Alhamdulillah, 6 Julai 2020

Aerill Hassan
2
Assalamualaikum dan salam sejahtera



ALHAMDULILLAH, 6 JULAI 2020 | Tarikh 6 Julai setiap tahun merupakan salah satu tarikh yang memberi erti atau makna besar untuk diri aku. 25 tahun yang lalu, pada tarikh yang sama aku dilahirkan di sebuah hospital terletaknya di Sungai Petani, Kedah. Kemudian, saban tahun, aku membesar dibawah jagaan kedua ibu bapa aku, pertambahan ahli keluarga sehinggalah sekarang.

Pertamanya, aku nak berterima kasih kepada insan yang melahirkan aku. Penat lelah melahirkan sememangnya tiada yang setimpal untuk aku balas. Terima kasih sebab selama ini sabar dengan perangai, habiskan wang dan sebagainya untuk anakmu ini.



Seterusnya kepada ahli keluarga yang lain, terima kasih kerana bersama-sama membina keluarga yang serba sederhana, tetapi bahagia. Walaupun tidaklah hidup dalam mewah, tetapi kegembiraan terasa bila bersama.

Juga kepada insan-insan rapat lain, yang susah senang bersama-sama, tak kira waktu, masih menghadirkan diri untuk berada di samping aku. Terima kasih kerana terima aku seadanya untuk 25 tahun ini.

Juga kepada semua kenalan, sama ada kenalan lama, kenalan baru dan sebagainya. Terima kasih atas ucapan kelahiran ini. Sesungguhnya ucapan-ucapan itu seharusnya diberikan kepada ibuku kerana beliaulah yang melahirkan aku.

Syukur kepada hadrat Ilahi kerana memberikan aku rezeki, kudrat dan sebegainya yang membuatkan aku sentiasa bersyukur, dan redha dengan ketentuan yang dihadapi.

In shaa Allah, di usia 25 tahun ini, masih banyak perkara yang belum tercapai. Kehidupan alam dewasa baru bermula. Kestabilan dalam kehidupan masih dicari-cari, tetapi usaha tetap akan berjalan. In shaa Allah.

Sekali lagi, terima kasih semua.

SEKIAN
Tags

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!