Assalamualaikum dan salam sejahtera
SPESIFIKASI REDMI 8A
Sebelum ni aku ada beli telefon pintar jenama realme iaitu realme 5i untuk aku gunakan sendiri, dan telefon pintar yang sebelumnya aku beri pada ayah aku. Lepas tu, aku bercadang nak hadiahkan pula telefon pintar baru untuk mak aku.
Telefon yang digunakan oleh mak aku sebelum ini ada banyak masalah. Pertamanya adalah bateri telefon yang sudah mengembung. Telefon ZTE ni jenis lama, dimana kita boleh buka dibahagian belakangnya. Ya, nak masukkan sim card pun perlu buka bahagian belakang.
Bila bateri ada masalah, jadi telefon ni tak mampu nak berfungsi dengan betul, bila nak tengok mesej sekejap-sekejap pun, terus tertutup. Melainkan jika disambungkan pada charger plug atau pada powerbank.
Awal bulan 4 yang lalu, aku ada share artikel tentang Mi Fan Festival di Shopee di mana harga-harga telefon pintar yang dijual ketika festival sangat murah dengan hampir 80% daripada harga sebenar.
Jadi, tepat pada 7 April 2020, aku membeli telefon pintar Redmi, iaitu jenis Redmi 8A, mempunyai fungsi-fungsi asas yang aku rasa mak aku perlukan untuk urusan harian dan sebagainya. Harga asalnya adalah RM 459.00 manakala harga aku beli adalah pada harga RM 299.00. Sangat murah dan berpatutan.
Beli di Shopee, boleh percaya ke? Macam aku ulas sebelum ni dalam artikel Beli Telefon Pintar realme 5i di Shopee , beli apa-apa barang di Shopee aku sangat yakin, yang penting anda kena bijak memilih kedai online tersebut, sama ada preffered shop atau trusted, baca review mereka yang pernah beli dan sebagainya.
Macam yang aku beli ni, disebabkan ia adalah Mi Fan Festival dianjurkan oleh kedai rasmi global Redmi, jadi aku percaya sebab ia adalah kedai rasmi. Tapi kena fahamlah kedai rasmi ini bukan di Malaysia tapi di luar negara.
Bila barang-barang dari luar negara ni, aku tak jangka nak sampai seawal seminggu atau dua minggu, tambah-tambah pula sekarang ni musim COVID-19, jadi aku jangkakan akan sampai lewat.
Kalau tengok pada gambar diatas, boleh lihat berapa lama telefon pintar ni berada di luar negara, daripada 10.4.2020 sehinggalah 22.4.2020. Lebih daripada seminggu, lepas tu nak sampai ke rumah pula mengambil beberapa hari, maklumlah rumah ibubapa aku terletak dibahagian dalam sikit, jauh daripada bandar.
Kepada yang berminat nak beli untuk hadiahkan pada keluarga atau sesiapa sahaja, inilah harga buat masa sekarang. Masih ada potongan harga yang banyak jugak. Tapi mungkin ada yang nak spesifikasi lebih bagus dan sebagainya, boleh tengok produk atau telefon lain di kedai yang sama.
SPESIFIKASI REDMI 8A
BODY
Dimensions : 156.5 x 75.4 x 9.4mm
Weight : 188 g
Build : Glass Front (Gorilla Glass 5), Plastic back, plastic frame
SIM : Dual SIM (Nano-SIM,dual stand-by)
DISPLAY
Type : IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colours
Size : 6.22 inches, 96.6 cm2
Resolution : 720 x 1520 pixels, 19.9 ratio
PLATFORM
OS: Android 9.0 (Pie); MIUI 11
Chipset : Qualcomm SDM439 Snapdragon 439 (12 nm)
CPU : Octa-core
GPU : Adreno 505
MEMORY
Card Slot : microSD
Internal : 32GB 2 GB RAM
MAIN CAMERA
Single : 12MP, f/1.8, (wide)
Features : LED flash, HDR, panorama
Video : 1080p @ 30fps
SELFIE CAMERA
Single : 8 MP, f/2.0
Features : HDR
Video : 1080p @30fps
BATTERY
Non-removable Li-Po 5000 mAH battery
Charging : Fast Charging
Alhamdulillah, 25.4.2020 telefon pintar Redmi 8A selamat mendarat di rumah dengan baik. Walaubagaimanapun tiada sebarang tempered glass atau casing yang disediakn sekali sebagai free gifts. Haha. Nampak gayanya aku kena beli casing dan tempered glass asing di Shopee.
Walaupun hadiah ni tak seberapa untuk mak aku, tapi aku harap dengan adanya telefon baru ni, dapatlah mak aku gunakan untuk mencari resipi, melihat berita-berita terbaru, membawang bersama rakan-rakan di group Whatsapp dan sebagainya.
Artikel Berkaitan :
Sekian.
eh murah.. boleh consider ni second phone
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteBakti untuk ibu bapa besar ganjarannya
alhamdulillah..murah jgk hrga tu
ReplyDelete