Assalamualaikum dan salam sejahtera
KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Cuci Masjid
Apabila tiba sahaja Ramadhan, pastinya banyak pihak, syarikat dan sebagainya memberikan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) hari ini telah menjayakan program tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat bertempat di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.
Program ini dijalankan secara usahasama dengan Persatuan Seniman Malaysia bagi menyantuni Masjid Al-Hidayah dalam menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa kepada para qariah masjid yang bakal menunaikan solat sunat terawih sempena bulan Ramadan yang bermula pada 13 April 2021.
Menawarkan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN, servis daripada KOPETRO ini dijamin berkesan dan mampu untuk menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol. Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KVCLEAN menawarkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam manakala servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi.
PuasRaya Promo: Beribadah dengan lebih selesa dan selamat pada bulan Ramadhan ini dengan KV Clean. Dapatkan promosi berbaloi-baloi PuasRaya daripada KV Clean bermula 1 April sehingga 31 May. Nak mudah? Hubungi KVClean je di 013-3996788.
KOPETRO juga menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan juga makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 50 ahli Persatuan Seniman Malaysia.
Layari laman web www.kopetro.com.my atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO.
Facebook:
https://www.facebook.com/kopetroberhad/
https://www.facebook.com/lengquas.official
Instagram:
kopetroberhad
lengquas.official
SEKIAN
Wah bagus juga usaha macam ni. Cuci masjid dan beri sumbangan kepada ahli seniman. Sis pernah jumpa Jefrydin live.
ReplyDeletebagus juga aktiviti mcm ni. tempat solat makin bersih. barulah solat lebih khusyuk
ReplyDeleteSatu usaha dan kerjasam yang bagus untuk semua . Saya sokong jika diadakan selalu. Seniman pun manusia juga. Mana yang susah dibantu , yang senang pula membantu. Barulah semua akan hidup aman harmoni.
ReplyDeleteprogram csr yang bagus pihak seniman. hope ada lebih banyk program csr macam ni dengan masjid
ReplyDeleteAlhamdulillah inisiatif yang bagus dari Kopetro. Semoga diteruskan sampai bebila. InsyaAllah.
ReplyDeleteBagus iniskatif seperti ink. Program car yg boleh members nilai kepada org lain
ReplyDeleteBagusnya, taknak ke datang Johor, boleh kami blogger JDT Blogger joinn sama program macam ni.. tahniah buat semua yang terlibat..
ReplyDeleteTahniah buat semua yang terlibat. memang satu usaha yang murni dapat mengadakan gotong royong cuci masjid & berkongsi rezeki dengan seniman. Yes, tak semua artis ni berkemampuan kan. ada juga yang terkesan dengan pandemik.
ReplyDeleteAlhamdulillah, bagusnya ada program yang bermanfaat macam nih untuk masjid kita dan juga seniman kita yang memerlukan.
ReplyDeleteNell tertarik dengan service KVCLEAN dia.. boleh la guna khidmat ni before Raya nanti... harga pun sangat berpatutan juga...
ReplyDeleteAlhamdulillah, bagus kopetro. semoga sentaisa dimurahkan rezeki dan bantu ramai lagi. Lama tak nampak artis-artis ni di tv..
ReplyDeleteBagus inisiatif sebegini. Saya pun ada ramai kenalan yg live performers. Bukan ahli seniman la, tapi diorang pun sgt terkesan dgn pandemik ni.
ReplyDeleteGood job KOPETRO. Bukan sahaja menyantuni masjid yang menjadi tumpuan, malah memberi kasih dan kisah pada ahli SENIMAN
ReplyDeleteWhat a beautiful initiative to help those people and communities in need. have a blessed Ramadan :)
ReplyDeleteTahniah Kopetro..Inisiatif yang bagus..wajar dicontohi oleh agensi lain :)
ReplyDeletemasih ada simpanan dalam peti ais makanan dari kopetro . nampaknya tahun ni dorang dah up branding bagus and keep it up
ReplyDeleteprogram yang bagus dan perlu diteruskan atau dijadikan satu program yang wajib bagi setiap tahun. Tahniah Kopetro
ReplyDelete