Kisah Seram : Pekerja Hotel di Genting Highlands Diganggu Lembaga Misteri

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kisah Seram Pekerja Hotel di Genting Highlands Diganggu Lembaga Misteri

Apa khabar pembaca dan peminat kisah seram semua? Kembaki lagi dalam episod terbaru "Kisah Seram Apa Minggu Ini?". Salam Ramadhan dan selamat menjalankan ibadah puasa. Walaupun bulan Ramadhan, kisah seram masih akan dikongsikan. Kisah kali ini adalah mengenai kejadian yang berlaku di sebuah lokasi percutian popular di Malaysia iaitu Genting Highlands. Selamat membaca!


Kisah Seram Pekerja Hotel di Genting Highlands Diganggu Lembaga Misteri

Kali ini, kisah seram yang ingin dibawakan adalah tentang pengalaman seram seorang pekerja hotel itu sendiri yg bernama HADI. Beliau menceritakan tentang kejadian diganggu oleh seorang wanita misteri yang menangis teresak-esak dari salah sebuah bilik hotel.

Kejadian ini berlaku sewaktu Hadi bekerja pada shift malam. Hadi yang ditugaskan menghantar barang-barang keperluan untuk tetamu yang menginap dibilik hotel tersebut dan dia hanya bertugas seorang diri pada malam tersebut. Secara kebetulan pula, supervisor yang sama shift dengan Hadi ketika itu telah mengambil cuti sakit. Terpaksalah dia yang menjalankan segala urusan pada malam tersebut.

Bunyi deringan telefon yang tidak putis di bilik department housekeeping itu memcah kesunyian malam. Hadi dengan penuh sabar menjawab panggilan tersebut, walaupun dia seakan merasa serba tidak kena pada malam itu. Akan tetapi dia tetap menjalankan tugasnya dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai pekerja yang berdedikasi. Mungkin kerana itulah juga dia sering mendapat pujian dan anugerah pekerja terbaik selama 3 tahun berturut-turut.

Jam yang dipakai oleh Hadi sudah menunjukkan angka 10.30 malam, bermakna hanya setengah jam sahaja lagi waktu kerjanya akan berakhir. Dia yang sedang berdiri dibalkoni luar office tingkat 4 itu khayal melihat pemandangan ke arah theme park yang menempatkan kolam mandi serta pelbagai lagi permainan khas buat pelanggan-pelanggan yang menginap di hotel tersebut. Terlihat beberapa pekerja sedang sibuk mengemas kawasan theme park yang beroperasi sedari pagi tadi.

Suasana ketika itu terlalu sunyi mungkin kerana tetamu sudah mula msauk ke dalam bilik masing-masing untuk merehatkan diri. Hadi yang masih berkhayal itu tiba-tiba tersentak apabila bunyi telefon berdering kuat dari dalam office. Dia terus masuk dan menjawab panggilan itu. Ganggang telefon dilekapkan pada telinganya, sayup-sayup kedengaran suara seorang perempuan sedang menangis. Hadi berasa pelik dan tertanya-tanya mengapa tetamu itu menangis. Di skrin telefon itu pula terpapar nombor bilik pemanggil. Setelah pertanyaan demi pertanyaan Hadi lontarkan pada tetamu itu hanya dijawab dengan esak tangisan yang berterusan.

Hadi, tanpa berfikir panjang terus keluar menuju ke bilik tetamu yang agak jauh dari officenya itu. Fikir Hadi mungkin tetamu itu berada dalam kesulitan dan memerlukan bantuan darinya. Entah mengapa jantung Hadi berdegup kencang dan kini dia tiba dihadapan pintu bilik bernombor 3318. Dia yang terlalu risau terus menekan loceng bilik tersebut berkali-kali, tetapi malangnya tiada jawapan yang diberikan.

Dadanya mula berdebar-debar memikirkan apa yang berlaku didalam bilik tersebut sehingga membuatkan tetamu itu menangis. Setelah pusa dia memanggil dan langsung tiada jawapn yang diterima, dengan segera Hadi menyeluk koceknya mengambil master key yang sememangnya dibawa kemana sahaja dalam waktu kerja pada malam itu, dan dia nekad membuka pintu bilik tersebut walaupun tindakannya itu salah kerana dia boleh dituduh menceroboh bilik tetamu. Tetapi semua itu tidak penting baginya, niatnya hanya ingin membantu.

Kisah Seram Pekerja Hotel di Genting Highlands Diganggu Lembaga Misteri

Pintu bilik dibuka perlahan dan suasana didalam bilik gelap gelita, seakan tiada tetamu yang menyewa bilik itu. Hadi kemudiannya memetik suis lampu, perlahan-lahan dia melangkah masuk sambil meninjau-ninjau keadaan dalam bilik itu, memang SAH, tiada sesiapa. Bilik itu masik dalam keadaan kemas. Hadi seperti tidak percaua, hatinya tertanya-tanya siapakah pemangggil misteri tadi? Bulu roma Hadi sudah mula meremang. Fikirannya sudah mula menangkap apa yang berlaku sebenarnya. Cerita-cerita seram yang disampaikan oleh rakan-rakannya mula berlegar-legar difikiran Hadi. Kemudian, barulah dia teringat, bilik yang dia berada sekarang ini pernah digelar bilik berhantu oleh rakan-rakannya. Mereka sering terdengar suara orang meminta tolong dari arah bilik ini dan ramai tetamu yang menginap di bilik ini sering diganggu dengan bunyi barang dibaling dengan kuat.

Tiba-tiba Hadi tersentak. Dia terkejut apabila merasakan seolah-olah telinganya dihembus dengan nafas yang kuat. Serta merta badannya menggigil dan perasaan takut menyelubungi dirinya. Tanpa berlengah, hadi terus berlari ke arah pintu. Dipulas-pulas tombol pintu itu tapi malangnya pintu tersebut tidak boleh dibuka, serentak itu jelas kedengaran ditelinga Hadi suara seseorang sedang menangis dan hadi terus menoleh ke belakang.

Alangkah terkejutnya Hadi apabila mendapati susuk tubuh dibalit kain kaffan yang lusuh ditambah dengan wajah yang cukup menyeramkan sedang berdiri beberapa meter sahaja dihadapannya. Dan kini lembaga itu semakin menghampiri Hadi. Tubuh Hadi menjadi kaku tidak boleh bergerak, kakinya seperti digam pada lantai. Kini wajah lembaga itu betul-betul dihadapannya. Bau hanyir menusuk hidun Hadi, jelas kelihatan ulat-ulat memenuhi wajah lembaga itu. Amat mengerikan ditambah lagi ketika lembaga itu menyeringai seolah-olah mahu menerkamnya.

Dia yang sudah ketakutan terus menjerit-jerit seperti orang dirasuk histeria dan Hadi terus rebah ditepi pintu bilik tersebut. Tepat pada pukul 12 malam, Pak Kassim yang bertugas sebagai pakcik guard memulakan tugasnya meronda kawasan hotel, setibanya dia di blok 3, Pak Kassim terpandang pada satu pintu bilik yang terbuka luas dan bilik tersebut terang benderang dengan limpahan cahaya lampu. Pak Kassim yang berasa pelik dan curiga terus menuju ke bilik tersebut, terkejut apabila mendapati Hadi berbaring disisi pintu bilik yang terbuka luas itu. Sekali lagi Pak Kassim terkejut apabila mendapati terdapat tanah bertaburan diatas lantai bilik tersebut dan bau yang meloyakan tekaknya.

Keesokkan harinya, seluruh pekerja hotel kecoh dengan kejadian yang menimpa Hadi sehingga memaksa pihak hotel membuat siasatan terhadap insiden yang menimpa Hadi pada malam itu. Bilik 3318 itu pula ditutup serta merta supaya tidak disewakan kepada tetamu buat sementara waktu. Berita penutupan bilik tersebut menyebabkan semua pekerja berasa pelik dengan tindakan itu. Pelbagai andaian dibuat oleh semua pekerja disitu, akan tetapi pihak atasan hanya mendiamkan diri dan merahsiakannya sehingga kini.

Selepas kejadian itu, Hadi demam selama seminggu. Pengalaman itu menjadi kenangan pahit yang tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya. Akan tetapi Hadi tetap meneruskan kerjanya di hotel tersebut. Dia kini telah dinaikkan pangkat menjadi supervisor department housekeeping. Setiap kali dia melalui bilik 3318, hatinya akan rasa berdebar walaupun bilik itu masih lagi ditutup. Misteri bilik 3318 itu hanya terus tinggal misteri sehingga kini dan mungkin sehingga ia dibuka semula untuk tetamu baru.

SEKIAN

Sumber : Google Image : Kisah Seram
Tags

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!