Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mencari maklumat tentang panduan memohon UPU Online untuk Sesi Akademik 2021/2022? Jangan risau, semuanya akan dikongsikan di dalam artikel kali ini. Pastinya setiap pelajar ingin melanjutkan pengajian ke satu tahap yang lebih tinggi. Lepasan SPM pastinya ingin melanjutkan ke Asasi / Diploma / Matrikulasi dan sebagainya.
Artikel kali ini mengumpulkan segala maklumat yang diperlukan untuk membuat permohonan UPU Online bagi Sesi Akademik 2021/2022. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah dalam memahami sebarang maklumat, anda bolehlah ajukan soalan diruangan komen dibawah.
ISI KANDUNGAN
- PERMOHONAN UPU ONLINE SESI AKADEMIK 2021 / 2022
- SYARAT AM LEPASAN SPM
- TARIKH-TARIKH PENTING KEMASUKAN PELAJAR LEPASAN SPM DAN STPM / SETARAF SESI AKADEMIK 2021 / 2022
- 15 PANDUAN PERMOHONAN UPU ONLINE
- PANDUAN MEMILIH PROGRAM
- DASAR DAN KRITERIA PEMILIHAN SPM
- PENGIRAAN MARKAH MERIT LEPASAN SPM
ARTIKEL BERKAITAN : CARA DAFTAR SPA9
PERMOHONAN UPU ONLINE SESI 2021/2022
Untuk pengetahuan anda, permohonan UPU Online bagi Sesi Akademik 2021/2022 telah dibuka pada 4 JANUARI 2021 lalu (12 Tengah Hari) sehingga 31 MAC 2021 (5 Petang)
a) LEPASAN SPM
Berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020 ( jika ada )
Pemilihan Program Pengajian boleh dibuat dari 21 MAC 2021 (12 Tengah Hari) sehingga 31 MAC 2021 (5 Petang)
b) LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Berdasarkan keputusan peperiksaan terkini.
Pemilihan Program Pengajian boleh dibuat sebaik sahaja anda membeli nombor unik ID di BSN
c) LEPASAN STPM/ MATRIKULASI / ASASI / STAM
Berdasarkan :-
- STPM 2020 - Keputusan Peperiksaan Terbaik Sehingga Semester 2
- MATRIKULASI / ASASI - Keputusan Peperiksaan Hingga Semester 1
- STAM 2020 - Keputusan Peperiksaan Percubaan (Jika Ada)
Pemilihan Program Pengajian boleh dibuat dari 16 MAC 2021 ( 12 Tengah Hari ) sehingga 31 MAC 2021 ( 5 Petang )
SYARAT AM LEPASAN SPM
Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai No. Kad Pengenalan / My Kad sahaja yang layak mengemukakan permohonan.
i) Ke Universiti Awam (UA) / Institusi Pendidikan Guru (IPG) / Kolej Matrikulasi / Politenik Premier
ASASI / MATRIKULASI / PISMP
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya :
a) LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu
b) Lulus SEJARAH
DIPLOMA
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya :
a) TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu
b) Lulus SEJARAH
ii) Kelayakan SPM untuk Kemasukan ke Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA
DIPLOMA
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya
a) TIGA (3) kepujian
b) Lulus BAHASA MELAYU & SEJARAH
SIJIL
Pemohon mestilah :-
a) Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
b) Boleh membaca, menulis dan mengira
TARIKH-TARIKH PENTING KEMASUKAN PELAJAR LEPASAN SPM DAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2021/2022
LEPASAN SPM:
- Fasa Permohonan : 04/01/2021 - 31/03/2021
- Proses Temu Duga / Ujian : APRIL 2021 - JUN 2021
- Fasa Pengemaskinian : 5 Hari Selepas Keputusan SPM Diumumkan
- Tarikh Hebahan : Minggu Ke-3 JULAI 2021
LEPASAN STPM/SETARAF:
- Fasa Permohonan : 04/01/2021 - 31/03/2021
- Proses Temu Duga / Ujian : MEI 2021 - OGOS 2021
- Fasa Pengemaskinian : 09/08/2021 - 12/08/2021
- Tarikh Hebahan : Minggu Ke-3 SEPTEMBER 2021
15 PANDUAN PERMOHONAN UPU ONLINE
- Pembelian Unik ID UPUOnline. Sila pilih kategori yang betul.
- Layari portal rasmi UPUOnline.
- Pastikan kategori yang betul.
- Semak syarat kelayakan disini.
- Kira merit disini.
- Semak tren permohonan dan penawaran.
- Semak laluan kerjaya.
- Isi permohonan UPUOnline disini.
- Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
- Pilih program mengikut keutamaan.
- Lengkapkan borang permohonan.
- Klik butang "SIMPAN".
- Cetak slip permohonan.
- Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
- Semakan & kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.
ARTIKEL BERKAITAN : CARA DAFTAR SSM ONLINE
PANDUAN MEMILIH PROGRAM
- Melepasi syarat am & syarat khas program institusi/agensi.
- Program yang minat.
- Pilihan program mengikut keutamaan
- Rujuk kaunselor.
- Pelbagai pilihan bidang & institusi/agensi.
DASAR DAN KRITERIA PEMILIHAN SPM
Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai;
90% MARKAH AKADEMIK
10% MARKAH KOKURIKULUM
ARTIKEL BERKAITAN : CARA RENEW ROADTAX & INSURANS KENDERAAN ONLINE
PENGIRAAN MARKAH MERIT LEPASAN SPM
a) 90 MARKAH BAGI LIMA(5) MATA PELAJARAN UTAMA
b) 30 MARKAH BAGI TIGA(3) MATA PELAJARAN TERBAIK LAIN
b) 30 MARKAH BAGI TIGA(3) MATA PELAJARAN TERBAIK LAIN
KAEDAH PENGIRAAN MERIT SPM
a) MARKAH AKADEMIK = MARKAH MATA PELAJARAN UTAMA ALIRAN + MARKAH MATA PELAJARAN TERBAIK
b) MARKAH AKADEMIK 90% = MARKAH AKADEMIK/120 x 90
c) MARKAH MERIT = MARKAH AKADEMIK 90% + MARKAH KOKURIKULUM (10%)
b) MARKAH AKADEMIK 90% = MARKAH AKADEMIK/120 x 90
c) MARKAH MERIT = MARKAH AKADEMIK 90% + MARKAH KOKURIKULUM (10%)
Anda boleh ke kalkulator merit untuk dapatkan markah merit dengan lebih mudah.
AKHIR KATA
Semoga artikel kali ini dapat membantu anda dalam membuat Permohonan UPU Online dengan lancar. Lakukan semuanya mengikut masa yang ditetapkan, take note setiap panduan yang diberikan dan in shaa Allah, semua urusan anda akan dipermudahkan. Apabila anda telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian kelak, belajarlah dengan rajin-rajin ya!
SUMBER : UPU.MOHE.GOV
SEMOGA BERMANFAAT
perkongsian yang baik untuk anak2 lepasan spm , walaupun spm 2020 belum bermula lagi kan aeril
ReplyDelete