Resepi Apam Nasi | Pertama Kali Buat Dah Jadi Elok

Aerill Hassan
21
Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kali ini aku nak berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman aku membuat apam nasi. Sebenarnya dua hari sebelum, ayah aku ada tanya macam mana nak buat apam nasi ni dan aku sebagai seorang yang tak reti masak mestilah tak tau caranya.

Jadi malam sebelumnya aku dengan mak aku cari resepi di Google, dan jumpa satu resepi yang mudah dan hanya menggunakan bahan yang sedikit sahaja. Pagi semalam pula, berbekalkan nasi lebih yang ada di dalam periuk nasi, juga beberapa bahan yang sememangnya dah ada di rumah, aku dan mak aku pun buatlah apam nasi ni.


Caranya mudah sahaja, bahan pun tak banyak, rasanya pulak sebiji macam beli di pasar pagi atau pasar malam. Selalu aku beli di pasar pagi, untuk sarapan dan sebagainya. Kebiasaannya aku beli yang berwarna, tapi untuk kali ini aku cuba buat yang biasa dahulu tanpa sebarang pewarna.


SENARAI BAHAN



👉2 cawan nasi
👉2 cawan tepung gandum
👉2 cawan tepung beras
👉1 ½ cawan gula pasir
👉2 ½ cawan air
👉2 sudu kecil yis (mauripan)
👉 kelapa parut dgn sedikit garam

CARA-CARA

Macam ni lah jadi bila orang laki yang tak reti masak, baking dan sebagainya masuk dapur. Memang penuh tepung haha
  • Kisar nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit demi sedikit, kisar sampai halus)
  • Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan kisar sehingga sebati.
  • Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.


  • Selepas itu, masukkan bahan yang dikisar tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  • Perap selama 3 jam.
Nampak tak, hasilnya dah gebu, macam kawah bulan la pulak.
  • Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  • Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  • Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..

Pengukus dirumah ada saiz kecil sahaja.
  • Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam atau enak dimakan begitu saja.

Alhamdulillah, percubaan pertama yang menjadi. Walaupun nampak mudah, tapi aku anggap ini satu kejayaan. Bukan selalu aku nak masuk dapur memasak macam ni. Boleh nampak ada lubang-lubang bagaikan kawah di bulan. Cantiklah pulak.



Aku memang dah sediakan kelapa parut yang digaul dengan garam. Tapi garamnya aku tak letak banyak sangat. Jadi bila kita makan nanti akan ada rasa manis dan juga rasa masin.

 Masa untuk potong!

Siap!

Alahamdulillah, menjadi. Aku dah nampak dah sepanjang bulan puasa ni, menu yang wajib ada untuk berbuka adalah apam nasi ni. Sebab cara nak buat pun ringkas, rasa pun sedap. Jadi, kepada anda yang tak tahu nak masak apa, bolehlah cuba resepi ini.


Sekian.

Post a Comment

21Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. lama jgk perap 3 jam tu..nti ada masa boleh la try.

    ReplyDelete
  2. wah dah boleh jadi chef ni, saya pun tak pernah buat apam ni..hehe

    ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  3. Sedap dan mudah dibuat tapi kena bancuh awal2 pagi ni sebab nak perap lama. Elok kekanaks bangun tido, sisyat dah boleh kukus 😊

    ReplyDelete
  4. Memang senang buat apam macam ni kan, tapi biasa Sis buat yang apam kampung tu je, yang takde nasi...yang resepi ada nasi ni tak pernah lagi cuba..

    ReplyDelete
  5. wah terror tu buat kuihutk pertama kali dh jd...suka juga apam nasi tp tk pernh la buat sdiri, beli je slalunya

    ReplyDelete
  6. Eh. Senang plak resipinya ye. Nampak gaya macam Rawlins boleh try gak resipi nie kat rumah.

    ReplyDelete
  7. Terer ye percubaan pertama dah berjaya. Sis pun tak pernah buat apam ni. Tetiba teringin lak nak buat apam sebab tengok bahan mudah nak cari.

    ReplyDelete
  8. Rajin ek orang bujang ni buat apam nasi. Mommy selalu buat. Senang sebab ada nasi dalam tu. Nak bagi anak yang susah sangat nak makan masih

    ReplyDelete
  9. kat rumah ni nasi tak pernah tak habis sebab sorang je so masak sikit je. next time nak lebihkan nasi nak try apam ni

    ReplyDelete
  10. This is nice! easy je! I am going to ask my mama to do it for us! thanks for your guidance.

    ReplyDelete
  11. Weii feveret ni. Lama tak makan weii. Dulu mak selalu buat, masa mak berniaga. Sekrg dh tak. Nak buatla. Tapi kalau buat ramai2 mesti lagi syok

    ReplyDelete
  12. ya Allah, sedap nyer, aerill!
    tetiba terkenang kan mak yg jauh di mata.
    feveret mak ni tau. kuih tradisional yg berkelapa are her feveret :)
    aida nak buat kaswi. tapi sini takde kedai jual kelapa parut :(
    hu hu hu hu hu...

    ReplyDelete
  13. Tak pernah cuba lagi. Bila teringin nak makan, beli je. Nampak macam mudah je, boleh cuba buat nanti. Bazaar Ramadhan tahun nie tak ada. So, sediakan sendiri laa kuih muih nie

    ReplyDelete
  14. Wah nampak sedap jugak.boleh bell cuba ni. Cuma nak cari mauripan dgn kelapa parut lah.

    ReplyDelete
  15. macam senang buat dia. bahan bahan pun ada dekat rumah ni, maybe boleh try nanti. hahaha duhlah, dekat rumah time PKP ni ada je benda baru nak try hehe.

    ReplyDelete
  16. Wahhh malu sis org bujang buat menjadi. Sis tak pernah lagi makan apam nasi, apam biasa tu pernah le jugak. Bolehlah try buat yg ni

    ReplyDelete
  17. Apam nasi makan demgan kelapa parut memang sedap. Bahan bahan nak buat apam nasi pun mudah saja. Boleh try nanti untuk buat juadah minum petang

    ReplyDelete
  18. wah mesti sedap ni. nanti saya cuba resepi ni thanks info

    ReplyDelete
  19. Apam nasi ni memang fav saya, lama tak buat.. tengok nih terus rasa teringin, tapi resepi saya ada beza sikit, suka letak ice cream soda

    ReplyDelete
  20. Pandainya dia buat apam ye. Nmpk mcm senang je buat kalau ikut resipi.. Nnt za cuba lah

    ReplyDelete
  21. Sedapnya. Fav ruby apam nasi ni. Mak dulu jual kuih tradisional dan tiap kali dia lepas masak. Mesti ambil satu utk makan. Masa panas-panas tu memang sedappppppp.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!