Panduan Tuntut Wang Tidak Dituntut (eGUMIS)

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Panduan Tuntut Wang Tidak Dituntut (eGUMIS)

Wang Tidak Dituntut (WTD) merupakan antara salah satu perkara yang ramai orang alpa. Mungkin ada yang pernah dengar dan ada juga yang belum pernah dengar. Artikel kali ini akan memberikan panduan untuk anda tentang bagaimana untuk membuat permohonan wang yang tidak dituntut (WTD) secara dalam talian (online).

Sedikit info tentang WTD, menurut Seksyen 13(1) Akta WTD 1965, bayaran WTD hendaklah dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai hak ke atas WTD dan apabila Pegawai WTD berpuas hati bahawa penerima ialah empunya yang berhak. Selain itu, tiada had minima amaun yang boleh dituntut. Tiada tempoh masa yang ditetapkan. WTD yang diserahkan kepada Pendaftar boleh dituntut pada bila-bila masa oleh pihak yang mempunyai hak ke atas wang tersebut.

PANDUAN TUNTUT WANG TIDAK DITUNTUT (eGUMIS)

Sebenarnya mudah sahaja untuk menuntu wang tidak dituntut (WTD) ini. Baiklah, berikut adalah cara-caranya. Pertama, anda perlulah mendaftar di eGUMIS terlebih dahulu.

a) CARA MENDAFTAR DI eGUMIS

Panduan Tuntut Wang Tidak Dituntut (eGUMIS)

1) Layari portal eGUMIS  : https://egumis.anm.gov.my/
2) Klik pada butang Pendaftaran.
3) Isi maklumat anda di ruangan Pendaftaran Pengguna.
  • Nama Penuh
  • Jenis Pengenalan
  • No. Pengenalan
  • Emel
  • Nama Pengguna
  • Kata Laluan
  • Ulang Kata Laluan
4) Klik pada bahagian SAYA MENGAKUI TELAH MEMBACA, MEMAHAMI DAN BERSETUJU DENGAN SYARAT DAN TERMA YANG DITETAPKAN.
5) Klik pada ruangan CAPTCHA
6) Klik butang Daftar
7) Klik Ya pada bahagian Adakah Anda Pasti Untuk Meneruskan Pendaftaran?

Panduan Tuntut Wang Tidak Dituntut (eGUMIS)

8) Pendaftaran anda berjaya apabila paparan Rekod Berjaya Disimpan! terlihat di halaman tersebut. 


b) CARA TUNTUT WANG TIDAK DITUNTUT (WTD)

Tahniah kerana anda telah berjaya membuat pendaftaran. Baiklah, seterusnya adalah untuk proses menuntut wang tidak dituntut (WTD). 

Panduan Tuntut Wang Tidak Dituntut (eGUMIS)

1) Layari portal eGUMIS : https://egumis.anm.gov.my/
2) Klik Log Masuk yang terletak disebelah butang Pendaftaran.
3) Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang telah anda setkan ketika pendaftaran.
4) Klik Log Masuk.
5) Setelah berjaya masuk, anda dikehendaki untuk mengemaskini maklumat seperti yang diminta. 
6) Klik Simpan selepas anda mengemaskini maklumat dengan betul.
7) Kemudian, klik pada Carian Wang Tidak Dituntut

Panduan Tuntut Wang Tidak Dituntut (eGUMIS)

8) Masukkan no MyKad pada ruangan tersebut, kemudian klik butang Cari.
9) Pilih pada kotak yang terpapar selepas hasil carian.
10) Klik Teruskan Dengan Permohonan.

Panduan Tuntut Wang Tidak Dituntut (eGUMIS)

11) Klik Tambah Penerima pada bahagian skrin sebelah kanan.
12) Klik pada kotak di bahagian atas sekiranya maklumat diri sama dengan maklumat pemohon. 
13) Klik Hantar, kemudian klik Ya pada Pengesahan Pendaftaran Pengguna
14) Pada skrin akan dipaparkan Rekod Berjaya Dihantar

Panduan Tuntut Wang Tidak Dituntut (eGUMIS)

c) Hantar Dokumen eGUMIS

Setelah selesai membuat permohonan untuk menuntut wang tidak dituntut (WTD), anda perlu mengemukakan beberapa dokumen kepada eGUMIS.

1) Sila muat turun Borang Permohonan Tuntutan dan dihantar bersama dokumen sokongan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Borang Permohonan Tuntutan melalui emel: permohonan_wtd@anm.gov.my/ serahan kaunter JANM Negeri/Cawangan /pos berdaftar kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut

2) Sila Nyatakan Nombor Rujukan Borang Permohonan Tuntutan sebagai Subjek Emel. Dokumen sokongan adalah dalam format fail PDF dan tidak melebihi 15MB.

3) Sila klik di sini untuk senarai dokumen berkenaan. 

4) Kegagalan menghantar Borang Permohonan Tuntutan dan dokumen sokongan dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan permohonan anda TIDAK DIPROSES.

5) Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan anda, sila log masuk menggunakan nama pengguna dan sila rujuk Soalan Lazim.

 

Pengguna eGUMIS perlu mengemukakan dokumen yang jelas seperti berikut:

  • i)  Borang Permohonan Tuntutan
  • ii) Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) untuk individu ATAU Salinan dokumen pendaftaran syarikat/firma DAN Salinan dokumen pertukaran nama syarikat/firma (jika ada) untuk syarikat/firm
  • iii) Salinan muka hadapan buku akaun / penyata akaun bank yang aktif lengkap dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama bank
  • iv) Dokumen sokongan tambahan (Rujuk FAQ mengikut jenis WTD).

Dokumen sokongan ini perlu dimuatnaik ke emel : permohonan_wtd@anm.gov.my dalam format fail PDF dan size tidak melebihi 15MB

 

Subjek: <Nombor Rujukan Borang Tuntutan> <Ruang> <Nombor Kad Pengenalan>

 

Contoh subjek emel: UMA704062020000001 680101081234

 

Borang Permohonan Tuntutan WTD UMA7 dicetak serta dokumen sokongan tambahan asal (iv) perlu dihantar melalui pos (digalakkan Pos Berdaftar) atau kaunter Pejabat Pendaftar WTD. Dokumen asal yang perlu dikemukakan antaranya adalah seperti berikut :

  • i) Surat pengesahan daripada syarikat/firma yang membuat serahan WTD
  • ii) Bon Tanggung Rugi (Borang UMA-8) yang lengkap diisi, dimatikan Setem Hasil RM10.00 LHDN dan ditandatangani di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah
  • iii) Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi/Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG)/Amanah Raya Berhad. Lengkap dengan senarai aset yang dituntut
  • iv) Dokumen tuntutan Jabatan Insolvensi Malaysia/ Pelikuidasi (Kebangkrapan/ Penggulungan Syarikat/Firma)
  • v) Dokumen tuntutan WTD Jenis Bankers Cheque/Bank Draft/Cashiers Order (Akaun Lain, Draf Bank, T/T dan Perkhidmatan Bank)
  • vi) Lain-lain dokumen yang berkaitan
Anda juga boleh terus pergi ke :- 

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,
Presint 2, 62594 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tel : 03 8000 8600
Faks : 02 800 8611

Gunakan Khidmat Pos ( POS LAJU atau POS AR)

Anda akan mendapat emel bahawa pembayaran duit telah dilakukan. Selesai. Jadi, begitulah panduan dan cara-cara menuntut wang yang tidak dituntut (WTD).

AKHIR KATA

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk memahami cara-cara dan juga panduan menuntut wang tidak dituntut (WTD) melalui portal eGUMIS.

Sedikit sebanyak perkongsian ini dapat memudahkan anda menuntut wang anda. Selain itu, kepada anda yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini, anda juga boleh membuat permohonan bantuan yang diperkenalkan kerajaan.

SEMOGA BERMANFAAT

Tags

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!