Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pemain badminton No. 1 negara, Lee Zii Jia berjaya menjadi juara bagi kejohanan All England 2021 apabila mengalahkan pemain dari Denmark, Viktor Axelsen yang juga pilihan ke 2 dan juga juara bertahan dengan mata 30-29, 20-22, 21-9. Kali terakhir pemain Malaysia berjaya menjadi juara di kejohanan All England adalah melalui Dato Lee Chong Wei pada tahun 2017.
Perjalanan Lee Zii Jia dalam All England 2021 ini bermula dengan Pusingan Pertama, mengalahkan Brian Yang dari Canada dengan 21-13, 21-10, Pusingan Kedua mengalahkan Hans-Kristian Solberg Vittinghus dari Denmark dengan mata 21-12, 21-13 sebelum mengalahkan pemain No. 1 dunia, Kento Momota dari Jepun di Suku Akhir dengan mata 21-16, 21-19. Di peringkat Separuh Akhir, Lee Zii Jia mengalahkan Mark Caljouw dari Belanda dengan mata 21-13, 21-17.
Lee Zii Jia menjadi satu-satunya pemenang dari Malaysia, manakala untuk kategori lain pemenangnya semua dari negara Jepun. Lee Zii Jia yang merupakan pilihan ke 6 kejohanan ini berjaya mengalahkan pilihan pertama iaitu Kento Momota dan juga pilihan ke 2 kejohanan iaitu Viktor Axelsen. Ini juga merupakan kali pertama beliau berjaya mengalahkan kedua-dua pemain handalan ini.
All England 2021 merupakan kejohanan kedua untuk 2021 BWF World Tour selepas kejohanan German Open 2021 ditunda. Kejohanan ini diadakan di Arena Birmingham, Birmingham, England.
Dengan hadiah keseluruhan bagi kejohanan ini bernilai $USD850,000, Lee Zi Jia akan membawa pulang hadiah bernilai $USD59,500 dan juga mata ranking 12,000. Antara pemain Malaysia lain yang pernah menjadi juara di kejohanan All England adalah Eddy Chong, Wong Peng Soon, Lee Chong Wei dan Hafiz Hashim.
Pemain yang baru berusia 22 tahun ini pastinya mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan badminton negara. Semoga beliau akan terus berjuang, dahagakan kejuaraan dan gelaran. Malaysia Boleh!
Credit : MalaysiaBadmintonLovers | Wikipedia
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.