebih cepat mengalami penuaan.
Untuk lebih faham, penggunaannya yang terlalu kerap akan mengakibatkan timbulnya garisan dan kedutan pada kulit selain merosakkan keremajaannya.
Ini kerana bahan alkohol yang disebutkan tadi akan merosakkan sistem pertahanan semula jadi kulit sekali gus mengurangkan keupayaannya untuk melindungi diri dan seterusnya meningkatkan risiko dehidrasi berlaku.
Ini adalah punca kulit tangan anda nampak lebih tua, berbeza dengan kulit wajah!
#4. Keracunan alkohol
Bukan itu sahaja, antara keburukan hand sanitizer yang lain adalah ia mungkin boleh menyebabkan keracunan alkohol.
Hanya kerana produk yang anda guna tidak mengandungi triclosan, tidak bermakna ia selamat digunakan ya? Terdapat banyak jenis alkohol lain yang ada di dalam cecair pencuci tangan ini, boleh mengakibatkan keracunan alkohol.
Pada Mac 2012, 6 remaja yang tinggal di Amerika Syarikat terpaksa dikejarkan ke hospital akibat keracunan alkohol selepas didapati meminum hand sanitizer. Ya, ia memang satu perkara yang bahaya dan perlu diberi perhatian lebih.
Namun, janganlah anda menyangka bahawa keracunan alkohol hanya disebabkan anda meminumnya. Dengan menyapunya secara berlebihan juga boleh mendatangkan risiko!
#5. Melemahkan sistem imuniti tubuh badan
Selain yang disebutkan di atas, triclosan yang terdapat dalam cecair pencuci tangan ini boleh melemahkan sistem imunisasi pada tubuh badan yang berfungsi melawan penyakit.
Bagaimana ia berlaku? Menurut kajian yang dijalankan oleh University of Michigan School of Public Health, triclosan akan menjejaskan sistem imunisasi sekali gus menyebabkan individu lebih mudah mendapat alahan dan lebih terdedah kepada bahaya toksik Bisphenol A, yang biasa ditemui dalam plastik.
Pendek kata, hand sanitizer akan membuat tubuh badan menjadi lemah dan kurang efektif dalam melawan beberapa jenis penyakit.
#6. Ia tidak 100% berkesan
Jelas Aaron E. Glatt yang merupakan Naib Presiden Mercy Medical Center di Amerika Syarikat, penggunaan hand sanitizer mungkin benar dapat membantu membunuh kuman dan bakteria yang terdapat pada tangan kita, namun bukan 100%.
Sebagai contoh, beliau menerangkan bahawa cecair pencuci tangan ini tidak berkesan untuk melawan virus C. difficile, yang boleh menyebabkan keradangan pada kolon yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.
Artikel Berkaitan : [ Perbezaan Novel Coronavirus dan SARS Coronavirus ]
APA PILIHAN YANG ADA?
Hakikatnya, terdapat banyak keburukan hand sanitizer. Jadi, untuk apa merisikokan diri anda dengan terus menggunakan cecair pencuci tangan ini jika anda ada pilihan untuk mencuci tangan menggunakan sabun dan air?
Menurut kajian pada tahun 2000, hand sanitizer dikatakan tidak mampu mengurangkan amaun kuman dan bakteria yang terdapat pada tangan kita malah meningkatkannya! Jadi, bertukarlah kepada sabun dan air okay!
* Macam yang aku beritahu dekat atas, penggunaan hand sanitizer ini adalah bila mana keadaan anda tiada akses untuk sabun dan air. Aku sendiri menggunakan hand sanitizer ketika berada di tempat-tempat yang tiada air dan sabun. Contohnya di dalam tren, di dalam bas, di Pejabat Pos dan sebagainya. Tapi kalau ada akses pada air dan sabun, pasti aku akan gunakan pilihan itu terlebih dahulu.
Sumber : Hellodoktor.com | Google Image
Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
daripada tiada baik ada
ReplyDeletepada aida, pe pun yg digunakan berlebihan, tak ikut instructions, memang bwk kesan yg buruk.
ReplyDeletefolo instructions.
pakai bila takde air.
kalau ada sumber air mengalir dan sabun, nape nak guna hand sanitizer kan?
Betul..dari takde baiklah ada..tapi kalau anak ada enzema kena jaga-jaga pilih sanitizer..anak kawan dah kena, habis naik ruam semua, mungkin tak boleh guna yang ada akohol..
ReplyDeleteKalau ada air dan sabun guna dulu tapi kalau xda, hand sanitizer menjadi pilihan
ReplyDeletePro dan contra tetap ada. Kena ballance jaga kebersihan ni. Akak guna hand sanitizer apabila keluar aje. Tapi once balik rumah mesti mandi / cuci tangan. Walaupun kat rumah kena jaga kebersihan dan batuk bersin attitude harus dijaga. Tambahan kalau ada org tua dan anak kecil.
ReplyDeletekalau kat rumah iena guna air and hand wash je. iena guna antibacterial handwash. Sanitizer utk kegunaan diluar rumah :)
ReplyDeleteOwhh baru tahu ada keburukannya. Yes, pakai hand sanitizer bila kat luar je. Balik rumah cuci bersih2 guna sabun. N kena kerap mandi supaya sentiasa bersih
ReplyDeleteIkut keadaan lah bila gunakan hand sanitizer. Membersih tangan dgn sabun memang lebih efektif sebab sabun ada triclosan yang boleh larutkan lipid atau protein pada virus. Btw better la pakai dua2 utk keselamatan diri.
ReplyDeleteSis dr dulu mmg kemana mana ada je dlm beg sis benda ni..lbh2 lg kalau keluar negara. Tapi kalau kat rumah mmg air je yg jd pembersih sis..la ni tak kuar mana2 dlm rumah je..so main gan air je lah skrg ni
ReplyDeletehuda pun prefer guna air dan sabun. Di saat hand sanitizer harga makin mahal dan stok asyik habis jer. huda kemana2 pun bawa sabun sendiri untuk cuci tangan. Lagi pun x suka tangan jadi kering
ReplyDeletetapi time2 covid ni memang sangat memerlukan sanitizer ni terutama kalau kita di luar rumah
ReplyDeleteQiss guna je kalau ada keperluan nak keluar. Selalu duk rumah memang tak guna. Kalau jumpa tandas kat luar Qiss lagi suka sabun tangan sebab sejenis manusia tak suka ada benda asing kat tangan..huhu
ReplyDeleteKalau tengah traveling tu ok la kan. Selain tu, Rawlins pun suka sabun dan air better. Wangi dan banyak kat rumah. Dah la sekarang sanitiser nie buruan ramai
ReplyDeleteSaya ada hand sanitizer di rumah juga. Pergi mana mana pun bawa tapi kalau ada sabun dan air basuh tangan guna sabun saja. Hand sanitizer memang tak pakai. Tapi kalau tak ada sabun baru guna hand sanitizer
ReplyDeleteMemang ada je simpan dalam beg tangan ni. Tapi guna bila perlu saja terutama bila kita tiada akses air untuk cuci tangan kita tu. Bila baca balik semua keburukan tu, seram pulak dengarnya.
ReplyDeleteThis investigation decided the wellbeing and sanitation practices of the Grade VI students in chose government funded schools in the area of Diadi, Province of Nueva Vizcaya, Philippines.Surgical gloves
ReplyDeleteMicroorganisms can't change against these characteristic substances since they contain many constituents that can differ by slight sums relying upon the developing season and even the developing area. Good quality hand sanitizers alcohol
ReplyDeleteOut of sight doesn’t always mean out of mind. From bed bugs and ants, to cockroaches and rats, it can be hard to see where pests are hiding. But pests are a serious problem that can be damaging to your home, or worse, your health. Pest Disinfection and Sanitization Service Melbourne
ReplyDelete