Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini hangat di media sosial tentang Dayang Senandong. Ia bermula apabila penyanyi dan juga pelakon Wanie Kayrie membuat satu video tiktok dan berwajah gelap. Kemudian tersebar pula gambar Wanie Kayrie menggelapkan wajah. Isu ini dihangatkan oleh beberapa pengguna di Twitter kerana menganggap isu menggelapkan muka adalah satu perkara yang racist.
Gambar daripada video Tiktok Wanie Kayrie |
Sebenarnya isu berkenaan Dayang Senandong dan racist telah beberapa kali menjadi isu hangat kerana ada pihak-pihak yang mula mempersoalkan tentang kulit muka gelap dan sebagainya. Tetapi sebelum bercakap lebih lanjut tentang isu ini, pertama adalah kita perlu faham dulu tentang kisah sebenar Dayang Senandong yang merupakan salah satu daripada cerita rakyat kita.
KISAH SEBENAR TENTANG DAYANG SENANDONG
Dayang Senandong mengisahkan tentang seorang puteri raja yang terkena sumpahan ketika baru dilahirkan. Atas arahan tabib, sumpahan itu boleh dihapuskan tetapi dengan syarat puteri raja keluar dari tinggal di istana. Apabila telah dewasa, Dayang Senandong menjadi sorang gadis yang pandai mengaji dan bersuara merdu.
Raja Kamaruzaman pula adalah raja Negeri Cahaya Nila yang singgah ke Pulau Senandung untuk menambah bekalan. Apabila terdengar suara Dayang Senandong mengaji, baginda cuba mencari- cari arah datangnya suara itu. Setelah berusaha pelbagai cara, akhirnya baginda dapat tahu bahawa gadis tersebut adalah anak kadi dan tanpa melihat wajah terlebih dahulu, baginda (yang menyamar sebagai saudagar) bersetuju untuk bernikah. Alangkah terkejutnya Raja Kamaruzaman apabila melihat bahawa isteri yang dinikahinya berkulit hitam. Tetapi Raja Kamaruzaman menerima Dayang Senandong.
SUMPAHAN TERHAPUS
Pelakon Almy Nadia dalam drama bersiri bertajuk Senandung Si Dayang pada tahun 2009. |
Dayang Senandong dibawa tinggal di istana tetapi menjadi mangsa buli mak mertuanya yang bencikan dia. Bila Raja Kamaruzaman pergi keluar bekerja ke negeri lain, mak mertuanya dera dan suruh Dayang Senandong buat semua kerja-kerja orang gaji walaupun ketika itu dia sedang mengandung. Sehingga sampai satu hari semasa suaminya tiada, mak mertua arahkan org istana untuk membuang Dayang Senandong ke hutan dan membunuhnya. Oleh kerana tak sampai hati, pengawal istana tak bunuh Dayang Senandong namun sebaliknya membunuh monyet bagi membawa pulang bukti darah.
Sumpahan Dayang Senandong terhapus sewaktu dia melahirkan anak keseorangan di dalam hutan. Dayang Senandong tinggal di dalam hutan bersama anaknya sehinggalah suatu hari beliau ditemui oleh Raja Iskandar, adik kandungnya sendiri. Berang Dayang Senandong dibiarkan hidup melarat seperti itu, Raja Iskandar melancarkan perang terhadap ibu mertua Dayang Senandong. Selepas itu Dayang Senandong bersama Raja Iskandar pergi menyelamatkan suaminya Raja Kamaruzaman yang ditawan Raja Shamsir.
Iklan Watson yang dikecam ramai kerana menggunakan wajah gelap "Dayang Senandong" |
ADAPTASI FILEM
Sarimah Ahmad dalam filem Dayang Senandong yang ditayangkan pada tahun 1965. |
Judul Filem : Dayang Senandong
Tahun Ditayangkan : 1965
Pengarah : Jamil Sulong
Penerbit : Vee Meng Shaw (Malay Film Productions Ltd.)
Barisan Pelakon : Sarimah, Ahmad Mahmud, Haji Mahadi, Kuswadinata
Sebenarnya ada banyak juga drama yang mengadaptasi kisah Dayang Senandong, dan setiap kali ditayangkan atau sedang dalam tempoh berlakon pasti akan ada isu berkenaan kulit gelap.
RACIST ATAU CERITA TELADAN?
Wanie Kayrie melakonkan watak Dayang Senandong. |
Adalah tidak adil untuk mengadili satu perkara tanpa ketahui pokok pangkalnya terlebih dahulu. Menyamakan isu #BlackLivesMatter di Amerika Syarikat dengan Dayang Senandong di Malaysia adalah sesuatu yang salah.
Banyak teladan dapat dipelajari daripada kisah Dayang Senandong di Malaysia, dimana walaupun berkulit gelap, tetapi ada kelebihan lain yang diterima. Mesej moral dalam kisah Dayang Senandong adalah jangan menilai orang dari rupa. Walaupun disumpah berwajah gelap, Dayang Senandong tetap disayangi semua orang sebab baik, pandai nyanyi dan sebagainya.
Cuba kalau Dayang Senandong disumpah muka berjerawat. Adakah ia menghina orang yang berjerawat? Kalau Dayang Senandong disumpah menjadi peti ais, adakah ia menghina peti ais?
Kisah Dayang Senandong jika dihayati betul-betul, Dayang Senandong walaupun berkulit gelap tetapi memiliki hati yang bersih. Orang melayu sudah lama memberi pesan bahawa warna kulit tidak memberi apa-apa makna kerana yang lebih penting adalah kesucian hati, perbuatan dan tingkah laku kita.
Di Amerika Syarikat, kita tahu bahawa saudara berkulit hitam dilayan seperti hamba, dilayan setaraf binatang di dalam zoo dan sebagainya. Tetapi di Malaysia, orang Melayu, Cina atau India tak ada seperti itu. Dalam kalangan orang melayu pun ramai yang berkulit hitam. Kita disini tak pernah pula mendiskriminasi seperti yang dilakukan mat salleh kepada orang berkulit hitam disana.
Soalannya disini, kenapa nak tersinggung dengan Dayang Senandong? Sedangkan isu Dayang Senandong dan racist adalah berbeza. Tidak salah untuk kita menyokong #BlackLivesMatter, tapi konteks kenalah tepat. Tak semua perkara boleh dikaitkan dengan #BlackLivesMatter
Sangat tidak adil untuk cerita rakyat Dayang Senandong menjadi mangsa akibat perlakuan mat salleh kepada bangsa kulit hitam di tanah asing.
Baca Juga : Senarai 20 Drama Korea Yang Anda Perlu Tonton
SEKIAN
Biar kulit hitam asalkan hati putih bersih.
ReplyDeletedayang senandung lebih ke arah cerita rakyat, memberi pengajaran buat kita semua. pada pandangan saya la :D
ReplyDeleteSeronok citer Dayang senandung... Ada juga pengajaran nya... Hitam kulit takpe.. jangan hitam hati..
ReplyDeleteSebab tu banyak produk krim pemutih
ReplyDeletetakde pulak krim penghitam
Apa ada dengan warna kulit, tapi rata2 orang berebut nak cerahkan kulit, bila gelap, digelar dayang senandong huhu
ReplyDelete