Assalamualaikum dan salam sejahtera
TEROKAI PENGALAMAN KAMPUNG DI BANGHURIS HOMESTAY
FAKTA MENARIK : Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Geniotrigona thoracica, Heterotrigona itama, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.
Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.
Selain gasing, kami juga berpeluang melihat dan mencuba demonstrasi sumpit. Sumpit merupakan salah satu senjata yang digunakan untuk berburu ataupun dalam pertempuran terbuka atau sebagai senjata rahsia untuk pembunuhan diam diam. Sumpit berfungsi dengan meniup sahaja.
Satu pengalaman yang menarik kerana dapat melihat bagaimana kerepek-kerepek yang menjadi kegilaan orang ramai, terutamanya sewaktu musim perayaan digoreng, dimasak dan diproses.
Nasi ambeng merupakan satu set makanan yang didalam setnya terdapat nasi putih, ayam masak kicap/ menu ayam, sambal goreng bersama tempe, mee goreng atau bihun goreng, ikan masin, rempeyek, serunding kelapa. Menu makanan yang terdapat dalam set Nasi Ambeng ini juga sebenarnya berbeza mengikut tempat dan juga komuniti. Nasi Ambeng ini merupakan menu popular untuk masyarakat Melayu Jawa di Kuala Selangor, Johor dan juga di Singapura.
Falsafah disebalik nasi ambeng ini adalah sama rata, di mana setiap dulang akan dimakan dan berkongsi tanpa mengira taraf, bangsa dan sebagainya. Berasal dari kepulauan Jawa di Indonesia, Menu Nasi Ambeng ini kebiasaannya akan dijamu untuk majlis-majlis perkahwinan, hari kelahiran dan doa selamat.
Sebenarnya aku baru sahaja mula menyukai rebung sejak 5 tahun lepas. Sebelum tempoh tersebut, aku memang tak akan makan, tapi entah mengapa sekarang rebung antara menu kegemaran aku. Keluarga aku memang dari dulu antara penggemar rebung, hinggakan ada pokok buluh sendiri ditanam untuk dimakan rebungnya.
TEROKAI PENGALAMAN KAMPUNG DI BANGHURIS HOMESTAY | Jom rasai pengalaman tinggal di kampung dan rasai suasana serta lakukan aktiviti menarik di kampung! Kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua tentang antara pengalaman dan aktiviti yang terdapat di Banghuris Homestay.
Sebelum itu, moleklah kiranya aku ceritakan tentang Banghuris Homestay ini terlebih dahulu. Banghuris Homestay merupakan satu tempat yang memberikan anda pengalaman gaya hidup kampung. Nama 'banghuris' merupakan gabungan bagi tiga buah kampung iaitu Kampung Bukit Bangkong, Kampung Hulu Chuchoh dan Kampung Hulu Teris.
Lokasi Banghuris Homestay ini di dalam daerah Sepang, hanya sekitar 35KM sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 50 KM dari Putrajaya dan lebih kurang 97KM dari ibu kota Kuala Lumpur. Banghuris Homestay ini terdiri daripada 80 rumah homestay dan 100 bilik homestay, ia juga mendapat pengiktirafan di Malaysia Tourism Award pada tahun 2004 dalam kategori 'Best Homestay in Malaysia'.
Pengalaman tinggal selama 4 hari 3 malam di Banghuris Homestay memberikan banyak pengalaman menarik dan ada antaranya merupakan pengalaman pertama aku seumur hidup. Banyak aktiviti yang dilakukan dan aku akan bahagikan aktiviti-aktiviti ini mengikut kategori berikut :-
🔔 AKTIVITI AGRO
🔔 PERMAINAN TRADISIONAL
🔔 AKTIVITI IKS (INDUSTRI KECIL & SEDERHANA)
🔔 AKTIVITI KEBUDAYAAN
AKTIVITI AGRO
🌳FERTIGASI MEJA / RUMAH SAYUR🌳
Rumah Sayur - Salah satu aktiviti agro di Banghuris Homestay ini adalah aktiviti penanaman sayur-sayuran secara organik dan sihat. Cara penanaman sayur-sayuran ini dilakukan adalah melalui fertigasi meja.
Tiada sebarang bahan kimia asing yang ditambah melainkan penggunaan bahan organik. Tanah sepertimana yang anda lihat dalam gambar merupakan campuran sabut kelapa, yang menjadi bahan semulajadi memberikan sokongan yang kuat dan sihat kepada sayur-sayuran.
Sistem fertigasi meja ini sangat sesuai untuk sayur-sayuran seperti bayam, kangkung dan beberapa sayur-sayuran lain. Sistem pengairan yang sistematik menghasilkan sayur-sayuran yang segar hanya dari rumah anda.
Aku juga berpeluang untuk melihat bagaimana proses penanaman biji benih, dan proses pengairan untuk sistem fertigasi meja ini.
🌲DEMONSTRASI PEMPROSESAN KOPI🌲
Mungkin ramai yang tak tahu bagaimana cara proses kopi, daripada buahnya dipetik di pokok, sehinggalah menjadi serbuk dan siap untuk dihidangkan kepada anda!
Aku berpeluang untuk melihat bagaimana rupa pokok kopi, cara untuk mengasingkan biji kopi,dan seterusnya melihat bagaimana serbuk kopi dihasilkan.
Fakta Menarik : Kopi Liberica (Coffea Liberica) merupakan jenis kopi yang banyak ditanam di Malaysia. Ia mengeluarkan saiz buah kopi yang paling besar dikalangan 3 jenis kopi. Serbuk kopi yang dihasilkan mempunyai perasa dan bau yang kuat. Pokoknya tumbuh tegak dengan ketinggian maksima 9 meter jika tidak dicantas dengan elok. Daunnya besar berkilat, kisut dan tirus dibahagian hujungnya. Bunganya berwarna putih, besar dan berkelompok.
Buah yang dihasilkan adalah besar, bulat dan keluar berkelompok-kelompok serta mempunyai kulit luar (mesokarp) yang tebal. Jenis ini tahan kepada keadaan kearau dan boleh hidup dikebanyakkan jenis tanah. Ia sesuai ditanam ditanah rendah atau tanah liat atau tanah lanar dan tanah berorganik (tanah gambut). Kopi liberica berbuah selepas 4-5 tahun ditanam dan berpotensi menghasilkan sekitar 750 - 1,000 kh sehektar setahun.
🍯MADU KELULUT🍯
Di Banghuris Homestay juga terdapat lokasinya Lebah Kelulut yang diusahakan oleh Haji Basir. Madu kelulut dan lebah kelulut sekarang ini lebih popular berbanding beberapa tahun yang lalu.
Pengalaman melihat bagaimana lebah kelulut diusahakan dan bagaimana proses mengambil madu lebah dijalankan sangat berharga!
FAKTA MENARIK : Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Geniotrigona thoracica, Heterotrigona itama, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.
Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.
PERMAINAN TRADISIONAL
⛰ PERMAINAN GASING ⛰
Kanak-kanak sekarang mungkin majoritinya sudah melupakan tentang permainan gasing. Permainan yang menggunakan teknologi, telefon pintar dan sebagainya telah mengambil alih permainan tradisional melayu kita.
Di Banghuris Homestay, permainan-permainan tradisional masih diamalkan dan dimainkan oleh generasi muda. Sedikit fakta berkenaan gasing, gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Kebiasaannya 1 meter panjang.
🎇 SUMPIT 🎇
☁ PERMAINAN WAU KAPAL ☁
Masih ingatkah anda ketika diwaktu kecil bermain layang-layang plastik yang dibeli di kedai? Kali ini kami berpeluang melihat bagaimana wau kapal dihasilkan dan mencuba menerbangkan wau kapal ini ke langit.
Fakta Menarik : Wau kapal merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Selangor. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia. Wau Kapal merupakan merupakan wau rasmi bagi negeri Selangor.
Wau kapal menyerupai bentuk wau bulan tetapi memiliki corak yang berbentuk kapal.
Sesi demonstrasi menghasilkan wau kapal.
Sesi demonstrasi menaikkan wau kapal.
Satu pengalaman yang menarik kerana ada teknik tersendiri dalam menaikkan wau kapal tersebut. Selain itu, teknik untuk meng'stabil'kan wau juga dipertontonkan. Akhir sekali, kami juga diajar bagaimana untuk menurunkan wau kapal tersebut dengan selamat.
AKTIVITI IKS (INDUSTRI KECIL & SEDERHANA )
🍠 KILANG PROSES KEREPEK 🍠
Salah sebuah industri kecil dan sederhana (IKS) disini adalah pembuatan kerepek. Jamirah Food Industries bermula dengan kecil sahaja dan sekarang mampu menjana keuntungan berlipat ganda.
Kebanyakan pelanggan mereka membeli secara borong dan dibawa ke tempat lain untuk dipack semula dan dijual. Pelbagai jenis kerepek dan kekacang yang dijual disini, selain dijual secara borong, mereka juga menjual secara runcit.
🌸DEMONSTRASI JAMU BERAS 🌸
Tusriah bt Saram atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda, merupakan seorang usahawan jamu dan perubatan tradisional. Di sini kami diberi info tentang perubatan tradisional serta kegiatan beliau dalam usaha memartabatkan industri perubatan tradisional.
Demonstrasi menghasil dan memproses PARAM, iaitu sejenis bahan yang digunakan untuk merawat kulit dan kesihatan.
Bukan itu sahaja, Bonda juga turut memberikan beberapa tips dan cara-cara merawat sakit dengan cara tradisional. Perlu diakui juga walaupun perubatan moden sudah banyak, tetapi perubatan tradisional juga tidak kurang hebatnya!
🐄 BELULANG LEMBU🐄
Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), belulang adalah kulit binatang yg telah dikeringkan. Jadi belulang lembu adalah kulit lembu yang dikeringkan dan diproses.
Satu pengalaman yang menarik kerana aku dapat lihat bagaimana proses menghasilkan belulang lembut yang lembut dan siap untuk dimakan. Proses bermula dengan sesi pengeringan, pembakaran dan sebagainya.
Banyak juga proses sebenarnya nak hasilkan belulang lembu yang sudah siap untuk dimasak dengan resipi yang sedap-sedap. Jadi aku tak hairan sekiranya harga yang ditawarkan untuk belulang adalah tinggi sebab prosesnya begitu rumit.
Diusahakan diperkarangan rumah sahaja, menghasil dan menjual belulang lembu ini pastinya memberikan keuntungan sekiranya terdapat permintaan tinggi. Kebiasaanya dimusim hari raya korban, pastinya akan ada lambakan kulit lembu, jadi diwaktu inilah kulit-kulit lembu yang tidak digunakan, akan diberi dan diproses oleh mereka untuk hasilkan belulang lembu yang siap diproses.
AKTIVITI KEBUDAYAAN
👱TRADISI 'BERENDOI' 👱
Berendoi merupakan satu tradisi dan adat yang dijalankan untuk bayi. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh.
Ini merupakan kali pertama sebenarnya aku melihat secara depan-depan majlis ini. Untuk pengetahuan anda, upacara berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.
💪 SILAT 💪
Persembahan silat juga diadakan sebelum majlis berendoi tersebut dimulakan.
🍛 NASI AMBENG 🍛
🍲DEMONSTRASI REBUNG MASAK LEMAK 🍲
Demonstrasi menghasilkan menu rebung, daripada mula membersihkan dan membuang bahagian yang keras, sehinggalah siap lauknya. Sepanjang proses ini, aku memang terliur dengan menu rebung yang dihasilkan. Teringat pula bila ada kenduri-kendara di kampung aku di Kedah, pasti akan ada menu rebung.
PAKEJ DI BANGHURIS HOMESTAY
For further information & reservation, please contact :-
📞 Haji Basir bin Wagiman : 013-300 3942
📞 Mrs. Misriah bt Natijo : 019-391 9547
📞 Mr. Azizi bin Haji Basir : 019-649 7655
📬Email : banghuris_homestay@yahoo.com
#KitaKeKampung #KitaKanSekampung #PusingSelangorDulu #BudayaSelangor #travellocal #travelsafe #GayaTravel
Program Kita Ke Kampung yang berlangsung dari 24 Julai - 27 Julai ini dibawakan oleh UPEN Selangor, pengurusan oleh Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan disokong oleh Gaya Travel Magazine
Memang best bercuti di Bnaghuris Homestay ni sebab macam2 pengalaman yg kita boleh experience terutama bab proses belulang dan rebung tu
ReplyDeletepengalaman yg bagus dapat ke sini kan. kalau bawa anak2 pun best ni. tambah bagi mereka yg xthu suasana kampung boleh la datang sini
ReplyDeletedah lama nak pegi sini tapi tak berkesempatan
ReplyDeleteBaru tahu ada award Best Homestay in Malaysia tapi memang layak menang sebab aktiviti sgt bernilai. Teringat masa kecik2 selalu ikut atok petik kopi pastu curi2 makan isi dlam tu. Hehe
ReplyDeleteWah. Terbaik la penginapan kat homestay nie. Rawlins teringin nak try permainan tradisional tu semua - especially naikkan wau tu. Teringat zaman kanak-kanak.
ReplyDeleteBestnya stay sini.. Harga pun murah.. Dapat tengok macamw aktiviti.. Syokla.. Boleh masuk wishlist ni.. Tengok cara pembuatan kopi, naai ambeng. Pergh
ReplyDeletemenarik juga Homestay kat sini. Banyak aktiviti dan tempat boleh dilawati.
ReplyDeleteMmg patut boleh mng award.. trrbaik la...
Wahhhh akak rindu nak ke Baghuris Homestay Sepang ni. Memang best laaaaaa ke sana. Makan jangan cerita. Lauk kampung tu buat bertambah makan. Aktiviti pun menarik. Hari tu nak pi dah join. Cuma lepas balik trip sebelum tu risau tak fit untuk trip yang ini. Suka penulisan Aerill. Keep it up. UPEN, Baghuris Homestay dan Gaya Travel pasti suka.
ReplyDeleteSeronok kalau dapat explore tempat ni. Perkampungan melayu yg msh mengekalkan tradisi lama
ReplyDeleteWah banyak nya aktivit boleh buat di Banguris homestay ni. Menarik betul lah memang unik belajar pasal kampung Dan makanan Yang ada.
ReplyDeleteSatu lokasi baik untuk mereka yang suka bercuti dikelilingi alam semuala jadi...
ReplyDeleteMemang baik percutian sebegini kerana bukan sahaja boleh lebih dekat dengan alam sekitar bahkan boleh mempelajari banyak ilmu yang baru.
ReplyDeleteKalau dapat experience stay and explore kampung lifestyle memang best, tenang jer suasana kat sana.
ReplyDeleteblogwalking here.. :) http://acuyuhan.blogspot.com/
ReplyDelete