Kisah Seram : Misteri Penyewa Rumah Banglo di Ampang Jaya

Aerill Hassan
4
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar pembaca dan peminat kisah seram sekalian? Alhamdulillah, sudah lama rasanya kita tidak bersiaran. Kembali lagi dalam rancangan Kisah Seram Apa Minggu Ini? Kali terakhir bersiaran rasanya pada bulan Julai yang lalu. Alhamdulillah, kini kita kembali dan episod kali ini aku akan kongsikan kepada anda semua tentang kisah misteri sebuah banglo. Selamat membaca. ✌😎

KISAH SERAM : MISTERI PENYEWA RUMAH BANGLO DI AMPANG JAYA



Sebuah banglo di Ampang Jaya tersergam indah tidak jauh dari jalan besar. Biasanya rumah besar dua tingkat ini disewakan oleh tuannya seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk. Ramai yang memanggil Datuk ini sebagai ‘Datuk S’ saja.

Datuk S mempunyai beberapa buah rumah sekitar Subang Jaya dan Damansara. Bagaimanapun, dia selalu menjenguk rumahnya di Ampang Jaya kerana di belakang rumah itu terdapat pokok buah-buahan walaupun tidak banyak.

Yang peliknya, setiap penyewa rumah tersebut tidak tahan lama tinggal di rumah itu. Paling lama mereka tinggal 4 hingga 6 bulan saja. Bila rakan-rakan bertanya, mereka menjawab ‘tak tahan’ ataupun ‘panas’.

Banglo tersebut cukup selesa dan indah. Di sekelilingnya penuh dengan hiasan taman dan beberapa buah set bangku marmar tempat berehat.

Pada suatu hari saya terserempak dengan seorang kawan bernama Hamdi yang pernah menyewa banglo yang dipanggil Seri Vila itu. Sambil minum di sebuah restoran di Chow Kit, saya sempat bertanya: “Mengapa kau pindah dari Seri Vila? Sewanya mahal ke?”

“Oh, bukan pasal sewa,” jawabnya.

“Sewanya seribu aku boleh bayar, tapi aku tak tahan… panas.”

“Panas?”

“Betul,” angguknya.

“Yang aku tahu sudah lebih 20 orang sewa Seri Vila tapi semuanya cabut, paling tinggi boleh bertahan 6 bulan.”

“Mengapa? Datuk S cerewet, Datin S cerewet?” tanya aku lagi.

“Tidak… Sebnarnya banyak gangguan ghaib. Bila kita berada di tingkat atas selalu kedengaran orang berjalan kaki gunakan terompah kayu di bawah. Bila kita turun ke bawah memeriksa, tidak ada apa-pun. Bila kita berada di bawah pula menonton TV dan sebagainya, selalu denga orang mandi di bilik air di atas. Bila kita naik ke atas memeriksa, tidak ada pula orang mandi di situ.

“Ketika kita hendak tidur pula selalu terdengar  orang mengetuk-ngetuk pintu atau tingkap. Bila diperiksa, tidak ada siapa yang datang. Kadang-kadang terhidu bau kemenyan waktu dinihari. Yang paling aku tak tahan bila aku tidur di atas, esok paginya bila aku terjaga, aku berada di tingkat bawah. Siapa yang angkat aku ketika tidur? Kadang-kadang kedudukan kerusi dan pinggan mangkuk pun berubah-ubah…”

Datuk S tahu masalah itu. Dia sendiri pun pernah tinggal di rumah itu satu masa dulu, tapi akhirnya terpaksa berpindah ke rumahnya di Subang Jaya dan Damansara.

Datuk S pun pernah menggunakan khidmat bomoh untuk mengatasi masalah tersebut. Kononnya pernah disemah atau dipindahkan penunggu di Seri Vila itu. Saya menceritakan hal tersebut kepada seorang kawan, Yasin, yang ingin mencari rumah sewa.

“Aku setuju sewa rumah itu. Mana ada hantu. Aku tak percaya ada hantu di Seri Vila. Kalau murah, aku akan sewa. Memang elok, rumah besar, anak pun ramai,” kata Yasin.

Akhirnya, Yasin dan keluarga tinggallah di rumah itu. Hari pertama tidak ada apa-apa hinggalah menjangkau 4 bulan. Bila saya berjumpa dengan Yasin, dia tergelak berdekah2… “Mana ada hantu! Mana ada jembalang…” katanya.

Pada suatu malam, kira-kira pukul 12.00, Yasin dengan keluarganya mula hendak tidur di tingkat atas. Tiba-tiba dia terdengar bunyi kucing berkelahi di tingkat bawah hingga susah hendak melelapkan mata. Padahal Yasin tidak pernah memelihara kucing.

Yasin bergegas ke tingkat bawah. Ah, memang tidak ada kucing. Lalu dia berlari ke ruang dapur, alamak, lantai terazzo di dapur itu didapati jerlus. Yasin jenguk ke dalam lubang…

Mahu Yasin menjerit, tapi mulutnya kaku bila melihat dalam lubang jerlus itu terdapat beberapa ketul batu nisan yang sudah berlumut…

Esoknya, Yasin terus pindah!

Sumber : Xmastika.my
Tags

Post a Comment

4Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. meremang bulu roma abe kie bila baca kisah seram ni...

    ReplyDelete
  2. haishh seram! ruamh tu atas tapak kubur agaknya ek?

    ReplyDelete
  3. ᗴᑎTᗩᕼ ᗷᗴTᑌᒪ Kᗴ ᙭..ՏᗩYᗩ ᙭ Tᗩᑌ🤔🤔🤔

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!