Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ramadhan yang bakal tiba ini pastinya membuatkan kita tak sabar dengan pelbagai perkara termasuklah berbuka di Buffet Ramadhan! Kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua satu lokasi terbaik, menarik dan pastinya menu-menu yang lazat! Kalau anda tengah-tengah mencari tempat makan best untuk berbuka puasa, apa kata anda bersama keluarga dan rakan-rakan berbuka puasa di Lugar De La Boda @ Puchong.
Apakah juadah berbuka puasa yang disediakan oleh bufet ramadan selangor, Lugar De La Boda @ Puchong kali ini?
Untuk pengetahuan anda, dewan perkahwinan Lugar De La Boda diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Bufet ramadhan tahun ini, mereka menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 10 stall dimana ia disediakan di dalam dan juga luar dewan. Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut.
Untuk menu utama, Lugar De La Boda @ Puchong menghidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti 'Ayam Masak Merah', 'Ayam Goreng Berempah', 'Daging Gulai Kawah', 'Daging Masak Hitam', Ikan Goreng Cili Padi', 'Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas', 'Kupang Goreng Pedas', 'Lala Halia', 'Sambal Sotong', 'Sambal Kerang', 'Sayur Goreng Campur' dan 'Sayur Masak Lemak Pucuk + Suhun + Ubi Kentang'. Selain itu, anda bakal menikmati 'Nasi Beriani' yang dihidangkan bersama 'Ayam Mediterranean (Braised Chicken with Tomato Herbs)', 'Daging Masak Beriani', 'Daging Masak Hitam', 'Dalca Sayur', 'Pajeri Nenas' dan 'Acar Buah'.
Seterusnya, terdapat 10 stall yang anda Wajib cuba sebab semuanya menarik tau. Dalam 10 stall tersebut ada namanya yang tersendiri iaitu 'Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce', 'Roti John Adik Manis', 'Char Kuew Tiaw Abang Tanjung','Dim Sum Cheng Ho', 'Noodle Station', 'Air Balang Pasar Malam', 'ABC Mountain' dan 'Ais Krim Corner'. Hidangan di stall termasuk 'Kambing Grill Sos Lemon', 'Char Kuey Tiaw', 'Tepanyaki', 'Roti John', 'ABC', 'Dim Sum' dan banyak lagi.
Tidak lengkap kalau makan tanpa pencuci mulut. Disini terdapat banyak pencuci mulut seperti 'Kuih Kuih Melayu', 'Pelbagai Perisa Jelly', 'Seri Muka', 'Pelbagai Perisa Dadih', 'Pelbagai Perisa Dadih dan Jelly', kek, koktail dan buah buahan tempatan. Untuk pilihan bubur, akan dihidangkan 2 jenis setiap hari termasuk 'Bubur Jagung + Sagu', 'Pengat Pisang' dan 'Bubur Kacang Hijau + Bubur Pulut Hitam'. Pastinya melengkapkan menu berbuka puasa anda nanti.
Harga Bufet Ramadan 2021 Di Lugar De La Boda @ Puchong
Bufet Ramadhan 2021 di Lugar De La Boda @ Puchong akan bermula sepanjang bulan Ramadhan 2021 iaitu dari 16 April 2021 hingga 9 Mei 2021 dari 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda @ Puchong adalah seperti berikut :
- Dewasa (Seorang) - RM79
- Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM59
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59
Special Offer!
Untuk anda yang ingin menempah secara beramai-ramai, Lugar De La Boda @ Puchong turut menawarkan harga untuk satu meja (8 pax) dengan harga istimewa seperti berikut :
1 Meja (8 Pax) - RM632
Early Bird Offer!
Nak harga murah? Mestilah ada. Anda boleh dapatkan voucher buffet ramadhan di Lugar De La Boda dengan harga istimewa ini sebelum 12 April 2021 dengan harga berikut :
- Dewasa (Seorang) - RM59
- Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM30
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM30
- 1 Meja (8 Pax) - RM450
Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Bufet Ramadhan Selangor Di Lugar De La Boda, sila klik pada link ini. Layari laman web Hanana Group.
Alamat Lugar De La Boda [WAZE ]
Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.
#ramadhan2021 #buffetramadhanselangor #buffetramadhanpuchong #buffetmurah #buffet #buffetramadhanpuchong2021 #buffetramadhanexclusive #iftarramadhan #buffetpuchong #berbukapuasa #buffet2021 #buffetramadhanpuchongmurah #bukapuasa #buffettermurah #buffetmurahpuchong #buffetramadhanhanan #buffetramadhan2021
SEKIAN
kecederaan sukan
ReplyDeletewry neck
tangan kebas
sakit bahu