Travelogue Thailand : [Part 4] Phatthalung - Nhanmoddang Resort

Aerill Hassan
15
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Salam hari raya diucapkan buat semua pembaca dan rakan-rakan. Sebelum ini kisah travelogue aku bersama rakan-rakan blogger ke Thailand terhenti sehingga ke bahagian 3. Kali ini aku akan menyambung semula untuk bahagian ke empat. Di bahagian ke empat ini aku akan ceritakan tentang hari ke tiga di mana pelbagai aktiviti menarik dan tempat menarik kami singgah dan lawati. ✌😎

TRAVELOGUE THAILAND : [PART 4] PHATTHALUNG - NHANMODDANG RESORT



11.15 PAGI

Setelah sarapan dan check out dari Sri Parkpra Resort, lokasi berikutnya adalah Varni Southern Wickery atau dikenali juga sebagai Varni Craft. Masih ladi didalam wilayah Phatthalung, Varni Craft ini merupakan sebuah pusat kraftangan yang menawarkan pengalaman melihat dan membeli barangan kraftangan berasaskan pokok Krajood atau di Malaysia dikenali dengan nama Kercut.


Di sini kami dapat melihat dan membuat sendiri anyaman Krajood ini. Demonstrasi dilakukan dan alhamdulillah aku dapat ikut dengan  baik. Walaupun agak lambat berbanding mereka yang profesional.


Selain itu, terdapat pelbagai pilihan beg yang anda boleh hias sendiri atau DIY ( Do It Yourself. ) Aku macam biasa, hanya menghias dengan meletakkan huruf yang membentuk perkataan AERILL dan KHAI.


Yang lagi menarik, di sini juga terdapat Homestay! Homestay yang ditawarkan disini sangat menarik kerana mempunyai pemandangan indah, kolam yang cantik dan anda boleh belajar membuat bahan kraftangan dengan lebih lama. Harga bagi bilik di homestay ini adalah sekitar 1,200 -1,800 Baht termasuk sarapan untuk dua orang dan hadiah percuma.


LOKASI


Facebook : Varni Craft
Alamat : Thale Noi, Khuan Khanun District, Phatthalung 93150, Thailand
Telefon : +66 74 610 415


12.45 TENGAH HARI

Setelah berhempas pulas belajar membuat kraftangan, lokasi seterusnya adalah di Kanomwaan Pakee atau Thai Dessert Shop (Aunt Kie). Di sini kami mencuba pelbagai manisan unik dan sedap yang belum pernah dijumpai di Malaysia.


Manisan yang disediakan dan dihidangkan disini dijual pada harga yang sangat murah iaitu hanya THB10 sahaja atau bersama RM1.30 sahaja! Sangat murah! Kalau di Malaysia, jarang atau susah nak jumpa kedai manisan yang menjual dengan harga sebegini. Kalau ada mungkin harganya RM3 ke atas. Kalau dibawah mungkin dikawasan kampung-kampung dan sebagainya.


LOKASI


Alamat :  Makok Nuea, Khuan Khanun District, Phatthalung 93150, Thailand
Telefon :  +66 85 893 8739
Waktu Operasi : 10am–6pm

1.45 PETANG

Walaupun perut masih terisi dengan pelbagai makanan, lokasi berikutnya selepas menikmati manisan yang sedap adalah Roywann Farmstay. Apa yang kami lakukan di sini? Pertama adalah untuk menikmati makan tengahhari dan keduanya adalah untuk melawat kawasan sekitar Roywann Farmstay.


Kali ini kami makan tengahhari bersebelahan dengan sungai. Agak menarik kerana pinggan yang disediakan adalah pinggan yang bukan seperti pinggan biasa. Menggunakan bahan semulajadi ya!


Berkenaan menu pula, semuanya sangat sedap dan ada beberapa lauk yang tak pernah dicuba lagi! In shaa Allah aku akan ulas lebih lanjut dalam artikel review makanan di Roywann Farmstay nanti.


Bila sebut Farmstay, pastinya terdapat chalet atau homestay untuk anda yang berminat untuk menginap disini. Aku menjangkakan suasana di waktu malam dan pagi pastinya sangat nyaman kerana lokasi Roywann Farmstay ini terletak di dalam hutan dan berdekatan dengan sungai.



3.45 PETANG

Setelah penat makan-makan dan sempat jugalah tidur beberapa jam di dalam van, akhirnya kami sampai ke tempat penginapan dan aktiviti seterusnya iaitu di Nhanmoddang Resort.



Masih terletak dalam wilayah Phatthalung, selain menjadi tempat penginapan kami untuk malam tersebut, disini juga adalah lokasi untuk aktiviti seterusnya. Nak tau aktiviti apa? Teruskan membaca ya.


Okay, sebelum bercerita tentang aktiviti seterusnya, aku nak ceritakan tentang tempat penginapan atau resortnya terlebih dahulu. Setiap bilik yang ditawarkan, rekabentuknya sangat unik iaitu menyerupai perdu atau pangkal pokok. Kemudian terdapat pintu dan bila kita masuk ke dalam, memang sangat cantik dan menarik. Mempunyai kawasan katil dan ruang mandi atau tandas sahaja. Wifi disini pula jangan risau sebab memang laju ya!

LOKASI



Alamat :  Rural Road Phatthalung 3140, ป่าพะยอม Pa Phayom District, Phatthalung 93110, Thailand
Laman Web : nhanmoddang.com
Telefon : +66 81 082 0206

4.00 PETANG

Ha, kali ini barulah aku nak cerita tentang aktiviti di sini. Setelah menukar baju dan menyediakan peralatan dan sebagainya, kami berkumpul di kawasan hadapan pintu masuk Nhanmoddang Resort ini untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu water rafting.


Pengalaman kali pertama aku melakukan aktiviti sebegini. Kalau sebelum ni di Malaysia, aku pernah buat aktiviti tubing sahaja. Aktiviti ini akan melalui sungai yang cantik sepanjang 5 kilometer dan mengambil masa selama 2 hingga ke 3 jam sahaja.


Sepanjang melakukan aktiviti ini kita boleh lihat kawasan sekitar sungai ini. Ada kalanya boleh lihat sungai yang penuh dengan rumpai. Ada juga kawasan sungai yang airnya deras dan berbatu-batu. Kesian pulak aku tengok remaja yang mengayuh kayak ni. Apa-apapun aktiviti ini memang berbaloi!

7.30 PETANG

Seperti biasa, selepas melakukan aktiviti tadi, badan agak penat sebenarnya. (Walaupun sebenarnya tugas kita hanyalah duduk sahaja di atas kayak.) Bila badan penat, jadi perkara yang terbaik adalah masa untuk makan.



Ini adalah beberapa gambar makanan dan menu yang disediakan pada malam tersebut. Memang banyak ya makanan yang disediakan. Antara menu yang aku suka adalah tomyam dan juga sayur manis. Memang sedap.


Diwaktu ini baru aku sedar kebanyakan aktiviti dihabiskan dengan makan. Aku jugak perasan yang berat badan dah semakin naik. Tapi nak buat macam mana, bila berada di tempat yang sememangnya syurga makanan, tak dapat nak tolak ya!

9.30 MALAM

Sebelum masuk tidur dan berehat di bilik sambil menikmati kelajuan wifi dan siaran televisyen, kami sempat juga ke 7-Eleven yang terdekat. Sebenarnya di hadapan pintu masuk resort ini terdapat satu mesin 7-Eleven. Nampak unik ya, sebab di Malaysia rasanya tiada lagi mesin sebegini.


Bila masuk ke dalam 7-Eleven di Thailand, pastinya rambang mata kerana pelbagai barang menarik yang dijual. Saiz kedainya juga lebih besar berbanding di Malaysia. Memang kalau bawa banyak duit aku dah borong bermacam-macam barang dah.

7.00 PAGI

Seawal 7 pagi kami bersarapan di resort. Disebabkan aku masih kenyang kerana makanan yang sangat banyak malam semalam. Aku hanya melihat kawasan sekitar sahaja.


Tepat jam 9 pagi pula kami check out dan bertolak ke lokasi seterusnya pula. Untuk lokasi berikutnya aku akan ceritakan dalam bahagian 5 pula ya. Terima kasih kerana membaca sehingga ke penghujung artikel ini.

BACA JUGA 👇



#TATKL #TourismThailandKL #AmazingThailand #VisitThailand

Terima kasih diucapkan kepada Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur di atas jemputan untuk program MET Satun-Phatthalung-Hatyai ini. Program ini berlangsung dari 27hb Februari 2020 sehingga 2hb Mac 2020

Post a Comment

15Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Thailand ni syok sebab dia banyak boleh buat aktiviti alam. Yang paling best 7e dia la. segala macam makanan segera boleh jumpa.Only 7e in thailand okay. hahaha

    ReplyDelete
  2. homestay dia tu unik la.. aktiviti yang ada pun menarik. thanks sharing. phatthalung ni macam jarang dengar tempatnya.. good info

    ReplyDelete
  3. Tak dapat pergi jalan2, dapat baca travellogue org pun okay jugak :p Bestnye all the activites, lepas penat kayak, makan2 pulak mmg enjoy!

    ReplyDelete
  4. cantiknya bag tu...nak jugakkkkk. thailand ni tak pernah tak best. cepat la hilang covid ni nak travel huhu

    ReplyDelete
  5. Banyak jugak tempat menarik kat Thailand rupanya. Anyway beg tu cantik! Alaa rindu la nak travel. Bila la nak hbs PKP ni.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi sampai ke sana. Macam syok je ada mcm2 aktiviti menarik. Mesti rindu nk travel lg kan

    ReplyDelete
  7. Bagus entri ni sebab padat dan lengkap dengan jadual dan semua aktiviti yang boleh dilakukan kalau bercuti ke sini

    ReplyDelete
  8. Bestnya pergi travel dan jalan-jalan macam ni, especially dapat enjoy nature macam ni. Rindu nak travel

    ReplyDelete
  9. best thailand ni, kalau plan elok2 banyak tempat dan aktiviti boleh buat

    ReplyDelete
  10. Cantiknya bag anyam tuu...siap ada nama..
    Ingat lepas wabak ni, nak gak bercuti ke Thailand laaa, banyak juga tempat best ek...mudah-mudahan keadaan Thailand takde laa serius kan dengan Covid19 ni, sebab mereka baru kena ni..

    ReplyDelete
  11. Bestnya farmstay tepi sungai..suasana tenang mendamaikan. Makanan sedap-sedap. Heaven ni. Lambatnya habis PKP..nak kuar berjalan.

    ReplyDelete
  12. Bestnya.. Bnyak aktiviti yang dijalankan. .menarik tengoknya.. Homestay, makanan semua best

    ReplyDelete
  13. Oh I miss travel. it seems like a lot of activities kat Phatthalung - Nhanmoddang Resort. Nak plan a visit nanti :)

    ReplyDelete
  14. Bila je travel tak best. lagi lagi kalau pergi thailand lepastu pergi pulak ramai ramai macam ni. Tapi tulah saya takda rezeki lagi nak melancong luar negara. Nice sharing.

    ReplyDelete
  15. Murahnya harga homestay. Boleh consider ni! Nmpk mcm macam macam boleh but dkt sana. Ya allah, rindunya nk bercuti’

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!