Assalamualaikum dan salam sejahtera
Flaming Koli - Menu Terbaru di The Chicken Rice Shop Sempena Sambutan Deepavali | Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, aku sihat sejahtera dan masih menjaga kesihatan. Baiklah, untuk kali ini aku nak kongsikan dengan anda satu menu istimewa bersempena dengan perayaan Deepavali di sebuah restoran terkenal!
Okay, baru-baru ini aku ada nampak satu promosi terbaru di restoran The Chicken Rice Shop, jadi tanpa melengahkan masa aku mengajaka rakan-rakan aku untuk makan bersama dan mencuba promosi terbaru itu.
FLAMING KOLI - MENU TERBARU SEMPENA DEEPAVALI
Promosi terbaru kali ini di The Chicken Rice Shop adalah Flaming Koli bersempena dengan perayaan Deepavali. Flaming Koli yang dibawakan khas ini dicipta oleh The Chicken Rice Shop (TCRS) khas untuk perayaan Deepavali yang mana membawa inspirasi masakan India yang kaya dengan aroma dan rempah ratus.
“Deepavali adalah masa untuk memberi dan berkongsi bersama yang tersayang. Perayaan ini melambangkan kegembiraan dan oleh itu, TCRS tidak sabar untuk meraikan perayaan ini dengan menyediakan hidangan khas Deepavali untuk dinikmati semua.Kami faham yang ia mungkin agak mencabar untuk mendapatkan sukatan rempah ratus yang tepat untuk menghasilkan masakan India yang lazat, oleh itu kami berusaha untuk memudahkan orang ramai untuk menikmati menu istimewa ini dengan selesa dan mudah. Kami harap hidangan ini akan meningkatkan selera para peminat sambil membangkitkan kenangan indah buat semua.Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami setiap masa. Ini merupakan janji kami untuk semua dan kali ini, kami kembali untuk menyinari perayaan cahaya dengan hidangan yang tidak dapat dilupakan.”Sebagai jenama anak Malaysia, kami sentiasa bersedia untuk menghidangkan sesuatu yang unik bagi rakyat Malaysia. Pelbagai lagi promosi yang boleh dinantikan dan kami harap anda akan terus memberi sokongan,” - June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd
Untuk anda yang ingin cuba Flaming Koli ini, anda bolehlah berkunjung ke The Chicken Rice Shop yang berhampiran. Oh ya, promosi menu Deepavali ini akan berlangsung dari 21 September 2020 sehingga 15 November 2020 ini sahaja!
TCRS berpegang teguh pada slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’ dan sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu baharu yang menyediakan hidangan penuh aroma yang memenuhi citarasa orang ramai.
REVIEW MENU FLAMING KOLI THE CHICKEN RICE SHOP
Okay, sekarang tibalah masanya untuk aku beri pendapat dan pandangan aku selepas menikmati hidangan Flaming Koli ini. Aku memang seorang yang sukakan masakan pedas. Kalau pergi ke restoran mamak contohnya, aku akan ambil menu yang pedas-pedas belaka.
Untuk menu Flaming Koli ini bagi aku satu menu yang sedap dan lain daripada yang lain. Lainnya adalah kandungan rempah ratus yang aku rasa lebih banyak daripada hidangan yang pernah aku cuba sebelum ini.
Satu set hidangan yang sangat mengenyangkan bahkan bagi aku satu set yang agak berat. Memang boleh penuh perut untuk seharian ditambah lagi dengan rasa pedas dan rempah ratus, aku memang suka hidangan Flaming Koli ini.
Selepan menikmati hidangan ini dan melihat senarai harga yang ditawarkan, aku rasa sangat berbaloi. Harga yang ditawarkan cukup berpatutan dengan apa yang anda bakal dapat setelah menikmati hidangan ini.
Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Tanpa melengahkan masa lagi, bawalah rakan-rakan, ahli keluarga dan sesiapa sahaja untuk mencuba menu Flaming Koli ini. Aku percaya dan yakin anda tidak akan hampa dengan menu terbaru ini!
Untuk dapatkan info selanjutnya berkenaan promosi dan maklumat lain mengenai The Chicken Rice Shop, anda boleh layari di laman berikut :-
Laman web : www.thechickenriceshop.com
Facebook : https://www.facebook.com/thechickenriceshop/
#TheChickenRiceShop #TCRS #FlamingKoli #DeepavaliTCRS
wah menarik ni. boleh cuba nanti. Jemput join my GA last 30 September! :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html
ReplyDelete