Apa Yang Menarik di Daerah Kota Tinggi, Johor? | Setiap tempat, daerah, kampung dan bandar pasti mempunyai keunikannya tersendiri. Pastinya akan ada tarikan contohnya kesenian, bangunan bersejarah, bangunan ikonik dan pelbagai lagi. Tarikan sebeginilah menjadikan sesuatu tempat itu unik dan menjadi tumpuan para pelancong.
Baru-baru ini aku berpeluang ke beberapa tempat menarik dan indah di negeri Johor Darul Takzim iaitu daerah Kota Tinggi. Sedikit info tentang daerah Kota Tinggi, daerah ini berkeluasan 3488.7 kilometer persegi dan merupakan daerah terbesar di negeri Johor.
Asal usul bagi nama Kota Tinggi ini dikatakan berasal daripada bentuk muka buminya yang bertanah tinggi. Mengikut sejarah, nama Kota Tinggi diberi oleh Sultan Mahmud kerana Kedudukannya yang terletak lebih tinggi daripada aras sungai.
8 LOKASI MENARIK DI DAERAH KOTA TINGGI
Sebenarnya ini merupakan kali pertama aku datang ke negeri Johor dan dapat melawat tempat-tempat yang cantik dan menarik. Yalah, aku asal dari negeri utara tanah air, nak datang ke negeri paling selatan adalah sangat jauh. Terima kasih diucapkan buat Tourism Johor dan Gaya Travel Magazine atas penganjuran program ini dan atas jemputan sertai program ni.
Okaylah, mesti korang tertunggu-tunggu nak tahu tempat dan lokasi menarik sekitar daerah Kota Tinggi ni kan? Tanpa melengahkan masa, aku akan mulakan cerita tentang lokasi menarik di Daerah Kota Tinggi.
1. MUZIUM KOTA TINGGI
Kita mulakan dengan tempat menarik di bandar Kota Tinggi. Untuk mereka yang sukakan sejarah dan juga mahu belajar tentang kesultanan Johor, inilah tempatnya.
Disini korang akan dapat belajar bagaimana Kesultanan Johor ditubuhkan dan bagaimana sehingga kini masih berkuasa dan kukuh memerintah negeri Johor ini. Selain itu, korang jugak dapat lihat senjata-senjata yang digunakan ketika peperangan dan sememangnya korang akan terkejut sebab senjata yang digunakan adalah hebat-hebat belaka dan bukannya keris semata-mata.
Untuk korang yang tak puas dengan hanya melihat di Muzium sahaja, ada juga aktiviti yang seronok iaitu Heritage Bicycle Tour dimana anda akan dibawa ke tempat menarik sekitar bandar Kota Tinggi dengan menaiki basikal sahaja! Salah satu aktiviti menarik juga ya, sebab dapat beriadah di samping mengenal bandar Kota Tinggi.
Laman Web : http://www.ywj.gov.my/muzium-kota-tinggi/
Alamat : Kampung Makam, 81900 Kota Tinggi, Johor
Waktu Operasi : Dibuka Setiap Hari Kecuali Hari Jumaat, 9.30 pagi hingga 4.30 petang.
2. RIVER CRUISE & KELIP KELIP @ SG JOHOR
Melihat kelip-kelip dengan lebih dekat serta menyelusuri Sungai Johor diwaktu malam sememangnya satu pengalaman yang korang tak boleh lepaskan. Antara tarikan terbaru juga di sini, menaiki bot kecil dan melalui sungai yang penuh dengan sejarah.
Melihat kelip-kelip dengan cahaya yang sangat kurang, kegelapan malam dan cahaya daripada bulan sahaja memang satu pengalaman yang indah. Sekiranya anda bertuah, bot anda akan dibawa ke tepi sungai dan berdekatan dengan pokok-pokok dimana kelip-kelip itu berada.
Sekarang ini banyak tarikan dibandar-bandar dengan hasil seni dijalanan atau di dinding bangunan. Bandar Kota Tinggi turut tidak terkecuali apabila adanya jalan-jalan yang dipenuhi dengan hasil seni dan lukisan pelukis handal.
Lokasi : 21, Bawah, Jalan Tambatan, Pusat Perdagangan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
Pantai Tanjung Buluh merupakan antara tarikan terbaru di daerah ini, lokasi yang mula menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga dan juga kawan-kawan.
Pantai yang baru sahaja dinaiktaraf, dibina pelbagai kemudahan menarik dan juga beberapa infrastruktur lain yang menjadikan pantai ini lebih mesra orang ramai.
Oh ya, lebih menarik dan tertarik lagi adalah di pantai ini juga terdapat aktiviti surfing atau aktiviti luncur ombak.
Pengunjung boleh mencuba meluncur ombak disini dan bagi mereka yang tidak reti, korang akan diajar. Korang jugak boleh tengok ada budak-budak kecil yang diajar secara beramai-ramai untuk meluncur ombak.
Lokasi : Pantai Tanjung Buluh, Sedili Kechil 81910, Johor
Jika korang sukakan alam sekitar dan hutan, aktiviti menyelusuri kawasan paya bakau ini pastinya korang wajib cuba! Perjalanan menaiki bot ke kawasan Kg Linting Wetlands ini bermula di jeti yang terletak di kawasan Kg Belungkor.
Korang akan dibawa melalui sungai Belungkor, kawasan paya bakau di Kg Linting, dan juga melihat tapak semaian pokok bakau di Kg Tanjung Surat.
Selain itu, korang akan diperlihatkan beberapa hidupan sungai seperti belangkas, gamat dan juga lokan.
Instagram : https://www.instagram.com/belungkor_adventure/
6. DESARU FRUIT FARM
Seterusnya adalah lokasi di Desaru iaitu salah satu lokasi pelancongan popular di daerah ini. Desaru Fruit Farm merupakan syurga bagi anda yang cintakan buah-buahan tempatan.
Desaru Fruit Farm ini memberikan pengalaman menarik untuk korang melihat pokok buah-buahan tempatan. Mungkin sebelum ini korang tak tau macam mana rupa bentuk pokok, jadi inilah masanya.
Untuk melihat kawasan-kawasan sekitar Desaru Fruit Farm ini, ada beberapa cara pengangkutan. Antaranya adalah dengan menaiki ATV ataupun menaiki lori. Trip kitorang hari tu, kami menaiki lori untuk melihat ladang ini dan seterusnya berjalan kaki sahaja untuk melihat lebih dekat.
Disini korang bukan sahaja dapat lihat buah-buahan, tapi korang juga dapat menikmati buah-buahan segar dan juga beberapa jenis minuman yang lazat. Selain itu, ada juga kedai serbaneka yang menawarkan pelbagai produk menggunakan hasil buah-buahan.
Laman Web : https://dff.world/
Alamat : Desaru Fruit Farm, Sungai Cemaran Desaru, Desaru, 81900 Kota Tinggi, Johor
Facebook : https://www.facebook.com/DESARUFRUITFARM/
Untuk korang yang mencari tempat penginapan di Desaru ini, korang bolehlah ke Lotus Desaru Beach & Spa. Salah satu resort yang cantik dan juga eksklusif.
Pelbagai bilik ditawarkan mengikut kemampuan anda. Ada bilik yang sesuai untuk keluarga yang ramai dan ada juga bilik untuk bilangan yang kecil. Yang pasti segala kelengkapan dan kemudahan tersedia dan anda pasti akan puas hati.
Lotus Desaru Beach Resort & Spa is a popular beach resort and hence a major tourist destination in Malaysia. Welcome to Lotus Desaru Beach Resort & Spa "The resort for all reasons" surrounded with water, this internationally known beach is the most popular beach along the east-coast in the district of Kota Tinggi, has a stretch of about 26 km of pristine, sandy beach and fringed with palm trees.
Lotus Desaru Resort ini sangat besar kerana mempunyai pelbagai tarikan tersendiri termasuklah taman tema air, kolam air lagoon, spa, aktiviti laut ( Parasailing, Jet Ski, Banana Boat, Family Tube, Boat Ride, Fishing Trip), gym dan juga dewan.
Sekiranya korang datang menginap disini, pastinya korang tak akan bosan sebab ada pelbagai aktiviti menarik hanya dalam resort ini sahaja!
Lokasi : Lot 1854, Jalan Desaru, 81930 Bandar Penawar, Johor
Laman Web : http://www.lotusdesaru.com/
Desaru Coast merupakan satu kawasan eksklusif yang menempatkan beberapa hotel dan resort bertaraf premium. Pelbagai tarikan menarik disini termasuklah Hard Rock Hotel, The Westin, Anantara Desaru Coast Resort & Villas, The Els Club dan juga Adventure Waterpark.
Korang boleh bawak keluarga dan juga rakan-rakan untuk rasai pengalaman menginap di hotel bertaraf 5 bintang dan juga melakukan aktiviti lain seperti bermain golf dan juga mandi manda di Adventure Waterpark.
Desaru Coast Waterpark merupakan salah satu taman tema air terbesar di dunia, menawarkan lebih 20 tarikan berbeza untuk dirasai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Laman Web : https://desarucoast.com/
Facebook : https://m.facebook.com/desarucoastmalaysia/
Instagram : https://instagram.com/desarucoastmalaysia
Jadi itu sahaja lokasi-lokasi menarik yang sempat aku terjah dalam program yang aku sertai baru-baru ini. Sebenarnya untuk melawat lokasi-lokasi ini, aku perlukan masa yang lebih lama sebab aku rasa tak puas. Masih banyak lagi yang belum aku terokai sepenuhnya.
Jika korang bercadang nak bercuti dan menjelajah daerah Kota Tinggi ini, pastikan korang mempunyai waktu yang banyak, barulah puas untuk terokai tempat menarik di daerah Kota Tinggi ini. Di Malaysia pun ada banyak lokasi menarik untuk dilawati, jadi marilah kita menyokong industri pelancongan tempatan, terutamanya dimusim pandemik ini.
SEKIAN
#GayaTravel #visitJohor2020 #majesticjohor #tourismjohor #cuticutimalaysia
Program Majestic Johor yang berlangsung dari 1 September 2020 - 5 September 2020 ini dibawakan oleh Tourism Johor dan Gaya Travel Magazine
kalau dapat bercuti ke sini memang puas. macam2 aktiviti boleh buat :)
ReplyDeletethank you for sharing
ReplyDeletebanyak juga yang best di kota tinggi ni eh. ada mural dr amalina plak tu. boleh la pegi nanti dengan kawan2.
ReplyDeleteteringinnya nak pergi! tak pernah jejak lagi kota tinggi. kata saudara, kiteorang tak boleh ke sana hahah tak tau kenapa. anyway banyak nya tempat best dkt sana!
ReplyDeleteBanyak tempat menarik di Kota Tinggi..ada yang k mid dah ssmpai.ada yang belum..dengan perkongsian ini bolehlah jadi rujukan akan dtg pabila nak pergi ke sini
ReplyDeleteBestnya tempat2 yang Arell pergi !! Belum pernah lagi sampai ke Kota Tinggi. Xsangka banyak tempat menarik utk diterokai
ReplyDeleteBanyaknya tempat menarik. Sy tak pernah sampai Johor lagi .. huhu.. boleh jadi rujukan pada masa depan ni
ReplyDeleteRawlins tak sampai lagi ke Kota Tinggi. Maybe sekarang is the best time to explore locations dalam negara kan
ReplyDeleteTak ajok. Bestnye jalan-jalan johor. Lama dah tak gi sana.
ReplyDeleteKitkat baru saja balik dari Kota Tinggi last weekend. Tapi sayangnya tak explore sangat kat situ... Kena repeat balik trip ni.. Thanks for sharing this list 🙏🙏
ReplyDeleteKalau ke johor boleh singgah. Macam2 ada di kota tinggi ❤️❤️❤️
ReplyDeleteI have not been to Daerah Kota Tinggi, Johor. But it looks like so much fun there! Wanna visit it one day
ReplyDeleteKita pernah pertama kali sampai Kota Tinggi ni adalah rumah kawan kita jer tak tahu lak banyak tempat menarik tapi kawan kita kata ada pantai best kat sini hurmmmm nak pergi sana lagi..
ReplyDeleteBanyak tempat2 menarik di kota tinggi, best klu dpt cuti2 malaysia, dah lama tak round johor
ReplyDeleteseronoknya dapat jalan2 explore tempat2 yang menarik kat malaysia ni kan? johor pun ada je tempat i belum jelajah lagi..hahha
ReplyDeletemural tu tak pernah gi lagi
ReplyDelete