10 Petua Hilangkan Ketumbit Dengan Berkesan

Aerill Hassan
2
Assalamualaikum dan salam sejahtera

10 Petua Hilangkan Ketumbit Dengan Berkesan


Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, perkongsian kali ini adalah mengenai ketumbit. Apa itu ketumbit? Malu kerana dikatakan suka mengintai orang sebab itu terkena  jangkitan ketumbit? Atau malu untuk bekerja kerana rakan-rakan sepejabat mengata anda secara depan-depan sehinggakan anda mula merancang untuk menulis surat letak jawatan?

STOP! Sebenarnya semua itu adalah mitos sahaja. Anda tunjukkan sahaja entri ini pada mereka! Dalam entri kali ini, aku akan berkongsi dengan anda punca sebenar terjadinya ketumbit dan pastinya bukan kerana tabiat anda yang suka mengintai. Jika anda mempunyai tabiat sebegitu, sila berhenti. Selain itu, dalam entri ini juga aku kongsikan sebanyak 10 petua hilangkan ketumbit menggunakan cara semulajadi dan diyakini berkesan. Selamat membaca.✌😅

10 PETUA HILANGKAN KETUMBIT DENGAN BERKESAN

😎APA ITU KETUMBIT

Ketumbit merupakan ketumbuhan pada kelopak mata sama ada melibatkan satu mata sahaja atau kedua-dua belah mata.

Untuk memahami apakah itu ketumbit, kita haruslah mengetahui serba sedikit mengenai struktur yang berada pada mata. Biasanya, ketumbit ini melibatkan bahagian folikel iaitu akar rambut, atau kelenjar meibomian yang terletak di tepi mata. Ketumbit boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan bahagian mata yang terlibat.

Hordeolum:

Hordeolum ini merujuk kepada ketumbuhan akut pada kelopak mata akibat jangkitan kuman dan boleh dibahagikan kepada hordeolum luaran dan hordeolum dalaman. Hordeolum luaran berlaku apabila jangkitan kuman berlaku pada folikel bulu mata. Keadaan ini merupakan kes yang lazim berlaku kepada orang ramai. Manakala, hordeolum dalaman pula jarang berlaku dan merupakan jangkitan kuman kelenjar meibomian yang terletak pada permukaan kelopak mata yang menghadap bebola mata.

Chalazion:

Chalazion merujuk kepada halangan kelenjar meibomian. Kelenjar meibomian ini berfungsi untuk menghasilkan sejenis cecair berminyak pada bola mata supaya dapat mengelakkan lapisan air mata daripada menjadi kering.

Apabila kelenjar ini tersumbat, kandungan minyak dalam kelenjar ini akan bertakung dan mengakibatkan kawasan kelopak mata menjadi bengkak. Keadaan ini boleh diibaratkan sebagai pertumbuhan jerawat pada kelopak mata kerana jerawat berlaku disebabkan oleh halangan pada kelenjar lemak.

Kedua-dua jenis ketumbit ini boleh berubah kepada satu sama lain. Contohnya, chalazion boleh dijangkiti kuman lalu menjadi hordeolum. Hordeolum dalaman juga boleh menjadi chalazion sekiranya nanah dalam kelenjar tersumbat dan tidak dikeluarkan untuk jangka waktu yang panjang.


SENARAI PETUA-PETUA HILANGKAN KETUMBIT SEMULAJADI

😎BERSIHKAN BAHAGIAN KELOPAK MATA


Langkah pertama yang boleh anda lakukan apabila terkena ketumbit adalah dengan membersihkan bahagian kelopak mata dengan kerap menggunakan air bersih.

Untuk penjagaan kebersihan yang lebih rapi, anda boleh menggunakan putik kapas dan ‘mild shampoo’ seperti syampu bayi yang tidak memedihkan untuk membersihkan kelopak mata anda dan bahagian bulu mata sekitarnya.

😎GUNAKAN BAWANG PUTIH



Antara cara menghilangkan ketumbit paling popular di kalangan orang lama adalah menggunakan bawang putih kerana ia dipercayai mengandungi ciri anti radang. Namun, cara ini akan memedihkan sedikit. Maka, tidak sesuai kalau dilakukan pada kanak-kanak.

Caranya, ambil seulas bawang putih dan guris sedikit bahagian hujungnya dengan pisau agar keluar jusnya. Sapukan pada kelopak mata yang berketumbit sebanyak 3 kali sehari. Ia dikatakan berkesan sekiranya bengkak ketumbit baru nak ‘naik’ dan belum membesar. Apa pun, berhati-hatilah dan pastikan kebersihan tetap diutamakan.

😎GUNA SUDU YANG DIRENDAM DALAM AIR SUAM


Selain menggunakan bawang putih, anda juga boleh menggunakan sudu untuk dituam pada mata.

Caranya, rendamkan sudu tadi dalam air suam dan rasa kepanasannya agar tidak terlalu panas. Agak-agak selesa, bolehlah dituamkan pada bahagian mata yang terkena ketumbit tadi. Tuamkan sekitar 3 minit setiap kali.

😎DAUN SIRIH DIREBUS



Ambil beberapa helai daun sirih dan bersihkan. Kemudian, panaskan sedikit di atas api atau badan cerek dan tekapkan pada mata ketumbit.

Satu lagi cara, rebuskan daun sirih hingga mendidih. Angkat daun sirih tersebut dan perah untuk mendapatkan airnya. Guna air perahan ini untuk membersihkan mata yang ketumbit.

😎TUAMAN PANAS


Cara paling selamat dan berkesan untuk melegakan ketumbit adalah dengan tuaman air yang sederhana panas. Cara ini juga amat sesuai untuk kanak-kanak dan juga bayi.

Rendamkan kain dalam air suam dan kompreskan pada kelopak mata yang terkena ketumbit tadi untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ulangi langkah ini sebanyak tiga kali sehari selama seminggu. Pastikan kain yang anda gunakan bersih ya.

😎GUNA GARAM


Satu lagi petua yang dikatakan dapat menyurutkan ketumbit dengan cepat adalah dengan menambahkan garam pada tuaman.

Mudah saja, bubuhkan sedikit garam pada air panas / suam yang akan digunakan untuk tuaman. Selepas ia melarut, celupkan tuala bersih dan perah airnya. Boleh juga gunakan kapas. Tuamkan 2-3 minit pada ketumbit. Lakukan 3 atau 4 kali sehari.

😎GUNA TOMATO


Jika ada tomato di dapur, anda boleh gunakan untuk menghilangkan ketumbit. Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan iaitu:

🌿Hiris tomato kepada hirisan kecil. Ambil satu hirisan dan tekapkan pada mata yang ada ketumbit. 
🌿Biarkan selama 5 minit, cuci mata sehingga bersih.
🌿Hiris tomato, dan simpan didalam peti sejuk. Apabila sejuk, ambil satu hirisan dan lekapkan pada ketumbit. Biarkan tomato melekap pada mata sehingga hilang sejuknya. Cuci mata sehingga bersih.
Kisar sebiji tomato. Masukkan dalam ice tray dan bekukan. Ambil satu kiub ais tomato, dan sapukan ke ketumbit.

😎GUNA TIMUN


Timun juga sangat membantu untuk mengecutkan ketumbit. Caranya sama seperti penggunaan tomato. Anda boleh pilih salah satu cara yang disenaraikan di atas.

😎CUKA EPAL



Anda boleh juga cuba menggunakan cuka epal (apple cider vinegar) dengan cara yang sama seperti garam. Namun, elak menggunakan cuka kepada kanak-kanak kerana ia agak ‘kuat’. Pastikan cuka epal ini dilarutkan terlebih dahulu supaya asidnya tidak terlalu kuat.

Selain itu, bagi orang dewasa, anda boleh meminum sesudu cuka epal yang dilarutkan dalam air suam untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

😎UNCANG TEH HIJAU


Anda boleh cuba menuam mata dengan uncang teh hijau. Selain melegakan rasa tidak selesa, teh hijau mengandungi asid tanik yang membantu melindungi daripada jangkitan.

Caranya, rendamkan uncang teh hijau ke dalam air panas. Selepas 5 minit, angkat dan keluarkan lebihan air pada uncang teh. Jika ia terlalu panas, tunggu sebentar sebelum meletakkannya pada mata. Bila suhunya sesuai, biarkan pada mata selama 5 minit. Lakukan beberapa kali sehari.


Bagaimana? Menjadi atau tidak? Adakah anda sudah berjaya hilangkan ketumbit walaupun sedikit demi sedikit? Alhamdulillah jika berjaya. Kini anda sudah boleh bekerja atau berjumpa rakan-rakan dengan penuh keyakinan. Peringatan ya, jika tidak berjaya dan ketumbit kelihatan makin teruk, yang terbaik adalah berjumpa dengan mereka yang pakar yakni para doktor. Mereka lebih arif tentang mata dan kesihatan. 

SEKIAN

Sumber : Siraplimau | Bidadari | Doctoroncall | Google Image
Tags

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Banyak rupanya tips2 boleh meredakan ketumbit di mata,ni .
    CCL pernah cuba bawang putih tu . Dengan tips tuam air suam

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!