Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dunia sekarang ini menuju ke arah digital dimana banyak platfrom dan aplikasi menjadi tumpuan ramai. Selain itu, lebih ramai juga yang mula menggunakan platform ini untuk menjana pendapatan. instafamous, influencer, KOL, twitter famous, blogger dan sebagainya menggunakan digital dan internet sebagai salah satu cara menjana pendapatan.
Apabila seseorang itu mempunyai pelbagai platform media sosial, maka tools yang mampu menyenaraikan kesemua platform di dalam satu halaman adalah sangat diperlukan. Sangat memudahkan apabila kita dapat senaraikan link-link dan platform media sosial didalam satu halaman sahaja.
JOY.LINK
Joy.Link merupakan satu tools untuk anda menyenaraikan platform media sosial anda, content dan karya anda dalam satu halaman. Linktree dan Joy.Link merupakan tools bio link tetapi yang membezakan kedua-duanya adalah Joy.Link adalah lebih mesra pengguna Asia. Joy.Link bukan sahaja menyokong media sosial global tetapi juga sosial media yang popular di Asia seperti Weibo, Wechat dan juga pelbagai platform untuk pembayaran seperti Payme, Paypal, dan sebagainya.
Menggunakan Joy.link ini sememangnya sangat memudahkan terutama untuk mereka yang sering berurusan sebagai influencer, media sosial dan sebagainya. Bagaikan kad bisnes digital kita sendiri, hanya berikan link Joy.Link kita sahaja kepada mereka yang berurusan dengan kita.
CARA MENGGUNAKAN JOY.LINK
Okay, untuk menggunakan Joy.link mudah sahaja caranya. Pertama, buka laman Joy.Link.
Kemudian, tekan bahagian Start / Mula. Mudah sahaja untuk masuk, anda boleh log masuk sama ada dengan GOOGLE atau Facebook. Dengan cara ini ia lebih mudah.
Kemudian, anda akan melihat paparan ini. Inilah bahagian dimana anda boleh masukkan link-link anda contohnya, link website anda dan sebagainya. Macam aku sendiri, dibahagian PAUTAN ini aku letakkan link website.
Bahagian seterusnya adalah PROFIL. Disinilah anda boleh memasukkan link akaun-akaun anda. Sehingga hari ini, sebanyak 22 aplikasi tersedia untuk anda isi maklumat anda. Apabila anda isikan maklumat tersebut, butang logo aplikasi tersebut akan terlihat dibawah nama anda seperti paparan diatas sebelah kiri.
Selain itu, disini jugalah bahagian untuk anda memuatnaik gambar profil anda. Mudah sahaja nak memuatnaik gambar profil.
Bahagian berikutnya adalah GAYA. Setelah anda selesai mengisi maklumat anda dan sebagainya, seterusnya anda boleh memilih latar belakang, font, jenis kotak dan pelbagai lagi fungsi lain yang menarik. Untuk latar belakang, anda juga boleh memuat naik gambar pilihan anda sendiri.
Sekiranya sudah berpuas hati dengan pilihan anda, maka sudah siap! Anda sudah boleh menggunakan link Joy.Link anda sebagai platform sharing akaun-akaun anda. Mudah bukan?!
Cuma kalau anda nak senaraikan platform Blog, Wordpress atau laman web anda sendiri, tiada sokongan untuk platform tersebut. Tapi tak mengapa sebab macam aku sendiri meletakkan link website pada bahagian PAUTAN.
Analisis Data - Kalau dilihat untuk tools lain, kalau nak melihat data, anda perlu subscribe dan membayar sejumlah wang untuk fungsi tersebut. Tetapi jangan risau, untuk Joy.link ia adalah PERCUMA.
Data yang dapat dilihat adalah Data Seumur Hidup ( Lifetime Data), 7 Hari (7-Days), 28 Hari (28-Days), Negara Pelawat (Visitor Country), Sumber Rujukan (Referral Source) dan juga Butiran Link (Link Details).
Data-data ini sangat penting dan memudahkan untuk anda ketahui daripada mana orang klik, butiran mana yang mendapat perhatian dan sebagainya. Anda juga boleh berikan data ini kepada client anda untuk melihat statistik anda. Memang sangat berguna!
Pilihan Bahasa - Ini adalah satu ciri-ciri yang aku suka. Walaupun ramai yang menggunakan English, tapi aku sendiri menggunakan bahasa Melayu. Senang untuk memahami ciri-ciri dan fungsi di Joy.Link ini. Bila ada pilihan bahasa seperti ini, ia mesra digunakan untuk sesiapa sahaja, hanya perlu pilih bahasa yang anda ingin gunakan sahaja.
PAPARAN JOYLINK
Ini adalah paparan Joy.Link. Dibahagian kiri adalah untuk paparan di telefon pintar, manakala dibahagian kanan pula adalah paparan di komputer riba.
Gambar diatas pula adalah paparan link Joy.Link yang diletakkan pada Instagram. Senanglah lepas ini untuk rakan-rakan dan sebagainya melihat platform media sosial aku yang lain dengan hanya klik pada link tersebut sahaja.
JOM GUNAKAN JOY.LINK
Jom gunakan Joy.Link kerana banyak kelebihannya. Dengan menggunakan Joy.link anda dapat menyenaraikan link-link platform media sosial anda. Selain itu, anda juga boleh meletakkan link untuk menghubungi anda seperti email, whatsapp dan sebagainya.
Untuk perspektif marketing, Joy.Link sememangnya platform yang sangat baik untuk mengetengahkan jenama dan hasil karya anda. Selain itu, Joy.Link juga boleh meningkatkan trafik dan pautan anda dan ia mempunyai data untuk anda melihat analisisnya.
JOM GUNA JOY.LINK
SEKIAN
Sangat berguna untuk sesiapa sahaja :)
ReplyDeletekalau influencer ke peniaga ke sesuai sangat guna joy.link ni thanks sharing
ReplyDeleteSaya selalu juga dgr ttg Linktree tapi belum pernah guna lagi. Joy.link baru ni pertama kali dgr. Thanks sbb share ttg cara penggunaannya.
ReplyDeleteOk juga ni kalau dia boleh bg analitik utk semua platform. Jap lg sis bella usha. Senang nk extract data kan.
ReplyDeleteJadi mudah guna ini kan. Nak publish pada multiple accounts jadi lebih mudah dan jimat masa kan
ReplyDeleteSenang ada tool macam ni terutama utk business owner dan influencer. Senang customer nak cari semua info.
ReplyDeleteWah nnt usha lah. Mcm menyenangkan je kan dari share link byk2.. Thanks for sharing
ReplyDeleteHaritu nampak dah ada kawan share, lupa plak nak mencubanya, ni dah baca ni, terus nak buatlah .. thanks sharing..
ReplyDeleteBagus Joy Tool ni, selalu apps SOCMED kita bersepah mana-mana. Kalau ada tools ni lebih kemas la kan. Nice oned !
ReplyDeleteNampak macam senang dan convenient. Bestnya kalau boleh guna multiple account. Banyak juga masa yang dapat dijimatkan. Saya paling suka kalau platform ini dapat bagi analysis. At least kami boleh buat data extract.
ReplyDeleteWow,, ni sangat penting for us yang ada banyak campaigns dan nak promote multiple pages yang ada kan.. senang ada tool macam ni.. currently I'm using inpage.. maybe can try this joylink :) thanks for sharing bro..
ReplyDelete1st time tahu pasal joylink ni. Bagusnya! Akan lebih memudahkan keje kannn? Nak try laaa pasni
ReplyDeleteOhhhh. Sama macam Linktree akak guna kat socmed utk combine semua url. Sampai url wasap dan semua socmed pernah register pun akak masuk. Tapi sedap plak url joy link ni. Nanti nak buat juga lah. Tq Aerill!
ReplyDeletei have been looking for the best tool for this and joy link looks great. need to check out the pricing now to see if it's something i can afford for long term!
ReplyDeleteBanyak rupanya platform macam ni. Kena buat juga la satu ni, letak satu link, semua info media sosial kita keluar. Mantap!
ReplyDeleteMenarik ni.. senang nak share semua details sosial media dalam satu platform
ReplyDeletejoy link first time dengar..nampak macam menarik fungsi fungsi dia..thank for sharing
ReplyDeleteTq sharing first time tau tentang platform ni nti blhlah tgk and hadam btl2 utk fhm
ReplyDelete