Travelogue Thailand : [Part 6] Hatyai Day 1

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Travelogue Thailand : [Part 6] Hatyai Day 1

Apa khabar semua? Alhamdulillah, semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Pasti ada yang pelik macam mana boleh pulak artikel travel ke Thailand boleh ada diwaktu sedang pandemik bukan? Sebenarnya artikel ini adalah sambungan untuk siri travelogue Thailand yang aku pergi sebelum MCO 0.1 dahulu.

Kepada anda yang belum sempat baca siri yang lalu, anda boleh baca di Phatthalung - Instagrammable Place . Siri travelogue ke 6 ini aku akan ceritakan lokasi seterusnya iaitu Hatyai. Terlebih dahulu, travel aku ke Thailand ini adalah pada awal bulan Mac 2020 dikelolakan oleh Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur.

Travelogue Thailand : [Part 6] Hatyai Day 1


 6.00 PETANG 

Perjalanan dari lokasi terakhir untuk ke Hatyai mengambil masa beberapa jam jugak. Sempatlah aku dan rakan-rakan tertidur. Yalah, pelbagai aktiviti dari pagi sudah dilakukan sampailah ke petang. Alhamdulillah, sekitar jam 6 petang, kami sampai ke Hatyai. Lokasi pertama yang kami singgah adalah di Klong Hae Floating Market.

Travelogue Thailand : [Part 6] Hatyai Day 1

Waktu kami sampai, memang agak meriah. Ramai pengunjung, aku ada nampak juga ramai pengunjung dari Malaysia yang melancong ke sini. Membeli barang mungkin. Ada juga persembahan dan lagu-lagu yang berkumandang.

Travelogue Thailand : [Part 6] Hatyai Day 1

Travelogue Thailand : [Part 6] Hatyai Day 1
Muka baru bangun tidur, tak pasti kenapa mata nampak kecil


Travelogue Thailand : [Part 6] Hatyai Day 1
Bergambar bersama blogger terkenal, DboyStudio

Travelogue Thailand : [Part 6] Hatyai Day 1

Meriah memang meriah. Ketika itu di dunia Covid-19 baru bermula, pemakaian pelitup muka masih belum diwartakan. Orang ramai bebas bergerak ke sana sini, membeli juadah dan barangan. Walaubagaimanapun, peniaga disitu mula merasakan jumlah pengunjung semakin berkurangan.

Travelogue Thailand : [Part 6] Hatyai Day 1
Kak Noor & Kak Maria bergambar mesra.

Antara juadah yang dibeli. Aku tidak membeli apa-apa barangan sebab masih kenyang. Tambahan pula lepas ini ada agenda lain pula. Waktu itu aku hanya menantikan bilik hotel sahaja, untuk berehat.

 7.00  MALAM  

Agenda berikutnya adalah menuju ke hotel tempat penginapan untuk malam terakhir di Thailand. Tak lama pun sebenarnya dekat Khlong Hae Floating Market tu. Penginapan kami di Hatyai adalah di New Season Square Hotel.

Travelogue Thailand : [Part 6] Hatyai Day 1

Hotel New Season Square ini terletak betul-betul di tengah bandar Hatyai.  Bila terletak di tengah-tengah ni, memang akses nak ke mana-mana lokasi adalah mudah.

Travelogue Thailand : [Part 6] Hatyai Day 1
Gambar kenangan bersama rombongan sebelum naik ke bilik hotel.

Alhamdulillah, tibalah masa untuk membersihkan diri, segarkan balik badan dan kumpulkan tenaga untuk aktiviti malamnya.

Travelogue Thailand : [Part 6] Hatyai Day 1

Suasana dalam bilik hotelnya cukup selesa. Tambah selesa lagi bila dapat bilik seorang diri. Kelengkapannya semua cukup dan terbaik. Setelah selesai membersihkan diri dan membuat apa yang patut, kami pun berkumpul di kawasan lobi hotel untuk ke tempat makan malam.

 7.30 MALAM 

Travelogue Thailand : [Part 6] Hatyai Day 1

Bila selalu makan makanan laut, rindu pula nak makan ayam goreng. Alhamdulillah, lokasi makan malam kami pada malam tersebut adalah di sebuah restoran Halal iaitu Kai Tod Decha Halal Restaurant.

Katanya memang ramai pengunjung dari Malaysia yang selalu makan disini. Nasib baik aku baru sahaja membuang isi-isi perut aku dihotel, jadi bolehlah aku makan sepuas-puasnya untuk malam terakhir di sini.

Travelogue Thailand : [Part 6] Hatyai Day 1
Antara juadah pada malam tersebut

Memang teruja bila melihat semua juadah dan menu di atas meja. Kalau blogger, seperti biasa sebelum makan pastinya perlu beberapa minit untuk mengambil gambar terlebih dahulu. Ayam gorengnya memang betul-betul sedap. Memang benar apa yang aku lihat pada komen-komen orang pada restoran ini, memang sedap dan rangup!

Travelogue Thailand : [Part 6] Hatyai Day 1

Suasana restoran juga tidaklah sesibuk mana pada malam itu. Kalau dilihat di Hatyai sendiri, pelancong dari luar negara sudah mula berkurangan. Apa-apapun memang aku berpuas hati dapat makan makanan sedap di restoran Kai Tod Decha ini.

 8.45 MALAM 

Selepas makan, pasti perut dah penuh. Aku rasa sepanjang berada di Thailand ni, memang tak habis-habis ayik makan sahaja. Balik Malaysia memang kena diet semula. Okaylah, bila perut dah penuh, kenalah berjalan-jalan. Lokasi berikutnya sebelum pulang bermalam di bilik hotel adalah ke Makinta Night Market.

Travelogue Thailand : [Part 6] Hatyai Day 1

Makinta Night Market ini adalah salah satu lokasi tarikan terbaru (pada waktu tersebut) di Hatyai. Sebuah pasar dan tempat membeli barangan. Anda juga boleh melepak di kawasan ini. Ada juga kawasan yang menjual makanan dan sebagainya.

Travelogue Thailand : [Part 6] Hatyai Day 1

Disebabkan masih baru, jadi masih tak ramai orang sangat. Apa yang aku nampak ramai rakyat tempatan Thailand ke sini. Untuk pengunjung dari luar, memang agak kurang. Mungkin ada beberapa faktor mengapa kurang pengunjung. Pertama market ini masih baru, jadi orang tak berapa kenal, keduanya Covid-19 yang baru sahaja bermula menyebabkan ramai pengunjung luar mula risau dan takut untuk travel

Setelah selesai membeli belah (aku sempat grab beberapa barang), kami pun pulang ke bilik hotel dan diwaktu perjalanan pulanglah aku mendapat berita buruk daripada keluarga aku di Malaysia. Aku ada ceritakan kisah ini di dalam satu artikel iaitu kisah mengenai Baby Daniel Jantung Berlubang. Alhamdulillah, sekarang Baby Daniel sudah sihat walafiat dan baru sahaja boleh berjalan.

Sekian sahaja untuk cerita bahagian ke 6 ini. In shaa Allah bahagian berikutnya aku akan cerita tentang hari terakhir di Hatyai dan juga di Thailand. Harapnya aku dapat siapkan artikel travelogue ini secepat mungkin.

Anda boleh membaca artikel travelogue yang terdahulu :-


#TATKL #TourismThailandKL #AmazingThailand #VisitThailand

Terima kasih diucapkan kepada Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur di atas jemputan untuk program MET Satun-Phatthalung-Hatyai ini. Program ini berlangsung dari 27hb Februari 2020 sehingga 2hb Mac 2020

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!