10 Gadget Harga Bawah RM50 PATUT DIMILIKI di SHOPEE

Aerill Hassan
24
Assalamualaikum dan salam sejahtera


10 GADGET HARGA BAWAH RM50 PATUT DIMILIKI DI SHOPEE | Laman beli belah Shopee sememangnya menjual segala-galanya. Apa sahaja barang yang anda ingin dan impikan pastinya ada di Shopee. Yang membezakan barangan-barangan tersebut adalah kualiti dan juga harganya sahaja.

Kali ini, aku nak kongsikan dengan anda 10 Gadget atau alatan elektronik yang anda boleh beli di Shopee dengan harga bawah RM50 sahaja! Kualiti? Jangan risau, semuanya memang kualiti terbaik walaupun harga murah.

10 GADGET HARGA BAWAH RM50 PATUT DIMILIKI DI SHOPEE


1) USB LED Light Electric Insect Killer Fly Bug Mosquito Trap Lamp Pest Catcher


Salah satu gadget yang perlu ada di ruang tamu, bilik atau mana-mana ruang dirumah anda adalah Mosquito Lamp ini. Dengan harga serendah RM12.80, produk ini mampu berfungsi dengan baik dalam memerangkap nyamuk dirumah. Tak perlu lagi guna ubat nyamuk dan sebagainya.

Selain itu, reka bentuk yang minimal, futuristik serta tidak terlampau besar, sememangnya sangat sesuai untuk diletakkan dirumah anda. Lampu yang terdapat di produk ini juga boleh berfungsi sebagai lampu tidur! 

LINK UNTUK PEMBELIAN : https://shp.ee/jenq3kx

2) SonicGear Blue Cube Bluetooth Portable Speakers with FM Radio, USB Powered

Tak puas hati dengan bunyi yang dihasilkan telefon pintar atau komputer riba anda? Jangan risau, anda boleh membeli Bluetooth Speakers yang dikuasakan dengan USB sahaja! Dengan saiz yang compact, speaker ini mampu dibawa kemana-mana, ketika berkelah bersama keluarga, dating bersama pasangan dan sebagainya!

Menawarkan empat jenis warna, anda boleh memilih mengikut citarasa anda. Dengan harga kurang daripada RM20, speaker ini sememangnya satu gadget yang berbaloi untuk anda miliki!

LINK PEMBELIAN : https://shp.ee/zeqspsf

3) LDNIO A4403 Quadruple 4 USB Output Port Auto ID USB Charger (4.4A)


Sekiranya anda mempunyai pelbagai gadget dan setiap satunya perlu dicas menggunakan USB Charger, anda bolehlah memilih untuk membeli USB Charger ini. Mempunyai 4 port pengecas USB yang mampu mengendalikan 4 gadget yang berlainan.

Sesuai untuk anda yang mempunyai gadget yang banyak, dan perlu dicas setiap masa, inilah penyelesaiannya.


LINK PEMBELIAN : https://shp.ee/efnr7qi

4. TOPK L16 Cable Organizer Silicone USB Cable Winder Desktop Tidy Management Clips Cable Holder for Mouse

Selalunya kabel yang berjuntai-juntai, dan banyak, contohnya dimeja kerja kita pastinya membuat keadaan makin serabut. Bayangkan ada 4 sehingga 5 kabel yang berlingkar, kemudian bila nak uraikan balik, fuhh, mengambil masa yang lama jugak.

Takpa, jangan risau sebab di Shopee ada satu produk yang khas untuk menguruskan masalah anda. Dengan harga yang cukup rendah, anda boleh memiliki dan meletakkan di meja anda sekaligus dapat menyelesaikan masalah kabel yang tidak tersusun.



5. Logitech B170 Wireless Mouse (910-004659)

Antara Wireless dengan mouse yang biasa, aku lagi suka jenis wireless, sebab tak ada wayar yang melingkar pusing-pusing dekat laptop dan sebagainya. Tapi selalunya harga untuk wireless mouse lebih mahal.

Tapi jangan risau sebab ada yang harganya murah. Jenama Logitech ni sememangnya dipercayai. Berpatutan dengan harga. Bolehlah beli untuk kegunaan harian anda semasa membuat kerja dan sebagainya.

LINK PEMBELIAN : https://shp.ee/q6h237s

6. LDNIO PQ1017 Fast Charging Output and Input Dual USB Port Power Bank (15w/10000mAh)


Okay, powerbank pun sebenarnya salah satu gadget yang menjadi keperluan. Walaupun telefon pintar zaman sekarang ni, tambah2 keluaran tahun 2020 ini mempunyai kapasiti bateri yang tinggi, tapi tak bermakna anda tak perlukan powerbank.

Selain itu, powerbank juga bukan sahaja untuk telefon pintar, tetapi untuk peralatan elektronok yang lain, seperti USB Fan dan sebagainya. Tapi, jika nak beli powerbank, kena berhati-hati dengan jenama. Ada banyak powerbank yang dijual murah, tetapi akhirnya mampu berfungsi sekejap sahaja.

LINK PEMBELIAN : https://shp.ee/kqjnb4i

7. Baseus Car Fan, 360 Degree Rotating Silent Ventilation Fan, 3-Speed ​​Adjustable Air Conditioning Fan, Mini USB Cooling Fan Car Interior 

Pendingin hawa didalam kereta kurang sejuk? Bila berada dalam kereta, selalu rasa panas? Jangan risau sebab ada produk terbaik iaitu kipas USB yang boleh diletakkan didalam kereta. Dengan harga yang berpatutan, anda dapat memilikinya dan meletakkan didalam kereta.

Ada dua jenis kipas yang dijual, iaitu untuk dihadapan atau kawasan dashboard, dan juga dibahagian belakang untuk penumpang dibelakang. Dengan harga sebegitu, ha, bolehlah beli dua atau tiga sekaligus! Barulah sejuk dan selesa di dalam kereta.

LINK PEMBELIAN : https://shp.ee/mj6qmpa

8. OPPLE LED Motion Sensor Cabinet Night Lamp (2.5W/5700K)


Lampu yang sangat berguna ini dijual dengan harga kurang daripada RM50. Lampu ini anda boleh letakkan contohnya di dalam kabinet baju dan sebagainya. Kawasan yang gelap dan kurang mendapat cahaya memang sesuai diletakkan lampu ini.

Boleh dicas dan terus digunakan. Selain itu, boleh kita gunakan untuk kegunaan lain. Contohnya bila mana elektrik tak ada, atau elektrik rumah kita dipotong sebab dah beberapa bulan tak bayar, ha, gunakan je lampu ni. Mudah bukan? Harga pun murah.

LINK PEMBELIAN : https://shp.ee/usaubmk

9. Vinnfier TOROS 1 Gaming Headphones Extra Bass and Stereo Sound Headsets with Mic

Anda seorang gamers? Suka main game dan perlukan headphone yang berkualiti tapi denagn harga murah? Inilah pilihan anda! Mempunyai dua pilihan warna merah dan biru, sangat sesuai untuk anda yang suka bermain game, permainan online dan sebagainya.

Buat apa beli mahal-mahal, kalau yang murah pun dah cukup berkualiti? Barulah lengkap hidup anda sebagai seorang gamers sejati kan?!

LINK PEMBELIAN : https://shp.ee/vdpr8x2

10. LDNIO SC3604 Power Strip 3 Universal Socket with 6 USB Output (3.4A/2m)

Salah satu produk yang paling wajib untuk dimiliki sekiranya anda suka travel. Bila nak travel ke negara atau tempat-tempat lain bersama keluarga, pastinya yang paling penting untuk mengecas peralatan elektronik. Yelah, dah seharian guna telefon pintar, tablet dan sebagainya. Bila berada di hotel misalnya, itulah waktu tepat untuk cas barangan elektronik.

Tapi yang disediakan pihak hotel pula hanyalah satu plug sahaja. Jangan risau, dengan adanya Universal Socket ini, anda tak perlu risau. Sebab ada 6 USB tempat mengecas. Selain itu, ianya universal socket! Jadi tak perlu risau kalau mengembara ke pelusuk dunia yang lain.

LINK PEMBELIAN : https://shp.ee/m9u9rep


BELI BELAH DENGAN SELAMAT DAN JIMAT

Bila kita nak berbelanja, kita perlulah berbelanja dengan jimat dan tidak membazir. Beli barang dengan harga yang kita mampu beli dan ada kalanya barang yang kita kehendaki itu dijual dengan harga murah, tetapi kualitinya setanding dengan barangan mahal. Betul!

Jadi itu sahaja untuk kali ini, 10 Gadget dengan harga betul-betul murah dibawah RM50 sahaja! Semuanya anda boleh dapati di Shopee sahaja! Kalau anda berminat nnak beli, boleh klik pada link-link yang tersenarai di atas.

SEKIAN
Tags

Post a Comment

24Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. memang selalu beli di shopee berbanding dgn lazada. lebih byk pilihan dan jika nasib baik dpt free shipping. baru je beli mesin basuh semi auto...

    ReplyDelete
  2. Info yang baik..Shopee pilihan saya.. Logitech B170 Wireless Mouse saya ada beli

    ReplyDelete
  3. Dalam list ni, semua tu akak ada. Hahahaha. Nampak tak kaki gadget kat Shopee. Sekarang duk sibuk beli biji benih. 🤣

    ReplyDelete
  4. gadjet2 mcm ni memang suka tengok dalam shopee..wah ada beberapa item tu menarik perhatina, boleh la usha jap lagi. masuk cart dulu.hehe

    ReplyDelete
  5. Terima kasih bro, list dok ada semua barang-barang kegilaan orang lelaki. Jika ada duit lebih nak beli gak yang ada dalam list di atas. hehe

    ReplyDelete
  6. No7 tu macam best ajee... ingat nak cari lerr satu kat Shopee...

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing. Didn't know that Gaming Headphones Extra Bass and Stereo Sound Headsets with Mic could be so cheap at only RM33? Wow! A deal indeed.

    ReplyDelete
  8. hoho... mosquito killer lamp tu menarik perhatian. nk try pasang dlm bilik tidur anak

    ReplyDelete
  9. Shopee mmg banyak jual gadget2 murah. Tahan tak tahan jelah. Kena bijak memilih dan survey dulu.

    ReplyDelete
  10. OK. Dah ada a few yang Rawlins rasa nak beli from your list nie. Semuanya untuk barangan pejabat - senang nak susun atur meja pejabat.

    ReplyDelete
  11. Good list Aerill. Menarik sumer gadjet2 Ini. Thank you for sharing and have a good day.

    ReplyDelete
  12. Bagus ni semua di bawah RM50 nanti nak usha tengok kut ada yg berkenan.

    ReplyDelete
  13. Ada sesetengah barang yang memng dh masuk dlm cart.. Ada yang nad dh beli.. Hehehe.. Tertarik dengn mosquito tu. Sekrg bnyak nyamuk kan.. Murah pulakntu

    ReplyDelete
  14. saya memang dok eyeing LDNIO punya extension tu..
    x beli beli lagi.. sepupu dok guna tengok macam best..
    xyah guna kepala charger..

    ReplyDelete
  15. wow bagus la ada list mcm ni. Saya bab gadget2 memang tak tau sangat, but ni boleh lah jadi rujukan 😁

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing this, i also like to buy this from Shopee.

    ReplyDelete
  17. Thanks for sharing. Panduan yang berguna untuk mereka yang nak beli gadget tersebut.

    ReplyDelete
  18. oled tu menarik..dan harganya agak murah...mmg kalau pandai shopping kat sini..byk benda murah kita dapatkan

    ReplyDelete
  19. Ok menarik juga. Boleh la beli speaker this month. Nx month beli plak power bank. Haha ikut bajet kita

    ReplyDelete
  20. Tengok suami banyak barang die beli senarai list ni. Murah je rupanye. Perangkap nyamuk tu menarik. Tak terpikir pulak. Ok dah add chart. Tq sharing.

    ReplyDelete
  21. Wow...sis tgh cari cariphone..bleh la cari cat Shopee ..macam-macam hado tu ha...murah pun murah

    ReplyDelete
  22. Almoat list ni suami beli. Patutla murah je. Tak terfikir plak perangkap nyamuk tu. Ok sis dah add chart 🤣

    ReplyDelete
  23. Dalam banyak banyak tu memang ada 1 benda dok aim nak beli.
    Power Strip 3 Universal Socket with 6 USB Output (3.4A/2m)

    Pernah tengok dekat kedai. Rm80 harga dia..
    Pengsannnnnn..
    So memang selalu shopping kat shopee, nak beli la nanti. Nak cari benda tu tak tau nama. Ni dah jumpa senang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!