Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar buat semua pembaca dan pencinta kisah seram? Kembali lagi kita dalam rancangan "Kisah Seram Apa Minggu Ini?" Setelah hampir sebulan tak bersiaran, rancangan ini kembali lagi menampilkan kisah-kisah seram yang membuatkan anda tidak boleh tidur malam!
Kisah seram kali ini adalah lebih kepada pengalaman seorang yang mempunyai kisah-kisah seram melalui jalan-jalan yang dikatakan seram. Jom kita baca sehingga tamat. Mungkin anda pun pernah melalui jalan yang sama?
1. Highway Grik-Jeli.
Aku pernah melalui lebuhraya ni pada waktu pagi-pagi buta. Bertolak dari Taiping menuju ke Pasir Mas, perjalanan dimulakan jam 12 tengah malam. Sampai di RnR dekat kawasan Gerik dalam pukul 1.30/2.00 pagi. Aku berdua dengan seorang rakan yang nak mengambil isterinya di Pasir Mas. Jam 2.30 pagi kami mulakan kembali perjalanan ke Kelantan, aku memandu KE30 milik aku yang siap berpasang spotlight hella. Nasib baik pasang spotlight, kalau tidak mampus tak nampak apa benda. Pasang spotlight pun vision lebih kurang 8-10m ke depan sahaja. Seingat aku tak ada yg seram kecuali aku sahaja yang gatal fikir yang bukan-bukan.
Pengalaman kawan aku ulang-alik ke Politeknik Kota Bharu pun macam tu jugak. Dia tunggang motosikal sorang diri tengah- tengah malam balik dari Taiping menuju Kota Bharu, sampai Kota Bharu terus attend kelas. Bila aku tanya, kata beliau tak pernah jumpa apa2 yang menyeramkan.
Sepupu aku pulak, drive BMW E30 beliau, pernah pancit tayar tengah-tengah hutan banjaran titiwangsa tu, tengah-tengah malam semasa dalamm perjalanan utk bercuti di Kenyir. Selamba sahaja tukar tayar spare seorang diri dengan keluagra semua berada dalam kereta. Tapi kata beliau, huh seram tak ingat la macam-macam bunyi makhluk hutan ada.
Tapi kalau korang yg frequent lebuhraya Jeli, masa dah dekat nk sampai kawasan Jeli korang perasan tak ada satu tempat yang boleh mandi sungai tu? Ada pondok wakaf. Aku dengan kawan yang kahwin dgn orang Pasir Mas tu, biasa jugak singgah mandi kat situ tapi serius aku cakap, aku memang selalu berasa seram kalau tengah mandi kat situ. Entah lah kenapa.
Artikel Berkaitan : [ Kisah Seram : Pengawal Keselamatan Diganggu Wanita Misteri ]
2. Lenggong-Gerik-Kroh-Baling
Sejak-sejak kebelakangan ini aku berkawan dgn ramai rakan-rakan dari Kroh. Ini semua PTT punya pasal la hehe. Aku pernah jugak memandu di laluan tersebut di waktu malam dan tengah malam. syukur tak pernah jumpa makhluk tak hensem tu.
Cuma cerita dari bapak angkat aku yg tinggal di Kampung Pahit yg terletak di tengah-tengah antara Gerik & Kroh, ada satu kawasan tu bernama Bukit Buloh, di kawasan tu selalu berlaku macam-macam gangguan bagi orang yg melaluinya pada waktu malam. Bapak angkat aku sendiri pernah merasa, memandu kereta turun bukit, dah drop ke gear 3 pun tapi kereta tetap berat macam tak nak bergerak ke hadapan. Aku tak sangka ada jugak org yang pernah merasa pengalaman yang sama hehe.
Selain itu, ada jugak aku dengar cerita kalau memandu memalam kat situ, ada kereta ikut rapat-rapat macam nak potong, bila kita bagi jalan, kereta tu potong. Elok je kereta tu melepasi kereta kita, tiba-tiba hilang dan gelap.Tinggal kereta kita je. Itu cerita yg aku biasa dengar.
3. Gerik-Baling-Kulim
Highway Gerik-Baling-Kulim, aku tak pernah lalu lagi. Tapi kalau ikut cerita kawan aku yang guna lebuhraya tu dari Perai balik kampung isterinya di Ketereh, Kelantan, pemandangannya memang marvelous! Aku teringin lah bila-bila nak joyride kat sana, memandu santai sambil singgah-singgah snap foto. Waktu siang lah hehe.
Kawan aku yang kawin dengan orang Ketereh tu ada jugak cerita seram masa dia melalui highway Grik-Baling-Kulim masa baru-baru siap construction tu tapi aku pun dah ingat-ingat lupa cerita beliau tu.
Artikel Berkaitan : [ Kisah Seram : Pocong Di Atas Katil Anak ]
4. Jalan Sumpitan
Ada satu jalan yang selalu jugak dilalui oleh orang-orang yang berulang-alik ke Gerik & Kelantan tapi belum disebut di sini. Laluan tersebut lebih dikenali sebagai Jalan Sumpitan, yang menjadi jalan pintas dari Bagan Serai ke Grik, tanpa perlu melalui hiway Kuala Kangsar-Lenggong-Grik.
Aku dengan kawan-kawan 'Crawlers' selalu jugak melalui laluan Jalan Sumpitan ni pada waktu tengah malam/pagi-pagi buta. Asyik mahsyuk merempit membelasah melayan jalan yang berliku-liku, waktu tengah malam tak ada kenderaan lain yang mengganggu.
Nak dijadikan cerita sekali tu, ada sorang kawan baru ni dah terpengaruh dgn kami dan ingin turut serta. Malam tu dia berdua dengan sorang rakan beliau, manakala kami yang lain ada yang memandu bersendirian, ada jugak yang berdua/bertiga. Setakat pengalaman kami yang dah biasa, belum lagi berlaku kejadian buruk/ternampak yang bukan-bukan tapi, nak dijadikan cerita dah rezeki member baru ni.
Masa mendaki gunung tu, kawan yg memandu ni cerita, rakan beliau yang duduk di sebelah tu tengah tidur-tidur ayam tiba-tiba je menepis-nepis macam ada sesuatu menghurung muka. Dan tak lama kemudian, si mamat yang memandu ni pulak ternampak sosok tubuh perempuan berdiri di tepi jambatan, dengan muka yang tidak kelihatan akibat gelap/ditutupi rambut.
Seriously, perempuan mana yg berdiri tengah-tengah hutan jam 12 tengah malam?
Masa kami berhenti RnR kat Lawin, mamat ni senyap je tak bercerita pada kami yang lain, sangka beliau semua orang nampak. Aku pun hanya dapat tau cerita ni hampir seminggu lepas kejadian.
Setahu aku, aktiviti membuang mayat/hantu belaan kat laluan tu memang agak popular sebab jalan tu sunyi walaupun pada waktu siang. Aku rasa korang mesti pernah dengar satu kes yang mendapat liputan media dgn meluas, melibatkan ahli keluarga kerabat diraja perak. Haa kat situ lah tempatnya!
Sememangnya makhluk jin dan syaithan ni wujud. Bagi aku, syukur alhamdulillah walaupun aku sangat 'kaki' memandu pada waktu malam, tak kira long atau short distance, recreational ataupun tugasan, tak pernah lagi aku berkomunikasi secara langsung dgn makhluk-makhluk yang tak best tu.
Sekian, terima kasih.
(dady)
Artikel Berkaitan : [ Kisah Seram : Pengalaman Guru Diganggu Penunggu Di Kawasan Hutan ]
Sumber : Facebook
Cuma sekali memandu dari Grik ke Jeli pd waktu maghrib. Memang kena berhati2 sbb gelap. Lps ni sumpah x nak lalu waktu mlm kar situ.
ReplyDelete