Assalamualaikum dan salam sejahtera
REVIEW FILEM : DAULAT 2020 | FILEM REKAAN ATAU KISAH BENAR?
SINOPSIS
Sumber :Youtube | Wikipedia
#DAULATMOVIE
Apa khabar buat pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, di hari PKP yang entah ke berapa ni, aku nak kongsikan dengan anda REVIEW dan ULASAN aku berkenaan sebuah filem yang baru sahaja ditayangkan secara PERCUMA di Iflix pada 6 April 2020 yang lalu.
Klip rasmi yang ditayangkan pada bulan Februari lalu sebenarnya telah memberikan aku minat untuk menonton filem ini di pawagam. Tapi tak sangka pulak filem ini tidak ditayangkan di pawagam (musim COVID-19 pulak tu), tapi ditayangkan secara percuma di laman strim online. Jadi, tanpa melengahkan masa, jom baca ulasan aku.✌😎
REVIEW FILEM : DAULAT 2020 | FILEM REKAAN ATAU KISAH BENAR?
🎥Pengarah : Imran Sheik
🎥Penerbit : Siti Marzuliana Marzuki
🎥Penulis : Haziq Jamaludin & Imran Sheik
🎥Sinematografi : Nurhanisham Muhammad
🎥Disunting : Johan Bahar
🎥Syarikat penerbitan : Lacuna Pictures
🎥Mula ditayangkan : 6 April 2020 (Iflix)
🎥Tempoh tayangan : 1 jam 41 minit
🎥Negara : Malaysia
🎥Bahasa : Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
🎥Perbelanjaan : RM 500,000
SINOPSIS
Setelah mengalami kekalahan dalam pilihanraya umum, presiden MUNA, Hassan mengambil keputusan melantik Suri, anak didik politik beliau sebagai timbalan presiden parti. Suri, dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan matlamatnya tercapai, termasuklah memastikan MUNA memenangi kembali pilihanraya umum seterusnya walau dengan apa jua cara sekalipun.
Sinopsis Penuh 👉SINOPSIS PENUH
BARISAN PELAKON
😺Vanida Imran sebagai Suri, Timbalan Presiden Parti Pembangkang MUNA, isteri kepada Idrus
😺Rashidi Ishak sebagai Idrus,CEO syarikat Media Raya; suami kepada Suri.
😺Tony Eusoff sebagai Hassan, Presiden Parti Pembangkang MUNA
😺Cristina Suzanne Stockstill sebagai Nadiya Hassan, COO syarikat Media Raya; anak kepada Hassan.
😺Jasmine Suraya Chin sebagai Jasmin Cho, seorang wartawan di Media Raya
😺Zul Zamir, sebagai Ali Fahim, Timbalan Perdana Menteri daripada parti pemerintah WAWASAN
😺Jalaluddin Hassan sebagai Malik, Perdana Menteri daripada WAWASAN
😺Sangeeta Krishnasamy sebagai Melissa, ahli politik liberal
😺Amar Asyraf sebagai Saiful, presiden parti Hizbul Muslimin

Filem Malaysia pertama genre politik thriler pertama! Aku tak pasti sama ada ini yang pertama atau ada yang lain, tetapi ini filem Malaysia bergenre sebegini pertama yang aku tonton. Kalau sebelum ni aku rasa macam pernah tonton filem sebegini tetapi dihasil dan diterbitkan oleh negara lain. Kalau ini yang pertama, aku rasa filem ini sangat hebat!
Lain daripada filem-filem yang lain. Mungkin ada sesetengah yang menonton akan mengatakan filem ini bosan dan berat untuk diterima. Tapi bagi aku, filem ini satu wajah baru dan nafas baru dalam industri filem Malaysia.

Artikel Berkaitan : [ PRU 14 : 2018 : Pakatan Harapan Menang! ]
Lakonan yang sangat hebat! Dari lakonan aku sangat bersetuju dengan beberapa teraju utama dalam filem ini. Vanidah Imran adalah pelakon yang sangat-sangat berbakat, ditambah dengan beberapa pelakon lain yang juga nampaknya tidak kurang juga hebatnya. Cuma aku tak berapa nak suka dengan watak yang dilakonkan oleh Amar Asyraf. Mungkin dari segi loghat yang dituturkan nampak serba tak kena. ( Mungkin sebab aku orang utara, jadi ada sedikit penegasan disitu)
Pelakon pembantu dan sampingan juga berjaya membawa mood yang baik di dalam filem ini. Walaupun tak ramai pelakon, tapi boleh dilihat susunan yang agak baik dalam penceritaan situasi watak-watak tersebut.
Susunan cerita pantas tapi teratur. Antara yang aku agak suka adalah susunan yang teratur. Walaupun plotnya nampak begitu pantas, tapi aku dapat tangkap setiap perjalanan dari awal sehingga tamat. Ada beberapa plot atau jalan cerita yang boleh dikembangkan. Tapi kalau dikembangkan mungkin perlu dijadikan drama bersiri.
Berkenaan jalan cerita yang kononnya sama dengan situasi politik negara pada suatu ketika, aku rasa mungkin kebetulan sahaja. ( Walaupun aku rasa ada beberapa yang disengajakan untuk sama. ) Ada beberapa ketika aku membayangkan beberapa watak tersebut sebagai watak yang ada di dalam situasi politik Malaysia.
Aku suka dengan penghabisan filem ini. Nampak kemas, dan aku berasa puas. Puas apabila masing-masing menggunakan tipu muslihat untuk menjadi orang diatas, memegang tampuk kuasa. Meremang juga bila mana watak Suri mengambil sumpah menjadi Perdana Menteri.😅 SPOILER

Tiada tapisan! Ini juga aku rasa filem pertama yang aku tonton tanpa sebarang tapisan daripada Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF). Jadi, bila tiada tapisan aku dapat lihat beberapa perkara yang tidak ada dalam filem Malaysia lain, contohnya penggunaan kata-kata kesat aras tinggi, imej seksual, pembunuhan kejam dan sebagainya.
Jelas disini bahawa aku dapat rasa filem itu nampak nyata atau memberi keyakinan pada penonton sekiranya tiada tapisan. Mungkin tapisan untuk mereka yang dibawah umur, kerana ada beberapa perkara yang tidak sesuai untuk mereka.

Artikel Berkaitan : [ Review Filem Munafik 2 | Seram atau Islamik? ]
KESIMPULAN
DAULAT 2020 bagi aku merupakan filem wajib tonton untuk mereka melihat bagaimana dunia politik yang sebenar. Walaupun aku rasa ramai ahli politik yang baik, tapi aku rasa ada betulnya juga dengan apa yang terdapat di dalam filem ini, masih ada mereka yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kuasa.
Pengajaran juga dapat dilihat dari pelbagai segi, bukan sahaja politik, tetapi dalam menjalankan hidup, berada dalam organisasi, kasih-sayang antara suami isteri, dan sebagainya. Mungkin ada beberapa sahaja yang perlu diperbaiki, tetapi aku dapat merasakan jika filem ini diterima ramai, mengubah citarasa penonton, industri perfileman Malaysia berada dilandasan tepat untuk berkembang maju setanding negara lain.
BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10
Artikel Berkaitan : [ Review Filem : Avengers Endgame | Filem Terbaik Sepanjang Masa ]
Sumber :Youtube | Wikipedia
#DAULATMOVIE
Sis pun dah tengok..
ReplyDeleteKesimpulan Sis... 'Kuasa dan Duit' boleh jadikan kita ni bongkak dengan apa yang kita ada mengatasi segalanya...tapi sikap kejujuran dan amanah, itu akan buat orang sanjung kita..
belum tengok lagi movie ni
ReplyDeletetak tengok lagi movie ni. baru marathon thai drama
ReplyDeleteTertanya tanya apakah anutan sebenar suri sbb dia ada pergi tmpt mcm biara
ReplyDeleteada tgk rmi yg share psl DAULAT ni..blum sempat tgk lg...oh ada adegan panas tu..bole lepas plak ye
ReplyDeleteBelum tengok lagi cerita ni.
ReplyDeleteTengok barisan pelakon ada gandingan hebat dari vanida imran dgn rashidi ishak.
Amar tu. Hehehe.
Yang adegan atas katil tu, budak2 tak leh tengok.
Duit dan kuasa orang buleh gelap mata.
tanggungjawab dan amanah itu perlu bila memimpin organisasi. ☺️
I pun dah review movie ni. Bg i yg tak suka amk tahu psl politik, this movie somewhat intrigued me to watch. Jln cite kemas dan padat. Ending dia hopefully 1 day terjadi la. Hahhahha
ReplyDeletesaya dah tengok movie ni. besttt banyak pengajaran dalam movie ni.
ReplyDeletetak pernah tengok. baru tahu ada cerita ni bila baca review awak. oh boleh tengok dekat iflix. okey boleh tengok malam ni
ReplyDeleteMasih belum tengok lagi movie mi tak pastilah bila berkesempatan.. sis busy je memanjang walaupun PKP ni ;(
ReplyDeleteKalau sempat nanti sis pergi tengok jalan cerita macam menarik dah
DeleteMemang teringin nak tonton ni tapi belum berkesempatan lagi. Tambah ramai cakap filem ni menarik, lagilah rasa nak tengok kan. Nampak diorang berani bawa cerita yang lain daripada lain.
ReplyDeletecerita ni nampak best bila tengok pelakon2 dia...tak tengok lagi masih 50:50...tapi bila baca macam berat jalan cerita
ReplyDeleteRamai yang memberi ulasan poaitif pada filem ini. Cuma kenapa ditayang di ifliz ek tidak di pawagam. Apa kah ia memang dibuat utk tayangan di iflix?
ReplyDeleteada tgk gambar filem ni di android box.
ReplyDeletetapi, ntah la, lom ada minat utk tonton, aerill. so tak tgk details pun.
tak brape suka topik politik. tak kira la english movie, thailand, indo or melayu.
just tak brape suka :(
tapi tu la. after reading this, mcm nak tonton. sebab pelakonnya mantap!
Patotla ramai yang dok post filem ni. Macam menarik genre thriller politik. Nmpk sis lin cakap best. Nak tengok jugalah.
ReplyDeleteBelum ada kesemptan nak tengok lagi. Teringin gak nk tgok sb pelakon2 dia semua hebat2..sure cite ni pun hebat. Nanti nk tgok lah
ReplyDeleteBelum berkesempatan tengok lahi. Di twitter ramai bagi review filem Daulat ni best. Kenantengok juga ni di Iflix rugi kalau tak tengok filem polituk macam ni
ReplyDeletebelum tengok citer ni tapi memang menarik jalan ceritanya, lebih kurang dengan realiti politik kita
ReplyDeleteWow filem ni dapat rating tinggi 10/10, ok kalau ada masa sis pun nak tonton. Thanks for the review.
ReplyDeleteMesti best kan. Tak sempat nak tengok filem filem gini dah. Haha..
ReplyDeleteDuduk ceruk dapo saja pkp ni haaa.. 🤦♀🤦♀
movie ni kata kebetulan walhal parti lebih kurang sama je. Sama lah menyampah tengok amar sembang utagha macamtu. Kalau tak pandai tak perlu la beria. Shidi pun kesian kena speaking dari awal sampai habis padahal bukannya keadaan perlukan dia untuk sembang omputeh pun.
ReplyDelete