Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini aku berpeluang menonton sebuah telefilem tempatan yang bertajuk 44 Hari Bangkitnya Pocong. Telefilem ini ditayangkan di saluran Astro Citra dan Citra HD membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Ellie Suriatie, Kody Rasheed, Riezman Khuzaimi, Anne Abdullah, dan Raja Syahiran.
Sebenarnya aku tak berniat nak menonton telefilem ini tetapi setelah diajak oleh mak aku sendiri, supaya menemani beliau untuk menonton filem seram ini, makanya aku menontonlah cerita ini dari awal sehingga tamat. Beberapa kali juga mak aku menjerit kerana terkejut. Haha. Jadi disebabkan aku telah menonton telefilem ini, maka aku nak berikan sedikit ulasan aku terhadap telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong.
- Tarikh & Waktu Siaran : Sabtu, 30 Januari 2021, 9:00 malam
- Ditayangkan : Astro Citra dan Citra HD
- Idea Asal : Syawal Azrai
- Penulis Skrip : Srikandi Emma & Sri Dewi
- Pengarah : Azmir Affandi
- Produksi : Heritage Movies Sdn Bhd
- Barisan Pelakon : Ellie Suriaty, Kody Rasheed, Riezman Khuzaimi, Anne Abdullah, Raja Syahiran
BACA JUGA : Review Filem Hantu Kak Limah (2018)
SINOPSIS 44 HARI BANGKITNYA POCONG
Selepas kematian Maimun, beberapa kejadian aneh telah berlaku dan seluruh penduduk kampung di ganggu oleh pocong. Maimon (Elly Suriatie) yang meninggal secara mengejut mula menjadi bualan orang kampung kerana sikapnya selama ini sememangnya kurang di senangi.
Jenazah Maimon terpaksa dikebumikan pada keesokan kerana menunggu anaknya Aizat (Kodi Rasheed) pulang dari Singapura. Namun, tanpa diduga seekor kucing hitam melangkah mayat Maimon lalu jenazah maimon bangun menyebabkan seluruh penduduk kampung melarikan diri.
Pada malam tahlil yang pertama penduduk mula di serang dengan gangguan ketukan pintu dan penampakan pocong. Suami maimon Anjang Kamal (Riezman Khuzaimi) mula di datangi hantu Pocong Maimon yang meminta maaf.
Aizat yang sayangkan ibunya menghadapi dilema dalam menghadapi kecaman namun dalam masa sama cuba merungkai punca Pocong Maimon mula menghantui orang orang kampung. Satu persatu perbuatan terkutuk maimon terungkai termasuklah perbuatan Maimon yang memberikan nasi kangkang kepada Anjang Kamal menjadikan Aizat semakin tertekan.
Mampukah Aizat menghentikan hantu Pocong Maimon dari terus menghantui orang kampung?
*Untuk sinopsis penuh, anda boleh menonton telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong ini di Astro Citra
ULASAN TELEFILEM 44 HARI BANGKITNYA POCONG
Okay, mari kita mulakan dengan ulasan. Aku akan mulakan ulasan "biasa & kurang memuaskan" dalam telefilem ini. Jika dilihat jalan cerita filem ini biasa-biasa sahaja. Sudah banyak kisah-kisah sebegini diceritakan di dalam filem, drama, telefilem dan sebagainya. Penggunaan ilmu sihir seperti nasi kangkang dan sebagainya lagi memang sangat sinonim dengan kisah seram di Malaysia.
Walaubagaimanapun seawal telefilem ini lagi penonton telah dipertontonkan elemen seram utama dalam cerita ini sedikit sebanyak memberikan elemen tarikan untuk menonton cerita ini sehingga tamat. Macma yang aku beritahu di atas, jalan ceritanya biasa-biasa sahaja, cuma yang menyebabkan aku menonton sehingga tamat adalah untuk mengetahui bagaimana pengakhirannya sahaja
Pujian yang tinggi patut diberikan kepada pasukan efek pada hantu pocong tersebut kerana ia betul-betul kelihatan menyeramkan! Sekali pandang, penonton dapat melihat betapa jijiknya muka pocong tersebut. Jarang sebenarnya untuk melihat efek yang sebaik ini pada telefilem di Malaysia. Kebanyakkannya hanya kelihatan biasa-biasa, dan kadangkala warna darah kelihatan begitu palsu.
Lupakan personaliti pelakon Ellie Suriatie di luar yang viral beberapa bulan atau tahun kebelakangan ini, lakonan beliau di dalam telefilem ini sangat memuaskan hati. Terutamanya lakonan beliau untuk babak bergaduh dengan orang kampung. Lakonan beliau sangat hebat. Beliau melakonkan watak jahat dengan baik apabila pelakon membenci watak yang beliau lakonkan.
Pujian juga diberikan kepada pelakon baru yang semakin meningkat naik, Kody Rasheed. Semoga selepas ini mendapat watak-watak sebegini. Bagi aku watak beliau memerlukan lakonan yang betul-betul mendalam kerana pelbagai kejadian yang terjadi dalam hidup, emak yang baru meninggal menjadi pocong, ayah yang tidak maafkan perbuatan emak, orang kampung bermulut puaka, memang susah nak menghadapnya.
Elemen-elemen lain seperti orang kampung yang mengumpat dan mengata sebenarnya satu elemen yang biasa kita lihat dan ia memang ada dalam masyarakat. Kalau dulu mengumpat secara berdepan sesama lain, tapi sekarang mengumpat secara maya pula. Boleh dilihat di laman media sosial sekarnag, berapa banyak fitnah dan mengumpat-mengumpat ini dalam masyarakat.
AKHIR KATA
Secara kesimpulannya, telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong ini sebuah telefilem yang baik, menghiburkan dan memberi pengajaran walaupun dalam masa yang sama, jalan ceritanya agak biasa dan (klisye). Pujian patut diberikan pada efek seram dan juga lakonan teraju utama telefilem ini.
BINTANG : ⭐⭐
Kredit Gambar : Gempak.com | Google Image
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.