Assalamualaikum dan salam sejahtera
Raya and the Last Dragon (2021) merupakan sebuah filem animasi fantasi yang diterbitkan oleh Walt Disney Pictures dan Walt Disney Animation Studios. Filem ke 59 terbitan studio ini diarahkan oleh Don Hall dan Carlos López Estrada, dan pengarah bersama Paul Briggs dan John Ripa. Penerbit bagi filem ini adalah Osnat Shurer dan peter Del Vecho, cerita asal oleh Qui Nguyen dan Adele Lim manakala muziknya ditulis oleh James Newton Howard.
Filem ini menampilkan watak suara yang dibawakan oleh pelakon Asian American termasuklah suara Kelly Marie Trans sebagai Raya, Akwafina sebagai Sisu, bersama dengan Izaac Wang, Gemma Chan, Daniel Dae Kim, Benedict Wong, Sandra Oh, Thalia Tran, Lucille Soong dan Alan Tudyk.
Filem Raya and the Last Dragon telah ditayangkan di seluruh Amerika Syarikat pada 5 Mac 2021. Filem ini turut ditayangkan di laman strim Disney+ dengan Premier Access.
Sehingga tarikh artikel ini dihasilkan, filem ini berjaya mengumpul jumlah kutipan $USD 52 Juta seluruh dunia menjadikan ia filem ke 8 tertinggi kutipan filem untuk tahun 2021 dan menerima kritikan dan ulasan positif daripada pengkritik filem.
RAYA AND THE LAST DRAGON (2021)
Penerbit : Osnat Shurer / Peter Del Vecho
Cerita Asal : Qui Nguyen / Adele Lim
Dibintangi : Kelly Marie Tran / Awkwafina / izaac Wang / Gemma Chan / Daniel Dae Kim / Benedict Wong / Sandra Oh / Thalia Tran / Lucille Soong / Alan Tudyk
Muzik : James Newton Howard
Durasi : 107 minit
Bajet Filem : $USD 100 juta
Box Office : $USD 52.6 juta
PERINGATAN : Dalam artikel ini terdapat 'spoiler' dimana keseluruhan jalan cerita dalam filem ini akan diceritakan. Sekiranya anda tidak berniat untuk ketahui jalan cerita penuh filem ini sebelum menontonnya sendiri, anda boleh baca artikel lain ya.
PELAKON SUARA
- Kelly Marie Tran sebagai Raya
- Awkwafina sebagai Sisu
- Izaac Wang sebagai Boun
- Gemma Chan sebagai Namaari
- Daniel Dae Kim sebagai Chief Benja
- Benedict Wong sebagai Tong
- Sandra Oh sebagai Virana
- Thalia Tran sebagai Little Noi
- Lucille Soong sebagai Dang Hu
- Alan Tudyk sebagai Tuk Tuk
ARTIKEL BERKAITAN : SENARAI DRAMA & FILEM ANDA PERLU TONTON DI NETFLIX
SINOPSIS FILEM RAYA AND THE LAST DRAGON (2021)
500 tahun kemudian, Ketua Benja dari suku Heart telah melatih puterinya Raya untuk menjaga bola tersebut dan yakin bahawa semua suku akan bersatu sekali lagi. Semasa keramaian di antara lima suku, Raya mula berkawan dengan putri Ketua Virana dari suku Fang, Namaari, dan menunjukkan kepadanya lokasi bola itu. Ketika Puak Fang membuat percubaan untuk mencurinya, pergaduhan meletus di antara suku-suku, yang mengakibatkan kehancuran bola. Druun tiba-tiba muncul semula ketika setiap suku mencuri sepotong, dengan Benja antara korban.
Enam tahun kemudian, Raya masih berusaha mencari Sisu, seekor naga yang dikatakan telah mencipta bola dan satu-satunya anggota spesies naganya yang masih hidup, untuk membantunya memulihkan kepingan bola yang hilang. Ketika berada di bekas wilayah Tail Tribe, dia akhirnya berhasil memanggil Sisu, yang mengakui bahwa dia tidak membuat bola tetapi dapat menggunakan kuasa bola tersebut. Mereka mendapatkan bahagian kedua di kuil Tail yang hancur, memberikan kekuatan mengubah bentuk kepada Sisu. Mereka kemudiannya bertemu dengan Namaari dan sukunya, tetapi seorang budak Boun, yang telah kehilangan keluarganya dari Druun, membantu mereka melarikan diri. Walaupun Boun mesra kepada mereka, Raya tidak mempercayainya secara sepenuhnya lagi.
Rombongan mereka seterusnya tiba di Spine, di mana Raya dan Sisu bertemu Tong, seorang pejuang yang menakutkan dan satu-satunya mangsa di kampung itu. Ahli kumpulan yang lain kemudiannya datang untuk beritahu mereka mengenai kedatangan Namaari. Raya memperlengahkan masa dalam pertengkaran bersama Namaari sementara yang lain melarikan diri, dengan Sisu membantunya. Kembali ke kapal, Raya memberitahu hal yang sebenarnya tentang Sisu kepada rombongannya dan mereka bersetuju untuk bekerjasama, dengan Tong menyerahkan sepotong bola Spine kepada Sisu, memberinya kekuatan untuk hujan.
Ketika mereka semakin dekat dengan Fang, Sisu menyarankan untuk potongan terakhir dengan baik daripada mencurinya. Ketika Raya menolak, Sisu membawanya kembali ke kawasan Heart dan menceritakan bagaimana dia dipercayai oleh adik-beradiknya untuk menyelamatkan Kumandra. Raya mengalah dan memutuskan untuk memberikan Namaari loket naga sebagai tawaran perdamaian untuk menyelesaikan pencariannya. Raya dan Sisu bertemu secara bersendirian dengan Namaari, tetapi setelah melihat potongan bola tersebut, Namaari mengancamnya. Sisu cuba membawanya ke bawah, tetapi ditembak oleh Namaari tanpa sengaja dan jatuh ke sungai, yang kemudiannya mulai kering.
Fang diserang oleh Druun, ketika Raya memasuki untuk menghadap Namaari, yang berkabung dengan kehilangan ibunya. Kedua-duanya bertengkar sementara sahabat Raya menyelamatkan orang-orang daripada serangan Druun. Raya bersiap sedia untuk membunuh Namaari, tetapi setelah melihat penyesalannya, mereka kemudiannya berusaha untuk menolong rakannya. Ketika Druun mula menyerang kumpulan Raya, Raya memberitahu mereka bahawa mereka perlu menggabungkan kembali bola itu, tetapi rakan-rakannya enggan memaafkan Namaari. Untuk menunjukkan kepercayaannya, Raya memberikan Namaari kepingannya dan membiarkan Druun menjadikannya batu. Mereka selebihnya mengikutinya, dengan Namaari memasang dan mencantumkan bola sebelum Druun turut menjadikannya batu. Dengan bola dipasang kembali, Druun dikalahkan dan semua orang dihidupkan kembali, termasuk Sisu dan naga-naga yang lain.
FAKTA
- Filem ini disetkan di sebuah lokasi fantasi Kumandra, yang diinspirasikan oleh budaya Asia Tenggara iaitu Brunei, Singapura, Laos, Thailand, Timor-Leste, Kemboja, Vietnam, Myanmar, Malaysia, Indonesia dan Filipina.
- Adele Lim yang merupakan salah seorang daripada penulis cerita untuk filem ini adalah seorang anak Malaysia.
- Filem ini dikritik tentang kurangnya pelakon suara dari Asia Tenggara sedangkan filem ini disetkan di sebuah lokasi fiksyen yang mewakili Asia Tenggara. Majoriti pelakon suaranya datang dari Asia Timur.
Aku menonton filem ini dengan pandangan yang terbuka. Walaupun ada terbaca beberapa isu mengenai 'representation' dan sebagainya, tapi filem Raya and the Last Dragon (2021) ini bukti bahawa Disney mempunyai idea lagi untuk menghasilkan watak-watak fantasinya.
Jalan cerita filem ini mudah difahami. Kita perlu faham bahawa filem ini adalah untuk mereka yang sukakan animasi. Bukan kanak-kanak sahaja suka animasi, orang dewasa pun masih meminati animasi. Untuk penuhi citarasa peminat animasi, jalan cerita yang mudah difahami adalah suatu yang penting. Selain itu, kita dapat lihat bagaimana diceritakan asal usul Kumandra ini, dan bagaimana perpecahan berlaku dengan baik sekali.
Kumandra, tidak wujud di dunia sebenar, tetapi boleh lihat sendiri dalam filem ini bagaimana setnya, pakaian dan suasananya terasa Asia Tenggara. Buah-buahan, makanan, semuanya dapat dilihat adalah yang terdapat di Asia Tenggara.
Watak-watak di dalam filem ini juga semuanya menarik dan menghiburkan. Bagi aku watak Sisu yang dibawakan oleh Akwafina memang lucu! Aku juga suka bagaimana akhirnya setiap suku mempunyai wakilnya sendiri dalam kumpulan Raya. Itulah yang penting sebenarnya, bersatu padu walaupun berbilang kaum.
Animasi terbitan Walt Disney sememangnya mempunyai kualiti yang cukup tinggi. Boleh lihat bagaimana setiap animasinya dihasilkan dengan begitu teliti. Sehinggakan kita boleh lihat butiran yang kecil pada animasi tersebut.
Kalau selama ini mungkin kita melihat hero bagi sesebuah filem atau animasi adalah lelaki, tapi sejak belakangan ini kita dapat lihat perempuan pun boleh menjadi hero, menjadi watak utama. Untuk filem ini, kita boleh lihat konflik antara Raya dan Namaari, mereka adalah ketua atau wakil bagi suku masing-masing.
Sekarang ini 'representation' adalah penting. Perlu ada wakil bagi setiap kaum, agama, bangsa dan negara. Untuk konteks filem ini, di dalam kumpulan Raya terdapat wakil bagi semua puak termasuk Naamari, terdapat juga wakil bagi bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan haiwan. Menarik bukan?
Tahniah Disney kerana hasilkan sebuah filem berkualiti, segar dan mewakili Asia Tenggara yang seringkali dipinggirkan. Setiap elemen budaya negara di Asia Tenggara dapat dilihat dalam filem ini. Of course bila aku nampak ada unsur-unsur silat, aku rasa bangga kerana itulah budaya dan seni kita.
KESIMPULANNYA
Filem Raya and the Last Dragon (2021) sebuah filem yang cukup isinya, cukup rempahnya. Adakah aku akan menontonya lagi? Ya, aku akan tonton bersama keluarga! Filem ini dan jika anda ingat, filem Upin Ipin terbaru bagi aku ada sedikit persamaan. Apa-apapun terima kasih kerana baca review kali ini.
BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐/ 5
SEKIAN
Wajib tengok.
ReplyDelete